Rev.o.lusi Kebudayaan Proletariat Agung China atau lebih biasa dikenali sebagai Rev.o.lusi Kebudayaan, yang dimulakan oleh Mao Zedong sebagai sebahagian daripada transformasi sosial dan politik Republik Rakyat China pada tahun 1966 telah mengubah kehidupan berbudaya di negara tersebut dalam aspek yang lebih besar berbanding peristiwa-peristiea lain sejak peralihan kuasa dari pemerintahan Parti Nasionalis China (Kuomintang) kepada Parti Komunis China (CCP).
Selepas satu kempen yang mengalami kegagalan besar dikenali sebagai Great Leap Forward sebelum itu, Mao merasakan ada keperluan untuk memperkukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Dia percaya yang CCP telah dilanda korupsi dan mula meraikan kompromi. Mao mempergunakan kebudayaan sebagai alat politik untuk memperbetulkan CCP dan menghapus elitis dalam parti, tetapi dengan bertindak sedemikian rupa, ia juga akan mengubah cara hidup dan budaya masyarakat China ke tahap yang hampir kekal.
Kita sedia maklum, fahaman komunisme antaranya melibatkan penolakan yang besar terhadap tradisi feudalisme dan imperialisme, maka, agama, kebudayaan dan sejarah yang kuno adalah antara perkara yang tidak sesuai dengan ideologi komunis. Kempen-kempen ideologi dan rev.o.lusi besar-besaran Mao yang terakhir di antara tahun 1966 hingga 1976 bertujuan untuk menukar nilai-nilai kebudayaan negara dan bangsa serta digantikan oleh corak pemikirannya sendiri. Mao menyebarkan propaganda bahawa negara China harus menyingkirkan Empat Perkara Lama (四旧), iaitu idea lama (旧 思想), adat lama (旧 风俗), budaya lama (旧 文化), dan tabiat lama (旧 习惯) ).
Ia memberikan keutamaan yang mensasarkan ser.an.gan ke atas golongan intelek elit China yang dilihat Mao sebagai para pengkritiknya yang paling serius. Rev.o.lusi dan penghapusan tradisi budaya lama China dilakukan oleh gerakan besar para pelajar pengajian tinggi dan juga pelajar sekolah, yang dibenarkan dan digalakkan oleh Mao. Pergerakan pelajar ini dikenali sebagai Pengawal Merah (Red Guards), sebuah kumpulan mil.it.an pelajar yang didorong oleh Mao untuk menyer.ang setiap titik nilai-nilai tradisional China dan secara terbuka mengkritik pegawai-pegawai parti.
Guru, pegawai, intelektual, dan kader-kader politik ditin.das, dihin.a di khalayak awam, dipuk.ul, dan dise.ksa. Universiti dan sekolah terpaksa ditutup, teater dan pawagam diharamkan dan buku-buku akan dimusn.ahkan sekiranya ia tidak mematuhi ciri-ciri yang dibenarkan propaganda rasmi. Pembangunan masyarakat terhenti selama sekitar satu dekad, terutamanya dalam bidang kesenian, sastera, sains, penyelidikan, dan pendidikan. Didakwa seramai 13 juta anggota Red Guards telah memusn.ahkan dan mero.mpak kuil dan tokong sebanyak mana yang mereka mampu.
Budaya-budaya lama yang disera.ng turut melibatkan amal ibadat keagamaan dan budaya tradisional kaum-kaum minoriti, khususnya di Tibet dan Turkestan Timur (kini Xinjiang). Lebih dari 6,000 biara dimusn.ahkan di Tibet dan Red Guards turut membakar kitab suci Al-Quran dan menutup tapak-tapak keagamaan orang Islam di Xinjiang. Tempoh fasa pertama dan yang paling memusn.ahkan dalam Rev.o.lusi Kebudayaan berlaku pada tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1968 apabila persaingan dan penentangan politik terhadap golongan pelajar yang mengga.nas telah meningkat di tengah-tengah pergol.akan negara China.
Industri pengeluaran yang telah lama dilemahkan akibat Great Leap Forward, terus merosot seiring dengan tahap kelemahan ekonomi China. Mao sendiri memutuskan untuk membubarkan Red Guards dan merombak serta menyusun semula struktur parti dan institusi-institusi negara. Tentera Pembebasan Rakyat China (People’s Liberation A.rmy atau PLA) diketuai oleh menteri pertahanan Lin Biao yang merupakan pengganti yang dilantik sendiri oleh Mao, PLA diberi kuasa untuk menahan anggota Red Guards dan mengambil alih kawalan ke atas negara itu semula.
Fasa kedua Rev.o.lusi Kebudayaan berlangsung dari tahun 1968 hingga 1971, adalah tempoh ketika pasukan tentera berkuasa, tetapi pertembungan antara PLA dan Red Guards meningkat dan nyaris-nyaris mencetuskan pe.ran.g saudara China kali kedua. Pada masa yang sama Mao mengeluarkan seruan Gerakan Mendorong Ke Luar Bandar di mana angkatan tentera telah memaksa berjuta-juta anggota Red Guards di bandar untuk berpindah ke kawasan luar bandar, di mana mereka akan mengurangkan gangguan.
PLA, terutamanya diri Lin Biao sendiri, meraih pengaruh yang semakin tinggi dalam politik domestik, yang akhirnya menyebabkan Mao Zedong hilang kepercayaan kepadanya. Setelah Lin Biao meninggal dunia pada tahun 1971, Zhou Enlai selaku perdana menteri Republik Rakyat China pertama, secara berperingkat akan memimpin negara untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan domestik China. Institusi akademik dan sains China secara beransur-ansur diberikan nafas baru. Para cendekiawan dan saintis dilahirkan semula.
Namun, kebanyakan cara hidup berbudaya masih tetap dikawal ketat dan kuasa gerakan komunis radi.kal di bawah pimpinan isteri Mao, Jiang Qing dan kumpulan yang dikenali sebagai Empat Geng mempertahankan kekuasaan mereka melalui kawalan propaganda. Manakala kebanyakan usaha Zhou Enlai lebih menumpukan kepada memperbaiki kembali hubungan luar negara China. Usahanya yang paling terkenal mungkin adalah ketika China mengatur kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ke Republik Rakyat China pada tahun 1972.
Usaha-usaha Zhou Enlai berterusan sehinggalah kema.tian Mao Zedong pada bulan Januari 1976, saki baki kuasa-kuasa pendesak Rev.o.lusi Kebudayaan digulingkan lalu membuka jalan jalan kepada proses pemulihan negara China yang bermula pada tahun 1978 di bawah pimpinan Deng Xiaoping.
Zhou telah menguruskan banyak masalah negara hinggalah saat kema.tiannya, iaitu sehingga hanya beberapa bulan sebelum Mao Zedong meninggal dunia, selepas itu Naib Perdana Menteri Deng Xiaoping, yang telah disingkirkan sebanyak dua kali selama Rev.o.lusi Kebudayaan, bangkit kembali. Deng tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua negara secara rasmi tetapi menjadi pemerintah nombor satu China secara de facto antara tahun 1978 hingga 1992, dia memimpin negara China dengan berjaya melalui reformasi politik dan ekonomi yang sangat diperlukan ketika itu.
Para belia di luar bandar dibenarkan untuk kembali ke kota-kota kelahiran masing-masing, dan bermula pada tahun 1980-an, kerajaan Republik Rakyat China secara perlahan-lahan mula memulihkan kembali monumen-monumen, artifak dan tapak-tapak kebudayaan yang bersejarah atau kesenian tradisional. Universiti dan sekolah diubahsuai dan diberi lebih banyak hak autonomi. Pada tahun 1985, China menandatangani Konvensyen Warisan Dunia UNESCO dan menubuhkan Biro Tatanegara untuk memulihara kembali budaya dan warisan bangsa Cina pada tahun 1988.
Walau bagaimanapun, tindakan serius dalam memastikan pelan pemulihan baharu ini untuk memulihara dan mengekalkan kebudayaan China yang semakin rancak dilaksanakan sehingga ke hari ini adalah sangat dipengaruhi oleh orientasi baru kepemimpinan komunis China. Ramai orang menyangkakan tindakan sebegitu rupa akan menjatuhkan komunis kerana bertentangan dengan ideologinya, sebaliknya ia berterusan mengekalkan kuasa pemerintahan komunis hingga ke saat ini.
Perubahan ini juga turut merangkumi budaya baru komunisme China. Lokasi yang menjadi tonggak bersejarah Parti Komunis telah diubah menjadi monumen yang menarik para pelancong ke China dari dalam dan luar negara. Berjuta-juta rakyat China dari seluruh wilayah akan menziarah pada setiap tahun di makam Mao Zedong di Tiananmen Square di Beijing.
Deng Xiaoping pada tahun 1985 dan Jawatankuasa Pusat pada tahun 1994 memutuskan untuk memulakan pelan pendidikan patriotik yang lebih kukuh, dan kerajaan China pada tahun 2005 melancarkan dasar baharu untuk mendidik rakyat tentang rev.o.lusi masa lalu negara mereka, dan bagi mempromosikan pelancongan di berbagai provinsi di China.
Apa yang dikenali oleh para pelancong luar sebagai Red Tourism melibatkan pakej lawatan ke tempat-tempat warisan bersejarah Komunis China. Atau secara ringkasnya, inisiatif kerajaan China yang berterusan menggalakkan pemuliharaan budaya kebangsaan itu kebanyakannya adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai alat pendidikan dan propaganda patriotik demi kepentingan dan kelangsungan pemerintahan Parti Komunis China itu sendiri.
Sebagai tambahan, sebarang cubaan yang dilaksanakan selepas Rev.o.lusi Kebudayaan dan semasa fasa pemulihan China untuk menghidupkan kembali budaya tradisional telah dimotivasikan secara ekonomi. Budaya Cina Han yang berusia ribuan tahun dan sejarah Parti Komunis adalah berbaloi untuk dipertahankan sekiranya itu dapat memberi penekanan kepada identiti orang Cina, bahkan sekaligus memupuk semangat nasionalisme.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjana peningkatan dan keuntungan dalam ekonomi China. Industri pelancongan tidak pernah wujud di China sebelum dan semasa era Mao Zedong tetapi perlahan-lahan mula berkembang menjadi industri yang paling menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Sebelum dunia dilanda wabak Covid-19, lebih daripada 100 juta orang China melancong ke luar negara setiap hari.
Namun, tindakan kerajaan Republik Rakyat China yang mengutip secara rawak memori kebudayaan untuk menggunakannya sebagai alat politik atau ekonomi tidak meninggalkan banyak ruang bagi masyarakat Cina untuk mengembangkan budaya asli dengan sendiri. Di samping itu, kawalan, had, dan garis panduan yang ditetapkan Parti Komunis China masih mempengaruhi kehidupan berbudaya masyarakat Cina. Seni, buku, media berita dan internet dikenakan kawalan dan tapisan yang ketat, tetapi, kepercayaan agama, tradisi, dan adat dibenarkan dengan syarat tidak bertentangan dengan prinsip Parti Komunis China atau menjadi ancaman kepada negara dan masyarakat.
Bagaimanakah bentuk ciri dan nilai kebudayaan China lama yang berbaloi untuk diangkat adalah persoalan ideologi yang masih sedang diperdebatkan di China, terutamanya dalam melihat kebangkitan semula idea-idea konfusianisme kuno. Kerajaan China yang dipimpin oleh presiden Xi Jinping hari ini amat menggalakkan kebangkitan konfusianisme dikembalikan tetapi para veteran yang lebih tua dan berpengalaman di dalam parti masih lagi melihat ia bertentangan dengan ideologi komunisme di China.
Apakah jenis kebudayaan China yang dibangunkan hasil dari interaksi antara memori sejarah, propaganda politik dan sering didorong oleh kepentingan ekonomi masih belum dapat dilihat. Apa yang pasti adalah beberapa kerosakan yang dilakukan semasa Rev.o.lusi Kebudayaan tidak akan dapat lagi dipulihkan, contohnya, sisa rangka jena.zah Maharaja Wangli bersama rangka isterinya yang memerintah semasa zaman Dinasti Ming, telah dibakar hingga mus.nah selepas Red Guards menjarah kompleks pemakaman Dingling di Beijing.
Mao Zedong mengheret China ke kancah pergo.lakan selama sepuluh tahun dan menghadapi kon.flik dalaman, dianggarkan kira-kira lapan juta orang terkor.ban dalam kekacauan politik, ekonomi dan sosial. Walaupun China mengalami perkembangan ekonomi yang pesat selepas Rev.o.lusi Kebudayaan, sepuluh tahun tanpa kestabilan yang membantutkan perkembangan masyarakat China telah meninggalkan jurang dalam pendidikan dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan budaya China yang tidak akan dapat ditebus lagi. Hari ini majoriti anak muda China sudah tidak tahu bagaimana hendak menulis dan membaca teks bertulisan karakter Cina.
Banyak tempat bersejarah mu.snah secara kekal, tokong-tokong dirobohkan, buku dan gambar dihapuskan. Mungkin tempat yang paling berbudaya adalah tempat di mana saki baki tentera Kuomintang yang dikalahkan tentera Komunis pada penghujung Pe.rang Saudara China kemudian melarikan diri, iaitu Taiwan atau Republik China.
Kerana Chiang Kai-shek telah mencuri sekitar 600,00 artifak bersejarah dan hasil karya seni terutamanya dari istana imperialis dan membawanya ke Taiwan. Ia merupakan satu tindakan yang amat berisiko tinggi, tetapi telah menyelamatkan mereka dari kekaburan identiti seperti yang dihadapi oleh rakyat di tanah besar semasa Rev.o.lusi Kebudayaan.
Sehingga hari ini, kesemua artifak dan karya seni kebudayaan China silam ini dipamerkan di Muzium Istana Nasional Taiwan dan ia dibuka untuk kunjungan orang awam dan pelancong luar negara, termasuklah pelancong dari Tanah Besar China yang sedang dikawal pemerintahan komunis.
Apa yang telah dilakukan oleh Kuomintang itu mungkin boleh dilihat seakan-akan sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh saki baki kuasa Empayar Uthmaniyah, di mana mereka telah membawa lari banyak relik dan barangan peninggalan Nabi Muhammad S.A.W ke Turki semasa kebangkitan pengaruh Wahabi di tanah Arab.
Walau bagaimanapun, kita boleh melihat dengan jelas jurang perbezaan di antara negara China yang berada di bawah pemerintahan komunis hari ini berbanding negara kita yang merupakan sebuah negara dengan sistem raja berperlembagaan yang demokratik. Kita berterusan gagal segagalnya dalam usaha melindungi dan memulihara nilai-nilai kebudayaan dan tapak warisan bersejarah negara kita.
Usahkan hendak memulihara, hendak menerbitkan sebuah filem bersejarah yang berkualiti pun kita tidak berani. China mengeluarkan berpuluh-puluh filem mengenai sejarah bangsanya saban tahun manakala kita masih lagi perlu berkira-kira mengenai kos dan terpaksa bertoleransi atas nama retorik keharmonian.
RUJUKAN:
Stanzela, Angela. (2016). Chinese culture after the Cultural Rev.oluti.on.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih