Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV bukanlah seorang tokoh yang boleh kita lupakan dalam sejarah. Pemilik nama inilah yang diangkat menjadi Sultan Johor pertama daripada Dinasti Bendahara dan keturunannya inilah kini menjadi raja pemerintah bagi negeri Johor dan Pahang. Secara tidak langsung Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kita kini merupakan leluhur baginda.Corat coret perjalanan kehidupan baginda mewarnai perjalan politik Johor penuh konflik ketika itu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

???????????????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????????

Sebelum diangkat menjadi sultan, baginda merupakan Bendahara Johor bergelar Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Baginda menjadi Bendahara Johor tidaklah lama kira-kira 2 tahun sahaja (1697-1699). Pada tahun 1699, satu peristiwa berdarah dan penderhakaan besar telah berlaku dan peristiwa ini secara langsung merubah suasana politik Johor. Peristiwa ini yang dikenali sebagai “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”.

Penulis melawat makam Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV di Makam Diraja Kg Marhum, Pekan, Pahang

Lebih tepat ianya berlaku pada hari Jumaat 3 September 1699 bersamaan 8 Rabiuawal 1111 Hijrah di Kota Tinggi (Kampung Makam). Sesetengah penulisan berpendapat ianya telah dirancang rapi oleh Megat Seri Rama, Bendahara Tun Abdul Jalil dan Orang-orang Kaya Johor berikutan kezaliman Sultan Mahmud Syah II. Ditambah pula peristiwa membelah perut Dang Anum demi seluas nangka? Atau adakah ini hanya kebetulan sahaja?

???????????????????????????????????? ???????????? ???????????????????? ???????????????????? ???????????????????????????? ????????????????????????

Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II telah memutuskan nasab keturunan raja-raja Melaka memerintah Johor kerana almarhum tidak meninggalkan seorang pun waris. Orang-orang Besar Johor bermesyuarat dan bersepakat mengangkat Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor ke 10 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid.

Bukit Tukul, Panchor. Dikatakan istana Sultan Abdul Jalil IV pernah dibina disini

Anak-anakanda baginda dilahirkan selepas itu dianaik taraf bergelar “Tengku”. Sultan Abdul Jalil IV digambarkan seorang yang tua, sederhana, teratur , kuat beribadat dan sering berdamping dengan alim ulamak di istana. Baginda menjadikan Kota Panchor (Bukit Tukul) sebagai pusat pemerintahannya.

Panchor kini. Ianya pernah menjadi ibu negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil). Makam Sultan Abdul Jalil di Panchor tidak menyatakan lebih tepat, Jalil yang ke berapa?

???????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ????????????????????????

Sekitar tahun 1717-1718, muncul seorang putera raja dari Minangkabau bernama “Raja Kecil” mendakwa dirinya ialah anakanda Almarhum Sultan Mahmud Syah II (hasil bersama Che’ Apong) dan bertindak melanggar Johor demi menuntut takhta Johor. Raja Kecil mendapat sokongan majoriti Orang Laut dan juga pembelotan beberapa orang besar Johor. Pada tahun 1718, Raja Kecil telah meny.eran.g Panchor dan akhirnya pada 21 Mac 1718 Raja Kecil dapat menawan Kota Panchor. Sultan Abdul Jalil IV telah menyerah diri kepada Raja Kecil dan diampunkan. Lalu, Raja Kecil telah diangkat menjadi Sultan Johor ke-11 bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.

Manakala, Sultan Abdul Jalil IV telah dijadikan Bendahara. Raja kecil telah meminang puteri Sultan Abdul Jalil IV, Tengku Tengah, akan tetapi perasaannya berubah hati kepada Tengku Kamariah pula. Mahu atau tidak, pahit terpaksa ditelan jua, Sultan Abdul Jalil IV terpaksa merelakan kemahuan Raja Kecil. Tindakan ini menyebabkan Tengku Tengah serta ahli keluarga berasa terhina dan dendam kesumat harus dibalas.

Ketika pemerintahan Raja Kecil, suasana politik dan sosial Johor tidak begitu tenteram. Hal ini kerana rakyat berpecah kepada 2 pengikut iaitu menyebelahi bekas Sultan Johor dan menyebelahi Raja Kecil. Dalam masa yang sama, anakanda Sultan Abdul Jalil IV iaitu Raja Sulaiman dan Tengku Tengah secara rahsia telah berpakat dengan Bugis 5 Bersaudara diketuai Daeng Parani yang waktu itu datang ke Johor. Kemuncaknya pada tahun 1719, Tengku Tengah telah nekad membawa lari isteri Raja Kecil, Tengku Kamariah dari istana. Tindakannya itu menyebabkan Raja Kecil mengamuk dan men.yera.ng keluarga Sultan Abdul Jalil IV.

???????????????????????? ???????????????? ????????????????????

Sultan Abdul Jalil IV dan keluarga bertahan di Seluyut (Kota Tinggi), seterusnya berundur ke Pahang dan akhirnya ke Terengganu. Manakala, Raja Kecil telah pergi ke Riau dan memerintah di situ. Dari Pahang, Sultan Abdul Jalil IV telah maju ke Terengganu dan menetap disana kira-kira setahun bawah naungan saudara baginda, Paduka Maharaja Tun Zainal Abidin (kemudian Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). Pada tahun 1720, Sultan Abdul Jalil IV dan keluarganya telah bergerak ke Pahang semula dan bersemayam di Kuala Pahang.

1718 – Raja Kecil menyerang Panchor dan menang dalam pertempuran. Raja Kecil ditabal sebagai Sultan Johor
1719 – Tengku Tengah bawa lari Tengku Kamariah (isteri Raja Kecil). Pertempuran berlaku kedua-dua pihak. Sultan Abd Jalil IV dan pengikut berundur ke Pahang seterusnya ke Terengganu.
1720 – Sultan Abd Jalil IV dan keluarga kembali semula ke Pahang dan menetap di Kuala Pahang. Pemb.unu.han baginda pun berlaku.

???????????????????????????? ???????? ???????????????????????? ????????????????????????

Semasa di Kuala Pahang, satu angkatan perang dari Riau diketuai Laksamana Nakhoda Sekam datang membawa utusan dari Raja Kecil. Tujuannya adalah untuk mempersilakan Sultan Abdul Jalil IV pulang ke Riau. Namun, jemputan itu ditolak baginda lalu berperanglah baginda dengan angkatan Laksamana Nakhoda Sekam.

Malangnya, pihak Sultan Abdul Jalil IV kalah dan perlawaan itu terpaksalah diterima. Maka, hari untuk berangkat telah tiba. Semasa Sultan Abdul Jalil IV dan keluarganya masuk ke dalam perahu, telah datang Mas Radin dari Riau membawa utusan dari Raja Kecil menitahkan agar Laksamana Nakhoda Sekam memb.un.uh sahaja Sultan Abdul Jalil IV. “???????????????????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ???????????????????? ???????????? ???????????????????????? ???????? ???????????????? ????????????????, ????????.????????????????.???????? ????????????????????????, ???????????????? ???????????????? ????.????????????????.???????? ????????????????????????”

Laksamana Nakhoda Sekam berasa serba salah. Mahu atau tidak, titah harus dijunjung. Laksamana telah memerintahkan beberapa oarang hulubalang Minangkabau pergi melaksnakan pemb.unu.han itu. Menjelang subuh, perahu dinaiki baginda telah dikepung para hulubalang. Sultan Abdul Jalil IV ketika itu sedang berwirid selepas selesai solat fardhu subuh (dikatakan di Kuala Sg Miang).

Maka, datang salah seorang hulubalang dengan pantas menetak baginda dengan parang. Walaupun cedera, baginda mampu melawan semula dan Berjaya membu.nu.h beberapa orang hulubalang. Akibat kecederaan parah dialami baginda, akhirnya Sultan Abdul Jalil IV mangkat . Ahli keluarga baginda juga cuba melawan tetapi dapat dipatahkan dan ada yang turut mangkat seperti Tun Abdul Hamid.

???????????????? ????????????????????

Kepok seakan perahu.

Dengan perasaan yang sangat sedih, Laksamana Nakhoda Sekam dan Tengku Tengah telah menguruskan jenazah baginda dengan sebaik-baiknya. Jasad baginda telah dimakamkan di Teluk Kandang (Tanjung Berunai), Kuala Pahang. Sultan Abdul Jalil IV bergelar “Marhum Kuala Pahang”. Pada tahun 1980, makam Sultan Abdul Jalil IV telah dipindahkan ke kawasan Makam Diraja Kampung Marhum berikutan hakisan sungai di tapak lama. Bersemadilah baginda bersama-sama para bangsawan Pahang di situ.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kesimpulannya, kisah Sultan Abdul Jalil IV ini mengandungi pelbagai plot menarik dan tragis dalam pensejarahan politik Johor. “Kuasa” merupakan nadi utama dalam pecahan plot perjalanan politik & sosial sesuatu pemerintahan dahulu hingga kini. “Kuasa” jugalah menyebabkan sesuatu diluar akal boleh dilakukan, pengorbanan keluarga ditagihkan, nilai percintaan dilupakan,kesetiaan berpaling arah dan keadilan dibatilkan. Sejarah itu menarik dan penting, kerana kita lupa tentang sejarah……..maka kita masih ulangi hingga kini. Waallahualam

???????????????????? ???????????????????????????? ???????? ???????????????? ????????????????????????????,
???????????????????????????? ???????????????????????????? ???????? ???????????????????? ????????????????????????,
???????????????????? ???????????????????? ???????????????????? ????????????????????????????????,
???????????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????? ????????????????????????????????.

RUJUKAN:

Sejarah Johor, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu, Buyong Adil
Tuhfat Al Nafis
Hikayat Siak
A History of Pahang, W.Linehan
A New Account of East Indies, Alexander Hamilton
Kesultanan Johor Moden Dari Dinasti Temenggung & Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor Pahang 1613-1863, Tun Suzana Hj. Othman
Peniggalan Persisir Sungai Johor, Kamarudin AB Razak


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang anak jati Muar yang amat mencintai sejarah, warisan dan budaya. Aktif dalam menulis artikel sejarah tempatan walaupun kini sedikit menyepi kerana menumpukan dahulu pada kerjaya hakiki. Telah menubuhkan Persatuan Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (PASEM) pada 16.11.16 sebagai medium memupuk minat terhadap Sejarah terutama sejarah ketenteraan serta minat menulis dalam kalangan ahlinya. Penulis juga merupakan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Muar dan Penasihat 2 Persatuan Sejarah UPNM (PASEM) . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi dari UPNM.

Comments are closed.