Baru-baru ini, saintis Kanada menemui air bawah tanah yang berusia 2 billion tahun sejak penemuannya di bawah negara utara benua Amerika ini pada tahun 2016.
Bermula tahun 2013, saintis menemui takungan air bawah tanah yang berusia 1.5 juta tahun di kawasan lombong kuprum dan zink iaitu Kidd Mine bertempat di Ontario, Kanada.
Takungan air itu ditemui pada kedalaman 2.4 kilometer dari lantai tanah di dalam terowong lombong. Menurut ahli geokimia dari University of Toronto bernama Barbara Sherwood, untuk memahami secara mendalam akan sistem perairan bawah tanah yang usianya begitu panjang, para pengkaji akan menggali lebih dalam lagi.
Tahun 2016, terdapat penemuan terbaru pada kedalaman 3 kilometer dari kawasan yang sama namun penemuan ini mengejutkan para pengkaji. Mereka jangkakan bahawa sumber air yang bakal ditemui hanyalah takungan air yang terperangkap. Namun mereka silap kerana kehadiran buih pada kedalaman tersebut menunjukkan terdapat aliran air bawah tanah dengan jumlah liter yang banyak.
Air bawah tanah biasanya mengalir lebih perlahan berbanding air di permukaan Bumi. Kelajuan air bawah tanah yang mengalir adalah 1 meter dalam setahun. Apabila aliran itu ditebuk oleh gerudi atau seumpamanya akibat aktiviti perlombongan, air ini mengalir dalam 2 liter per minit.
Setelah dikaji kandungan pada air kedalaman 3 kilometer ini, pengkaji menganggarkan bahawa usia air bawah tahan ini ialah 2 billion tahun, menjadikan air ini adalah air tertua ditemui di dunia. Penemuan ini kemudian dibentangkan di mesyuarat American Geophysical Union Fall pada Disember 2016.
Pengkaji seterusnya mengkaji jika ada sebarang hidupan dalam air bawah tanah kuno ini. Sulfat adalah kandungan kimia yang diperlukan oleh bakteria sebagai sumber respirasi. Sulfat biasanya ditemui di kawasan perairan seperti paya atau sungai. Pengkaji menumpukan kandungan sulfat jika terdapat hubungan dengan aliran air dari permukaan Bumi.
Kandungan sulfat dalam air ini menunjukkan sulfat dihasilkan oleh tindak balas kimia antara air dan batu, bukan dibawa oleh air dari permukaan Bumi. Ini menunjukkan air bawah tanah yang terasing dari aliran air di permukaan Bumi mempunyai sebarang hidupan mikrob yang telah lama hidup sepanjang berbillion tahun lamanya.
Pengkaji percaya jika air bawah tanah ini mampu menampung kehidupan kepada hidupan air yang terasing dari permukaan Bumi, planet berhabitat seperti Marikh pun mempunyai air bawah tanah sebegini.
Pengkaji masih berusaha mencari sebarang hidupan mikrob yang menetap di habitat seperti air bawah tanah yang berusia 2 billion tahun ini.
RUJUKAN:
The World’s Oldest Water Lies Deep Below Canada And Is 2 Billion Years Old. Science Alert. Published 5 June 2021.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih