Sesiapa yang berkesempatan menonton filem The Admiral: Roaring Currents pasti tahu ini merupakan contoh filem sejarah Korea yang hebat. Filem yang ditayangkan pada 2014 turut menempa nama sebagai filem pecah panggung paling laris sepanjang zaman di Korea Selatan. Menerusi filem lakonan Choi Min-sik sebagai Laksamana Yi Sun-sin, kita dipertontonkan dengan sebuah kapal pe.ra.ng hebat yang dikenali sebagai geobukseon (kapal kura-kura).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mengikut sejarah Korea, Yi Sun-sin diangkat sebagai wira kerana membantu kerajaan Joseon menamatkan usaha pencerobohan Jepun yang digerakkan oleh Toyotomi Hideyoshi. Salah satu kejayaan beliau ialah kempen di Myeongnyang pada tahun 1592 yang menyaksikan 30 buah kapal pe.ra.ng Jepun karam. Strategi Sun-sin terus dikaji sehingga hari ini di akademi-akademi ten.te.ra laut moden di Amerika Syarikat, Britain dan Jepun.

Lukisan yang gambarkan konon Laksamana Yi sedang mengarahkan penciptaan kapal kura-kura.

Mengikut cerita yang tersebar, beliau dianggap pencipta geobukseon tetapi itu bukan fakta sebenar. Hakikatnya, geobukseon sebenarnya sudah wujud sejak abad kesembilan Masihi lagi atau era Dinasti Silla. Pada ketika itu, seorang komander ten.te.ra laut bernama Jang Bogo membina sebuah kapal unik di mana bahagian atasnya dilindungi dengan kulit pelindung.

Kapal tersebut dikatakan diletakkan di Cheonghaejin yang merupakan markas ten.te.ra laut kerajaan Silla di Wando. Ia bukan saja laju semasa bergerak tetapi berupaya menghalang se.ra.ngan pa.na.h dan pe.da.ng pihak musuh. Jika diamati keterangan ini, ia hampir serupa dengan keupayaan geobukseon yang digunakan Sun-sin semasa kempennya terhadap pihak Jepun pada akhir abad ke-16.

Replika kapal dihadapan Akademi Tentera Laut Korea hari ini.

Keterangan berkenaan geobukseon turut ditemui dalam rekod kerajaan Goryeo, Raja Taejong dan Raja Sejong dari era Joseon antara abad ke-14 hingga abad ke-15. Dalam satu riwayat yang dicatatkan dalam sejarah pemerintahan Raja Taejong, baginda melihat sebuah kapal kura-kura berte.mp.ur dengan sebuah kapal Jepun.

Melihat kepada semua ini, ini menunjukkan Sun-sin bukan pencipta sebenar geobukseon. Bagaimanapun, ini menjadikan beliau pencipta teknologi yang membolehkan kapal ini digunakan secara efektif di medan pertem.pu.ran. Sun-sin menambahbaik format geobukseon dengan menambah plat besi dan ciri persen.ja.taan termasuk me.ri.am-me.ri.am.

Plat besi dan berduri kapal kura-kura.

Dengan reputasinya mengge.ru.nkan ten.te.ra laut Jepun, apakah ini menjadikan geobukseon sebagai kapal pe.ra.ng perisai pertama di dunia? Dakwaan ini dikemukakan oleh mubaligh Amerika Syarikat, Homer Hulbert dalam edisi Jun 1899 majalah Harper’s New Monthly Magazine. Dakwaan sama turut dinyatakan dalam edisi ke-14 Ensiklopedia Britannica pada tahun 1929.

Begitupun, gelaran kapal pe.ra.ng perisai langsung tidak ditemui dalam dokumen-dokumen era Joseon semasa pencerobohan angkatan Hideyoshi, diari peribadi Sun-sin mahupun anekdot rakan-rakan seperjuangannya. Malah, dalam penerangannya tentang geobukseon kepada Raja Seonjo, bahagian atas kapal dipasang dengan papan sebelum diletakkan pene.b.uk-pene.b.uk yang diperbuat daripada kayu.

Meriam dalam kapal.

Setelah itu, barulah ia ditutup dengan lapisan-lapisan tikar yang tebal dan telah dibasahkan. Oleh sebab itu, geobukseon dapat bertahan dari mana-mana se.ra.ngan termasuk pa.na.h api. Ini juga mengundang ilusi dalam kalangan ten.te.ra-ten.te.ra laut Jepun bahawa pene.bu.k-pene.b.uk yang mencederakan mereka diperbuat daripada besi dan bukannya kayu.

Replika di muzium.

Selepas kekalahan Jepun pada 1598, Dinasti Joseon melihat tiada keperluan untuk kapal-kapal ini. Jika ia dikekalkan sekalipun, ia hanya berperanan sebagai formaliti sekaligus menyaksikan pengetahuan dan kepakaran membina dan mengendali kapal sebegini hilang ditelan zaman. Jika ada sekalipun, ia wujud dalam lukisan-lukisan orang terdahulu atau diabadikan sebagai kenderaan yang memacu Sun-sin ke arah kemenangan di Myeongnyang pada 1592.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

RUJUKAN:

AntiqueAlive.com. Geobukseon (“Turtle Ship”) of Great Admiral Yi Sun-shin – the com.ba.t ship that helped to save Korea.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.