Biasanya kalau kita sedang bekerja di pejabat, mesti akan kita lihat paling tidak sekali, rakan sekerja kita menerima sejambak bunga dari pasangannya. Situasi ini kadang-kadang membuatkan hati kita terdetik dan kadangkala berbisik sendiri – “Betapa bahagia dan bertuahnya dia bila dicintai dan disayangi setiap masa.”
“Setiap masa? Bertuahlah kalau begitu.” Jawab rakan kita tadi. “Ada masanya kami bergaduh dan ada masanya kami memerlukan ruang untuk bersendirian. Tapi walaupun begitu, kami tetap menyayangi antara satu sama lain.”
Kebiasaannya kita akan melihat pasangan yang sangat romantik berjalan berpegangan tangan seolah-oleh tidak ada masalah ataupun konflik yang menimpa mereka.
Betul ke begitu?
Ada masa perhubungan itu hangat dan memberangsangkan, dan ada ketika pula perhubungan itu terasa hambar dan semakin menjauh. Itu semua merupakan asam garam dalam perhubungan.
Jadi apa yang boleh dilakukan apabila kita menyedari kehangatan perhubungan itu semakin memudar dan tidak berbunga-bunga seperti dulu?
Pertama sekali jangan panik. Dalam perhubungan ada masa bersama dan masa berjauhan, itu semua adalah normal dalam perhubungan.
Ada masa kita merasakan kita dan pasangan memerlukan masa untuk berseorangan. Ada juga masa dimana kita dibebani dengan pilihan untuk memilih beban kerja dan anak-anak sehinggakan perkara ini boleh menjejaskan kestabilan hidup dan emosi kita.
Ada pasangan yang mengalami masalah perbezaan pendapat dan pandangan mereka terhadap sudut pandang kehidupan. Akibat dari perbezaan ini, kadangkala boleh membawa kepada pengakhiran sesebuah perkahwinan.
Pada tahap ini, apa yang perlu dilakukan adalah dengan cuba memperbaiki hubungan atau ‘refresh’ kembali kehangatan perhubungan masing-masing dengan mengimbau kembali saat-saat bermulanya bibit-bibit cinta dan mengenang memori indah bersama-sama.
Jika merasakan perhubungan menjadi semakin renggang, kita boleh berbincang dan bertanya kepada pasangan. Mungkin ada perkara-perkara yang memerlukan penyelesaian dari pihak kita. Mungkin ada perkara yang dipendamkan dan perlu diselesaikan.
Mungkin pasangan merasa tertekan dengan kita, dengan tindak tanduk kita atau pun perbuatan dan percakapan kita.
Kadangkala pasangan kita juga memerlukan ruang untuk merehatkan emosi. Dan ini menyebabkan ianya mencari ruang dan mengambil masa yang lama untuk bersendiri.
Ada juga pasangan yang bergaduh, semata-mata untuk mencipta alasan supaya kedua-duanya dapat meluangkan masa bersendirian!
Oleh itu, apa sahaja permasalahan yang berlaku dalam perhubungan, apa yang penting adalah tindakan awal untuk memulihkan keadaan dan kerap melakukan perbincangan dengan pasangan.
Orang yang berkahwin biasanya berkongsi kehidupan dan pengalaman hidup bersama-sama. Tetapi mereka tidak berkongsi minat yang sama atau mempunyai pendapat yang sama.
Oleh sebab itu penting untuk kita menghabiskan masa bersama-sama dengan pasangan dan melibatkannya bersama-sama dengan aktiviti kita. Dari situ pengalaman dan kefahaman dapat dipupuk.
Perkahwinan merupakan pengalaman unik dua jiwa berkongsi kehidupan, dan kedua-duanya telah melalui pengalaman hidup yang pelbagai – saling menghormati, memberi sokongan dan galakan diantara satu sama lain untuk berjaya sebagai seorang individu dan pasangan, toleransi terhadap perbezaan dan kebebasan dan perlbagai lagi.
Percayalah, kita akan lalui semua kitaran ini sehingga akhir hayat perkahwinan kita.
Rujukan :
Kathy McCoy (2018) Cycles of Intimacy. Psychologytoday.com
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih