Kosher= Halal
Treif= Haram
Halakha= Syariat
Schechita= sem.beli.han/al-Zabihah
Schochet= Penyembelih/ al-Zabih

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kosher adalah dari kata dasar Kasher (כָּשֵׁר‎) yang bererti “fit” and “proper”. Sub-Halakha yang ditekankan agama Yahudi adalah Kashrut (hukum dan undang-undang pemakanan) yang sering disebut di dalam Leviticus dan Deuteronomy.

Pemakanan yang bercanggah dengan prinsip Kosher disebut sebagai Treif (טרײף‎) iaitu seumpama hukum Haram.

Contoh logo-logo Kosher.

Pemakanan Kosher adalah pemakanan halal versi ajaran Yahudi. Penekanan makanan Kosher di dalam ajaran Yahudi amatlah ketat dan rumit berbanding syariat Islam.

Orang Yahudi ditegah untuk memakan babi, unta, burung unta, binatang rodensia, bangkai, binatang pemangsa dan apa jua makanan yang boleh mendatangkan mudarat untuk kesihatan. Bahkan buah-buahan dan sayuran juga perlu dipastikan kebersihannya agar tidak wujud ulat di dalamnya.

Untuk haiwan akuatik pula orang Yahudi hanya dibenarkan untuk memakan binatang yang mempunyai insang dan sisik sahaja iaitu ikan. Manakala, binatang seperti udang,kerang, ketam dan binatang dua alam adalah dilarang.

“These may ye eat of all that are in the waters: whatsoever hath fins and scales in the waters, in the seas, and in the rivers, them may ye eat” [Leviticus 11:9]

“And all that have not fins and scales in the seas, and in the rivers, of all that swarm in the waters, and of all the living creatures that are in the waters, they are a detestable thing unto you,” [Leviticus 11:10]

Bagi binatang seperti lembu, kambing, rusa, kijang, ayam dan burung pula adalah binatang yang dikategorikan sebagai binatang kosher.

Makanan Kosher dan tidak Kosher.

Makanan berasaskan tenusu seperti keju, yogurt dan lain-lain mestilah dari binatang kosher. Dan tidak boleh dicampurkan makanan tenusu dengan daging kosher dalam satu masakan. Sekiranya mereka minum susu, atau makan keju pada waktu pagi, mereka hendaklah menunggu paling lama 6 jam sebelum memakan daging Kosher.

Schechita (se.mbe.lihan/al-Zabihah)

S.embe.lihan orang Yahudi mempunyai tatacara yang sangat ketat. Syarat-syaratnya adalah:

  • Schochet (penyembelih/al-Zabih):

Mestilah dari kalangan lelaki Yahudi dewasa yang terlatih dan diiktiraf kepakarannya dalam bidang se.m.beliha.n. Syarat yang lain pula Schochet mestilah seorang lelaki Yahudi yang “soleh” dan “alim” (dalam bab Kashrut).

  • Binatang sem.be.lihan:

Mestilah cukup umur, tidak cacat dan berpenyakit. Haiwan yang hendak di.sembe.li.h mestilah dalam keadaan hidup dan sedar. Penggunaan taser dan alat renjatan elektrik adalah ditegah.

  • Pisau

Pisau se.mb.eli.han mestilah melalui proses ritual yang disempurnakan oleh Rabbai dengan membaca doa tertentu. Bacaan “Blessing” itu dibaca ketika rabbai melalukan jari jemari di setiap sisi pisau ianya bertujuan untuk meletakkan keberkatan pada pandangan mereka.

Pisau mestilah tajam, tidak sumbing, tidak bercalar dan tidak pendek dari leher binatang se.mb;elih.an. Penggunaan pisau dapur biasa tidak dibenarkan. Ia mestilah pisau yang sudah disediakan oleh rabbai ataupun schochet.

  • Tasmiyyah.

S.emb.elihan umat Islam juga dituntut untuk membaca tasmiyyah “Bismillah Allahuakbar” ketika hendak menyembelih binatang.

Begitu juga, ajaran Yahudi. Lafaz tasmiyyah turut wujud di dalam Schechita (se.mb.elihan) orang Yahudi. Sebelum s.em.bel.ihan Schochet (Penyembelih) akan membaca bacaan tertentu iaitu:

“Bismillahi akibah” mirip dengan “Bismillah Allahuakbar”. Namun penggunaan tasmiyyah ini hanya wujud dalam sesetengah mazhab Yahudi yang tradisional seperti mazhab Sadusi atau ( Jews Ultra Orthodox).

Bacaan tasmiyyah yang biasa diamalkan hingga ke hari ini adalah:

“Semoga dirahmati Adonai (Nama lain bagi Tuhan menurut Yahudi). Tuhan sekalian alam yang menyucikan kami dengan perintah-Nya dan memerintahkan kami dengan schecita (s.embe.lihan) yang sebenar.”

Tasmiyyah s.embe.lihan Yahudi ini hanya dibacakan sekali sahaja untuk binatang-binatang yang bakal dise.mbe.lih. Misalnya ada 50 ekor kambing hendak disem.be.lih, maka kambing yang pertama sahaja akan dibacakan tasmiyyah. Manakala, kambing kedua, ketiga dan terakhir hanya melalui proses s.em.be.lihan sahaja tanpa perlu diulangkan semula lafaz tasmiyyah.

  • Membasuh leher haiwan se.mbeli.han

Sebelum se.mbelihan, leher haiwan yang hendak dise.mbelih akan dibasuh dengan air terlebih dahulu. Bertujuan untuk menghilangkan kotoran dan memudahkan proses se.m.belihan agar tidak terhalang dengan kotoran yang melekat di sekitar leher haiwan tersebut.

  • Cara se.mb.elihan

Sekali semb.elihan sehingga memutuskan urat Merih, urat Halkum dan urat Wadajayn (Arteri Karotid dan Vena Jugulum). Sekali se.mbeli.han itu juga adalah sebagaimana dianjurkan syariat Islam iaitu agar tidak menyeksa haiwan sem.belihan tersebut.

Sekiranya kepala binatang terputus usai sem.be.lihan, status haiwan itu akan jatuh hukum Treif (haram) untuk dimakan. Berbeza dengan Fiqh Islam khususnya mazhab Sya’fie hukumnya hanya sekadar makruh, se.mbe.lihan pula halal untuk dimakan.

Pasca Sem.be.ihan

Bahagian lembu yang Kosher dan tidak Kosher.

a.) Organ dalaman haiwan akan diperiksa terlebih dahulu, sekiranya terdapat tanda-tanda kerosakan organ yang menunjukkan haiwan se.mb.elihan tadi berpenyakit. Jatuh hukum Treif dan tidak lagi mencapai status Kosher.

b.) Daging akan direndam di dalam air garam, untuk mengeluarkan saki-baki darah.

Penggunaan daging Kosher dalam masakan pula adakalanya melibatkan arak. Ini kerana arak bagi Yahudi bukanlah haram bahkan dianggap halal kerana berasal dari buah-buahan.

Faedah

Pengajarannya orang Yahudi juga menitik-beratkan soal pemakanan halal versi mereka. Apatah kita sebagai umat Islam yang sememangnya wajib untuk mematuhi hukum halal dan haram dalam pemakanan.

Masih ramai di antara umat Islam di Malaysia, hanya melihat babi sebagai satu-satunya pengharaman dalam pemakanan.

Sedangkan masih lagi ramai antara kita menganggap makanan yang dibeli dengan duit haram seperti riba, rasuah, curi masih lagi halal.

Ada juga yang sanggup makan di kedai non-muslim yang sudah diketahui unsur syubhah dan haram dalam masakan mereka.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ada juga orang yang menjual binatang se.mbe.lihan dari hasil curi kepada orang ramai.

Bahkan hari ini generasi muda, tanpa segan silu minum arak dan berbangga dengannya di media sosial.

Semoga bermanfaat dan mengetuk jiwa umat Islam yang masih jahil tentang hukum-hakam agamanya agar kembali ke jalan Allah S.W.T.

Allah bizi yardim etsin
Allah selamatkanlah kami


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin Dengan kepujian dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Felo Muda Dakwah YADIM siri ke-8. Sentiasa menjunjung tinggi prinsip keilmuan dari sudut akademik mahupun talaqi. Meminati bidang falsafah,pemikiran, teologi dan perbandingan agama.

Comments are closed.