Pada 9 Oktober 1983, Presiden Korea Selatan ketika itu, Chun Doo-hwan mengadakan lawatan rasmi ke Burma (kini Myanmar). Lawatan tersebut bertujuan membina hubungan dengan negara-negara yang berkecuali dalam hal ehwal Semenanjung Korea seperti India dan Burma seperti dinasihatkan oleh Menteri Luarnya, Lee Beom-seok. Tanpa diketahui kedua-duanya, peristiwa ini bakal mengubah Korea Selatan dan Myanmar untuk selama-lamanya.

Rajah 1: Chun Doo-hwan

Bagi Doo-hwan, dekad 80-an dianggap mencabar buatnya. Benar, Korea Selatan menikmati kemakmuran ekonomi yang baik tetapi semakin ramai rakyat bangkit menentang penindasan yang digerakkan oleh kerajaan ketika itu. Malah, sebelum menjadi presiden pada tahun 80-an, Doo-hwan digelar Penye.mb.el.ih Gwangju kerana menghantar ten.te.ra untuk membu.n.uh ratusan aktivis pro-demokrasi Korea Selatan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sebulan sebelumnya, Seoul turut diselubungi dengan tragedi selepas pesawat penumpang Korea Air ditem.b.ak jatuh oleh sebuah jet pejuang Kesatuan Soviet yang mengor.ba.nkan ratusan penumpang. Bagaimanapun, Doo-hwan bernasib baik dari segi hubungan dengan Korea Utara, ia tidaklah sehangat hubungan tegang mereka dengan Moscow. Tanpa disedari beliau, Pyongyang pula melihat lawatan rasmi beliau sebagai satu peluang untuk mencetuskan re.vo.lusi di Semenanjung Korea.

Mengikut jadual lawatan Doo-hwan, antara tempat yang bakal disinggahi ialah makam bapa kemerdekaan Burma, Aung San. Bapa kepada pemimpin Myanmar yang sedang dalam tahanan, Aung San Suu Kyi itu dibu.n.uh oleh anggota separa ten.te.ra bersama enam lagi ahli kabinetnya pada tahun 1947. Kesemua yang terbu.n.uh kemudiannya dimakamkan di sebuah makam negara berhampiran Pagoda Shwedagon.

Antara yang tiba awal ialah pemimpin kanan kabinet dari kedua-dua belah negara. Tetapi Doo-hwan dan Presiden Burma, San Yu masih belum tiba di kawasan makam. Menteri Luar Chit Haling sudah memberitahu rakan-rakan kabinet beliau akan mengiringi presiden ke makam kabinet. Pada jam 10.25 pagi, sebuah kereta dengan bendera Korea Selatan tiba di kawasan makam. Serentak dengan itu, kekecohan meletus.

Rajah 2: Keadaan di Makam Aung San pasca-ser.an.gan. Sumber: Kim Sang-yeong/AFP.

Tiba-tiba, le.tu.pan besar berlaku di kawasan makam yang menyaksikan 21 orang terbu.n.uh dan 46 lagi cedera. Antara yang terbu.n.uh termasuk Beom-seok, Timbalan Perdana Menteri Suh Sang-chul dan Duta Korea Selatan ke Burma, Lee Gye-cheol. Manakala Burma pula menangisi pemergian empat warganya termasuk tiga orang wartawan yang membuat liputan lawatan tersebut.

Tetapi ke mana perginya Doo-hwan? Kereta Presiden Korea Selatan itu lewat tiba di kawasan makam selang beberapa minit selepas le.tu.pan berlaku. Melihat situasi sebegitu rupa, pasukan keselamatan Korea Selatan segera berpatah balik. Dalam perjalanan, Doo-hwan tahu dalangnya bukan orang lain tetapi negara jiran mereka, Korea Utara.

Beberapa hari sebelum rombongan rasmi Seoul tiba di Rangoon (kini Yangon), tiga perisik Korea Utara tiba di Burma diketuai oleh Mejar Zin Bo. Mereka tiba dengan menyamar sebagai nelayan sebelum melaporkan diri ke Kedutaan Korea Utara. Di situ, mereka menerima bahan le.tu.pan berupa periuk api yang boleh dihidupkan dengan alat kawalan jauh. Ia kemudiannya dipasang di bumbung makam pada 7.00 pagi hari sama, beberapa jam sebelum pemimpin kedua-dua negara tiba untuk memberi penghormatan.

Sebaik mendengar tiupan begol yang menandakan kehadiran Doo-hwan, Zin Bo menghidupkan bahan le.tu.pan sekaligus menjadi pencetus tragedi berkenaan. Bagaimanapun, pasukan keselamatan Burma bernasib baik kerana selepas memeriksa tempat kejadian, hanya satu periuk api yang berjaya dile.tu.pkan. Jika tidak, skala kemu.sn.ahan makam dan bilangan kema.ti.an bakal menjadi lebih buruk.

Tiga orang perisik ini seharusnya melarikan diri ke pelabuhan dan menaiki bot laju menyusuri Sungai Rangoon. Bot tersebut akan membawa mereka ke sebuah kapal dagang di mana mereka akan kembali ke tanah air sebagai wira negara. Malangnya, pihak perisikan Korea Utara tiada niat untuk memenuhi janji yang dikatakan. Ini kerana mereka tahu misi sebegini selalunya berakhir dengan kegagalan dan tiada jaminan jalan keluar.

Zin Bo dikepung orang ramai di Tasik Pazundaung yang curiga dengan kelibatnya di kawasan berkenaan. Bimbang identiti dirinya sudah terbongkar, dia mele.tu.pkan dirinya dengan gr.en.ad dan membu.n.uh beberapa orang awam. Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian apabila dia hanya mengalami kehilangan beberapa anggota badan termasuk mata sebelum ditem.ba.k ma.ti pihak berkuasa.

Nasib yang sama turut menimpa dua perisik lain iaitu Kapten Kim Jin-su dan Kapten Kang Min-cheol. Kedua-duanya dicurigai seorang pemilik bot selepas mereka memintanya membawa mereka ke Sungai Rangoon dan bersedia membayar khidmatnya dengan mata wang asing. Keanehan permintaan dua orang asing mendorongnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Rajah 3: Kang Min-cheol semasa dalam tahanan pihak berkuasa Burma. Sumber: United Press International

Jin-su dan Min-cheol diburu pihak berkuasa dengan kedua-duanya cuba membu.n.uh diri. Jin-su cuba mele.tu.pkan dirinya dengan gr.en.ad yang membu.n.uh seorang pegawai polis tetapi berjaya diberkas. Manakala Min-cheol pula berjaya membu.n.uh tiga orang ten.te.ra dengan sebutir gr.en.ad sebelum ditahan hidup-hidup oleh pihak ten.te.ra.

Selepas dirawat sehingga pulih di sebuah hospital tempatan, kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan kega.na.san. Jin-su memilih untuk berdiam diri sepanjang perbicaraan dan dikenakan hukuman gantung pada 1986. Bagi Min-cheol pula, dia memilih untuk mendedahkan misi mereka di Burma sebagai tukaran kepada hukuman pen.ja.ra seumur hidup.

Dalam keterangannya di mahkamah, misi mereka diatur oleh Jeneral Kim Chan-su dengan tujuan pembu.nu.han Doo-hwan bakal membuka jalan kepada re.vo.lusi di Korea Selatan. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku dengan kedudukan Penye.mb.elih Gwangju menjadi semakin kukuh di luar negara termasuk sokongan Amerika Syarikat. Malah, AS juga secara rahsia mengatur khidmat pengangkutan pulang dan logistik untuk ahli rombongan Doo-hwan yang terbu.nu.h dalam peristiwa itu.

Burma yang berang dengan peranan Pyongyang memilih menggantung semua bentuk hubungan diplomatik dengan mereka. Hubungan tersebut hanya berjaya dipulihkan pada tahun 2007. Manakala China yang naik angin dengan tindakan Korea Utara memilih untuk tidak melayan sebarang bentuk pendekatan diplomatik yang ditimbulkan Pyongyang. Malah, Beijing menggunakan peluang ini untuk menambahbaik hubungan dengan Seoul.

Doo-hwan memilih menaikkan tahap amaran untuk angkatan ten.te.ra Korea Selatan dan tidak melakukan sebarang tindak balas, satu tindakan yang disifatkan sebagai aneh. Malah, hubungan kedua-dua negara jiran itu kembali pulih pada 1985 apabila ahli-ahli keluarga yang terpisah dari kedua-dua negara dibenarkan bertemu semula.

Bagaimanapun, Pyongyang masih tidak serik dengan apa yang berlaku dan mengulangi kembali peristiwa berda.r.ah Rangoon dengan insiden Korean Air 858. Pembaca boleh merujuk semula kisah tersebut menerusi pautan di bawah. Akibat insiden ini, Pyongyang disenaraikan sebagai negara penganjur kega.na.san oleh AS pada akhir tahun tersebut.

Tragedi Berda.r.ah Korean Air 858 – https://thepatriots.asia/tragedi-berdarah-korean-air-858/

Doo-hwan sedar dengan Sukan Olimpik 1988 bakal berlangsung tidak lama lagi, Seoul perlu menonjolkan imej baik di pentas dunia. Justeru, tidak hairanlah pengganti beliau, Roh Tae-woo berjanji menganjurkan pilihan raya yang adil dan bebas. Dengan pemilihan yang berlangsung pada 1988, ia membawa kepada proses demokrasi penuh di Seoul sekaligus menamatkan pemerintahan ten.te.ra di Korea Selatan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Min-cheol menjadi penghuni Pen.ja.ra Insein selama 25 tahun sekaligus menjadikannya sebagai banduan paling lama dalam sejarah Myanmar. Pada akhir hayatnya, sekumpulan ahli parlimen Korea Selatan cuba membawanya pulang dan menawarkan peluang kehidupan baru di sebelah selatan Semenanjung Korea. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila Min-cheol meninggal dunia akibat kanser pada 2008.

Makam Aung San dibina semula tetapi ditutup kepada orang awam pada tahun 1988. Ini berikutan Suu Kyi menjadi figura perjuangan pro-demokrasi di negara itu pada tahun berkenaan. Selepas dikenakan tahanan rumah, Burma atau Myanmar hari ini menjalani proses demokrasi yang kadangkala tergugat dengan insiden-insiden ga.n.as membabitkan pihak ten.te.ra. Makam tersebut dibuka semula kepada orang ramai pada 2011.

RUJUKAN:

Roblin, S. (2021). Insane: North Korea Tried To CENSORED South Korea’s President in 1983. National Interest.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.