Bagi setiap kuasa nuklear, mereka melihat sen.ja.ta tersebut sebagai cara mencegah negara-negara lain daripada menye.ra.ng mereka. Dalam kes Israel, mereka membangunkan strategi tindak balas yang dipanggil Pilihan Samson. Pilihan Samson hanya akan dilaksanakan sebagai pilihan terakhir sebagai tindak balas terhadap mana-mana negara yang menye.ra.ng atau memus.na.hkan mereka.

Nama strategi ini diambil bersempena kisah seorang hakim Yahudi dalam Old Testament bernama Samson. Beliau dikatakan mempunyai kekuatan luar biasa sehinggakan berupaya membu.n.uh seekor singa dengan tangan kosong dan mengalahkan sekumpulan ten.te.ra Philistine dengan tulang rahang keldai. Bagaimanapun, kekuatan Samson akan hilang sekiranya rambutnya yang panjang dipo.to.ng.

Dan itu yang dilakukan pihak Philistine menerusi kekasihnya, Delilah. Selepas berjaya mengumpan kekasihnya tidur di pangkuannya, dia meminta seorang khadam untuk mencukur rambut Samson. Ini mengakibatkan beliau hilang segala bentuk kekuatan dan ditahan pihak musuh.

Semasa dalam tahanan, Samson bukan saja dipaksa mengisar gandum untuk mereka di Gaza, malah turut dibutakan matanya. Dalam tempoh tersebut, rambutnya tumbuh kembali dengan pihak Philistine merancang membawanya ke Kuil Dagon sebagai persembahan ko.rb.an dewa mereka.

Rajah 1: Samson mengisar gandum oleh Carl Bloch.

Selepas dibawa ke kuil, Samson meminta izin untuk bersandar pada salah satu tiang kuil untuk berehat. Sebaik saja diberi izin untuk berbuat demikian, beliau berdoa kepada Tuhan agar mengurniakan kembali kekuatan kepada dirinya. Dengan izin-Nya, Samson diberi kekuatan luar biasa untuk menarik dua buah tiang kuil berkenaan yang mengakibatkan ramai orang terbu.nu.h termasuk dirinya. Padanya, jika mereka mahukan kema.ti.an dirinya, maka mereka perlu bersedia ma.ti bersamanya.

Rajah 2: Lukisan The De.a.th of Samson oleh Gustave Dore

Sejak dahulu lagi, agak sukar untuk mengetahui sama ada Israel mempunyai sen.ja.ta nuklear atau tidak. Justeru, agak sukar bagi negara-negara luar mengetahui tujuan sebenar polisi nuklear mereka termasuk keupayaan persen.ja.taan nuklear mereka. Bagaimanapun, itu tidak menghalang sesetengah pemimpin rejim mendedahkan Israel mempunyai sen.ja.ta nuklear seperti Shimon Peres, Ehud Olmert, Ephraim Katzir dan Moshe Dayan. (Katz, 2006)

Di pihak Amerika Syarikat pula, hal ini sudah diketahui oleh mana-mana pemimpin yang pernah menjawat jawatan pentadbiran tertinggi negara itu. Misalnya pada 2006, dalam sesi pendengaran senat berhubung lantikannya sebagai Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates mengakui rejim mempunyai keupayaan sen.ja.ta nuklear. (Katz, 2006) Dua tahun kemudian, Jimmy Carter mengakui Israel berkemungkinan mempunyai 100 atau lebih b.o.m nuklear. (Williams, 2008)

Bagi pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA), mereka percaya pada tahun 60-an, rejim mempunyai 10-20 sen.ja.ta nuklear. (Binder, 1976) Terkini, Langley percaya Tel Aviv mempunyai 75 hingga 200 b.o.m nuklear dengan kekuatan megaton yang berbeza. Bagaimanapun, angka tersebut kurang dipersetujui penganalisis Kenneth S. Brower dan beliau percaya rejim mempunyai sekurang-kurangnya 400 buah peranti nuklear. (Brower, 1997) Yang pasti, ia boleh dilancarkan dari udara, air atau darat sekaligus membolehkan Israel bertindak balas walaupun negara itu dise.ra.ng atau ha.nc.ur. (Plushnick-Masti, 2006)

Mengikut sejarah negara itu, Pilihan Samson sebenarnya sudah dipertimbang beberapa kali oleh kepimpinan Israel. Misalnya, beberapa hari sebelum Pe.ra.ng Enam Hari tercetus pada 1967, rejim merancang menghantar sekumpulan anggota komando menyusup masuk ke Semenanjung Sinai melalui helikopter. Dari situ, mereka akan membawa peranti nuklear ke puncak sebuah gunung dan mele.tu.pkannya sebagai amaran kepada negara-negara Arab lain.

Bagaimanapun, strategi itu dibatalkan selepas kejayaan besar yang dicapai Tel Aviv dalam konflik berkenaan. Brigadier Jeneral (B) Itzhak Yaakov melihat rancangan operasi itu sebagai salah satu bentuk Pilihan Samson rejim. (Bergman dan Shmilovitz, Broad dan Sanger, 2017)

Pada tahun 1973 pula, Israel dikejutkan dengan kejayaan awal pakatan beberapa negara Arab dalam Pe.ra.ng Yom Kippur (Pe.ra.ng Ramadan/Pe.ra.ng Oktober). Sebagai tindak balas, Perdana Menteri rejim ketika itu, Golda Meir mengarahkan 13 buah peranti nuklear diaktifkan dan digunakan sebagai b.o.m atau dipasang pada pe.lu.ru berpandu.

Duta Israel ke Washington merangkap bakal Perdana Menteri, Yitzhak Rabin diberitahu tentang situasi tersebut dan segera mengadakan pertemuan dengan Presiden Richard Nixon. Beliau memberi amaran sekiranya AS gagal memberi bantuan kepada Tel Aviv melalui jalan udara, maka ini akan memberi lampu hijau kepada Meir untuk melancarkan se.ra.ngan. Sedar tentang implikasi tindakan itu, Nixon mengarahkan bantuan segera dihulurkan. (Cohen, 2003; Hersh, 1991)

Menjelang awal abad ke-21, ramai pakar akademik Israel menggesa pentadbiran Ariel Sharon ketika itu memansuhkan dasar enggan berterus terang keupayaan nuklear rejim. Bagi Profesor Louis Rene Beres, penamatan polisi itu mengukuhkan lagi Pilihan Samson sebagai tanda amaran kepada negara-negara lain. Malah pada tahun 2004, beliau menambah Pilihan Samson sesuai digunakan sebagai sokongan penghalang konvensional terhadap mana-mana aset nuklear dan bukan nuklear milik pihak musuh.

Di sebalik keinginan ramai melihatnya sebagai strategi penghalang, ada yang melihat Pilihan Samson sebagai strategi tindak balas ag.re.sif. Salah seorang yang menyokong tindakan ini ialah wartawan dan penulis novel Ron Rosenbaum. Dia melihat Pilihan Samson sebagai satu tindak balas keadilan hakiki yang menjamin kewujudan orang Yahudi. (Rosenbaum, 2012)

Sementara sejarawan ten.te.ra Martin van Creveld melihat Strategi Samson sebagai langkah terbaik menghentikan kempen in.ti.fa.da Palestin yang berlaku pada 2003. Padanya, kempen tersebut mengan.ca.m kewujudan mereka dan dia melihat Pilihan Samson sebagai cara terbaik menghukum mereka. Malah, van Creveld turut mendakwa rejim berupaya melancarkan se.ra.ngan ke atas negara-negara lain termasuk Eropah sekiranya mereka berdiam diri dengan apa yang berlaku. (Hirst, 2003)

Bagaimanapun, keinginan kelompok ini han.cu.r berkecai dengan meneliti komen Yaakov. Beliau mendedahkan agak sukar membayangkan Eropah disasarkan Tel Aviv memandangkan mereka tidak mempunyai pelbagai kaedah seperti b.o.m atau pe.lu.ru berpandu untuk membawa muatan sebegitu rupa. (Bergman dan Shmilovitz, 2017)

RUJUKAN:

Cohen, A. (1998). Israel and (DITAPIS). Columbia University Press. Halaman 1-3, 7, 236 dan 341.

Binder, D. (1976). C.I.A. SAYS ISRAEL HAS 10–20 (DITAPIS). New York Times.

Hirst, D. (2003). The (DITAPIS) game. The Guardian.

Sanger, D. E. dan Broad, W. J. (2017). Last Secret’ of 1967 War: Israel’s DITAPIS Plan for Nuclear Display. New York Times.

Williams, D. (2008). Israel has at least 150 atomic (DITAPIS): Carter. Reuters.

Brower, K.S. (1997). A Propensity for Conflict: Potential Scenarios and Outcomes of (DITAPIS) in the Middle East. Jane’s Intelligence Review.

Bergman, R dan Shmilovitz, T. (2017). Israel planned to (DITAPIS) nuclear device in Sinai during Six-Day (DITAPIS). YNETNews.

Rosenbaum, R. (2012). How the End Begins: The Road to a Nuclear (DITAPIS). Simon & Schuster. Halaman 21-22, 141.

Hersh, S. (1991). The Samson Option: Israel’s Nuclear DITAPIS and American Foreign Policy, Random House. Halaman 225.

Katz, Y. (2006). Security and Defense: Mum’s the N-word. The Jerusalem Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.