Antara style politik Khalifah Muawiyah adalah sentiasa menundukkan musuhnya dengan kesantunan. Agak jarang Khalifah Muawiyah menggunakan kekerasan sepanjang pemerintannya melainkan beberapa kes seperti membunuh Imam Hujr bin Adi. Antara contohnya,
1. Khalifah Muawiyah tidak pernah menggunakan kekerasan menghadapi Saidina Hasan apabila beliau menyerahkan pemerintahan kepadanya. Bahkan Khalifah Muawiyah sentiasa mendermakan Saidina Hasan sejumlah wang yang besar dan memuliakannya sebagai cucu Rasulullah SAW. Begitu juga Saidina Husain, yang tetap dimuliakan Khalifah Muawiyah setelah kewafatan Saidina Hasan. Antara contoh hubungan baik Muawiyah dan Saidina Hasan adalah:
A. Di dalam Siyar A’lam Nubala karya Imam Al-Dzahabi Muawiyah ketika beliau menjadi khalifah. Khalifah Muawiyah berkata kepadanya “Aku akan memberi kamu sesuatu yang belum pernah aku berikan kepada sesiapapun sebelummu dan tidak akan pernah aku berikan kepada sesiapapun sesudahmu. Maka Khalifah Muawiyah memberikan 400 ribu dirham dan Saidina Hasan menerimanya. Di dalam sebuah riwayat juga disebut bahawa Saidina Hasan sentiasa mengunjungi khalifah Muawiyah setiap tahun dan khalifah Muawiyah memberinya 100 ribu dirham.
B. Di dalam dalam Tarikh Dimasyq karya ibn Asakir, Khalifah Muawiyah pernah mengirimkan 100 ribu dirham kepada Saidina Hasan. Apabila wang itu sampai kepadanya maka Saidina Hasan berkata kepada orang-orangnya “Barang siapa mengambil maka itu miliknya.” Khalifah Muawiyah juga pernah memerintahkan 100 ribu diberikan kepada Saidina Hussain lalu Saidina Hussain pun maka membahagikan 10 ribu dirham kepada 10 orang rakannya.
C. Di dalam Tarikh Dimashq Ibn Asakir juga menceritakan apabila khalifah Muawiyah berjumpa Saidina Hasan maka beliau akan berkata “selama datang cucu Rasulullah.”
D. Di dalam Tarikh Dimashq karya ibn Asakir turut menceritakan bahawa suatu tahun Saidina Hasan tidak datang kepada Khalifah Muawiyah dan khalifah Muawiyah juga tidak mengirim apa pun kepadanya. Maka Saidina Hasan ingin menulis surat untuk disampaikan kepada khalifah Muawiyah. Maka sebelum beliau menulis beliau tertidur. dalam mimpinya Saidina Hasan melihat Nabi SAW datang dan berkata kepadanya “Hasan mengapa kamu menulis kepada mahkluk memintanya memenuhi hajatmu dan meninggalkan Tuhanmu?” Maka Saidina Hasan menjawab “Lalu apa yang harus aku lakukan Wahai Rasulullah, hutangku bertambah.” Nabi menjawab “Ucapkanlah Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadamu dari setiap urusan di mana daya kekuatanku lemah dalam menghadapinya. Keinginanku tidak.”
2. Khalifah Muawiyah turut menggunakan Kaedah diplomasi dalam menghadapi saidina Qays bin Saad. Beliau adalah Sahabat Nabi SAW dan pemegang panji Ansar. Apabila berlaku konflik Amirul Mukminin Khalifah Ali dan Muawiyah, beliau adalah pendokong utama Khalifah Ali. Sokongannya terus berterusan sehingga zaman Amirul Mukminin Khalifah Hasan. Apabila Saidina Hasan menyerahkan jawatan kepada Muawiyah. Saidina Qays bersama 40 ribu tentera berpakat memerangi Khalifah Muawiyah. Namun Khalifah Muawiyah mengutus surat tawaran damai. Walaupun pada awalnya ditolak namun setelah penawaran bahawa Muawiyah akan menunaikan segala permintaan Qays berserta cop kuasanya, Qays berdamai dengan Khalifah Muawiyah dan tenteranya akan diberi perlindungan.
3. Khalifah Muawiyah turut menggunakan taktik ini untuk menundukkan Ziyad bin Abihi. Ziyad merupakan pendokong Utama Khalifah Ali dan seorang ahli politik yang bijak serta gabenor Khurasan. Walaupun Khalifah Hasan menyerahkan jawatan kepada Muawiyah, ziyad masih menetang Muawiyah. Namun Khalifah Muawiyah memanfaatkan Kebijakkan Saidina Al-Mughirah bin Syu’bah, maka ziyad bin Abihi bersetuju untuk tunduk di bawah Khalifah Muawiyah.
Khalifah Muawiyah mengiktirafnya sebagai anak Abu Sufyan serta melantiknya sebagai gabenor Iraq. Akhirnya Ziyad bin Abihi menjadi orang paling utama Khalifah Muawiyah dan memerintah Iraq dengan cemerlang walaupun menggunakan kaedah yang tegas. Kepercayaan Khalifah Muawiyah turut diberi kepada anaknya Ubaidillah bin Ziyad. Keluarga Ziyad terus mendapat kepercayaan kerajaa Bani Umayyah apabila anaknya Ubaidilah terus menjadi orang terpenting kerajaan sehingga terbunuh dengan kelompok at-Tawwabun pada zaman Khalifah Abdul Malik Bin Marwan.
Rujukan:
Daulah Umawiyah oleh dr.Yusuf al-isy (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2013)
al-a’lam al-islami fi al-ashr al-umawi oleh Prof Dr Abdussyafi muhammad Abdul Lathif (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2014)
Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatuhu wa asrahu al-dawlah al-Sufyaniyah oleh dr.ali muhammad al-shalabi (edisi terjemahan darul Haq 2012)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih