Istilah ‘agama Samawi’, agama dari langit, atau agama Ibrahim (Abrahamic) merujuk kepada agama-agama yang berasal dari mereka yang mengikuti ajaran tauhid yang dianjurkan oleh Nabi Ibrahim a.s.

Terdapat tiga agama utama bersumberkan dari tradisi dan keturunan Nabi Ibrahim iaitu Agama Yahudi, Kristian, dan Islam. Orang Yahudi dan Kristian berkongsi asal usulnya dari anak kedua Nabi Ibrahim, iaitu Nabi Ishak a.s. manakala orang Islam atau bangsa Arab berasal dari anak pertamanya, Nabi Ismail a.s.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Prinsip utama ketiga-tiga agama ini asalnya tidak jauh berbeza iaitu tauhid atau mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu, dan mereka percaya kepada garis keagamaan yang mengalir dari da.ra.h Ibrahim.

Walau bagaimanapun, berlaku terlalu banyak penyelewengan terhadap kitab-kitab yang asli kecuali al-Quran, yang menjadikan ketiga-tiga agama ini akan selama-lamanya saling bertentangan tentang ajaran manakah yang paling benar.

Perbezaan di antara agama-agama Samawi hari ini

Banyak peper.an.gan pernah berlaku di dalam sejarah yang melibatkan konflik agama. Antara yang paling popular adalah Pera.ng Salib menentang Islam di Tanah Suci Baitulmaqdis.

Walaupun permusuhan ini tidak pernah tamat, bahkan semakin teruk apabila memasuki era moden, ada waktunya muncul titik persamaan di antara agama-agama Samawi ini.

Sebagai contoh, ikatan persamaan inilah yang menyebabkan munculnya kisah tentang dua rabbi Yahudi melindungi Kaabah, seperti yang diceritakan oleh Ibn Kathir, sejarawan dan ilmuwan Muslim yang sangat berpengaruh.

Kisahnya bermula dengan kerajaan Himyar yang telah pun dilupakan. Semasa abad ke-2 Masehi, sebahagian besar dunia dilanda pergolakan pe.ra.ng, dan dengan pergelutan berterusan untuk meneruskan hidup yang mendominasi keperluan pengetahuan dan pemahaman, budaya di seluruh dunia terutamanya di dunia Arab, dipenuhi dengan cara hidup songsang, kepercayaan tahyul, generasi buta huruf, dan kebodohan. Dalam Islam, zaman ini dikenali sebagai zaman Jahiliyyah.

Himyar adalah sebuah kerajaan pagan yang kuat dan berpusat di wilayah Yaman moden. Ketika mereka memulakan penak.lukan wilayah-wilayah di sekitar mereka dan mula berasimilasi dengan budaya yang berbeza-beza, mereka menyerap struktur agama Yahudi untuk memastikan perpaduan di kalangan mereka.

Ini memberikan orang Yahudi kekebalan budaya di beberapa wilayah Arab, terutamanya di wilayah Hijaz, atau dikenali sebagai wilayah barat Arab. Mereka mendirikan sebuah kota berhampiran Mekah, yang diberi nama Yathrib. Ini adalah konteks yang disusun sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. dan kemunculan Islam.

Ibn Kathir adalah salah seorang ilmuwan Islam yang terkenal, dan tafsiran Al-Quran nya diterima secara meluas di kalangan masyarakat Islam. Dia menceritakan kisah para rabbi berdasarkan surah Ad-Dukhan ayat ke 44:37.

“(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum Tubba dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binas.akan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.” 

Tubba adalah istilah yang merujuk kepada orang-orang Saba dan Himyar.

Kisahnya mengatakan Raja Tubba tiba melalui wilayah Hijaz bagi melaksanakan penakl.ukan,  dia menye.ran.g kota Yathrib dan cuba mena.kl.uknya. Namun, dua rabbi yang menemaninya menasihatinya bahawa dia tidak akan dapat menguasai kota itu kerana ia ditakdirkan memiliki nasib berbeza yang tertulis untuknya.

Nasihat para rabbi, serta sikap baik orang-orang Yathrib yang memberikan dia makanan walaupun mereka sedang berpe.rang, telah mengubah fikiran Raja, dan dia memutuskan untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, dia melalui kota Mekah.

Menjadi satu tradisi di zaman jahiliyyah di Mekah untuk menyimpan berhala di Kaabah.  Berhala-berhala itu akan dihiasi dengan alat sembahan yang dibawa oleh orang ramai untuk meminta pertolongan dari para Dewa, dan selalunya, alat sembahan ini berbentuk emas atau barang berharga yang lain.

Kaabah

Raja ingin menawan Kaabah dan mahu membakar binaan itu hingga hangus. Ketika dia memberitahu hasratnya kepada para rabbi, mereka berhujah dengannya dan membuatkan Raja itu setuju untuk tidak menyentuh Kaabah.

Mereka percaya bahawa dalam kitab suci mereka mengatakan bahawa seorang Nabi akan dilahirkan di kota itu yang akan membawa ajaran sebenar untuk seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Raja menghormati pandangan para rabbi, jadi dia hanya akam melalui Mekah.

Peradaban hari ini telah maju ke tahap yang tidak disangka yang tidak pernah difikirkan oleh manusia dari zaman berabad-abad lalu. Semakin jauh kita melihat ke belakang, semakin banyak kegelapan yang kita lihat dalam sejarah dunia. Zaman Pencerahan dan zaman Renaissance membawa pengetahuan dan keindahan kepada dunia, dan revolusi industri membawa lambang ketamadunan ke dalamnya.

Namun, adakah kita merasakan diri kita lebih baik daripada orang-orang pada zaman Jahiliyyah? Apa bezanya kita hari ini dengan mereka jika kita semakin berundur ke belakang kerana mengejar kemajuan, sedangkan mereka maju ke hadapan meraikan kemunculan Nabi Muhammad S.A.W. lalu memeluk Islam.

Kita menggunakan teknologi yang kita cipta untuk membuat sen.jata pemus.nah besar-besaran untuk saling mengancam dan membu.nu.h. Kita semakin meninggalkan agama kerana pemikiran bahawa manusia harus meninggalkan agama dan tradisi yang ketinggalan zaman dan bangkit menjadi satu peradaban global, namun kita terus membu.nuh dan menghina agama sendiri dan agama orang lain.

Kisah tentang dua rabbi Yahudi mempertahankan Kaabah menjadikan konflik berterusan antara Yahudi dan Muslim ke dalam satu perspektif yang jelas.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Begitu juga apabila orang Islam mena.klu.ki kota Baitulmaqdis, tiada da.rah penganut agama lain yang ditumpahkan. Berabad lamanya orang Islam, Yahudi, dan Kristian boleh hidup berdampingan di dalam kota yang sama, beribadat di rumah ibadat masing-masing, namun hidup aman damai beratus tahun lamanya di bawah pemerintahan Islam, sehinggalah lahirnya Zionis.

Hari ini kita boleh melihat mana-mana perjuangan atas nama agama seringkali bertentangan dengan tradisi nenek moyang mereka, tradisi yang mereka perjuangkan untuk melindunginya namun pendekatan jauh berbeza. Sekiranya kita tidak mahu belajar dari sejarah, bagaimana kita boleh menganggap diri kita sebagai manusia bertamadun?

RUJUKAN:

Ibn Kathir’s Tafsir Narrates How Two Jewish Rabbis Respected and Protected the Kaabah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.