Xiaomi adalah syarikat elektronik dan perisian dari negara China yang dikenali sebagai salah satu jenama telefon pintar terbesar di dunia pada masa kini dengan beberapa telefon pintar di pasaran. Salah satu barisan telefon pintar Xiaomi yang paling terkenal ialah Redmi yang merupakan barisan peranti mid-range yang menjadi rebutan daripada saat mereka dilancar pada Julai 2013.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Telefon pintar Xiaomi Redmi dipasarkan bertumpu kepada pengguna di Asia dan Eropah. Sejak pelancarannya pada tahun 2013, Xiaomi Redmi telah mengeluarkan beberapa model dan berterusan menginovasi telefon pintar mereka bagi memberi pengguna mereka lebih banyak ciri dan keistimewaan serta pengalaman menggunakan telefon pintar yang lebih baik. Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana telefon pintar Xiaomi Redmi Siri Note mereka telah berkembang dalam 4 tahun lepas, dari sudut reka bentuk, paparan, prestasi, dan kamera.

Xiaomi Redmi Note 5 (Redmi 5 Plus) (2018)

Xiaomi Redmi Note 5 dilancarkan pada bulan Mac 2018 dan berukuran 158.6 x 75.4 x 8.1mm dengan berat sebanyak 180g. Badan Xiaomi Redmi Note 5 dibina dengan kaca untuk badan hadapan, bingkai aluminium dan dilengkapi dengan bicu audio, port pengecasan Micro-USB 2.0, dan sensor cap jari yang dipasang di belakang telefon. Paparan Xiaomi Redmi Note 5 adalah skrin sentuh kapasitif IPS LCD 5.99-inci yang dibuat dengan Corning Gorilla Glass dengan resolusi FHD + (1080 x 2160 piksel).

Xiaomi Redmi Note 5 menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 Octa-core dengan sistem operasi Android 7.1.2 (Nougat). Minimum storan bagi Xiaomi Redmi Note 5 ialah 32GB dengan RAM 3GB dan storan juga dapat ditambah sehingga 128GB dengan menggunakan kad SD. Telefon pintar ini mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh yang juga dilengkapi dengan kemampuan pengecasan pantas 18W.

Susunan kamera Xiaomi Redmi Note 5 merangkumi dua kamera belakang  dengan satu kamera 12MP f/2.2 dan satu kamera 5MP dengan sistem Phase Detection Auto-Focus (PDAF) dan lampu flash tunggal. Bahagian depan telefon mempunyai kamera 13 MP f/2.0 yang dilengkapi dengan fungsi Beautify 4.0 kepintaran buatan (AI) dan pemasa selfie.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro (2018)

Xiaomi Redmi Note 6 Pro adalah model dalam siri Xiaomi Redmi yang dilancar tanpa varian iringan. Telefon pintar dilancarkan pada Oktober 2018 dan berukuran 157.9 x 76.4 x 8.2mm dengan berat sebanyak 181g, ianya bertambah dari segi ukuran dan berat berbanding model Note 5 yang dikeluarkan sebelumnya. Xiaomi Redmi Note 6 Pro mempunyai badan aluminium belakang dengan bingkai plastik, pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, port MicroUSB 2.0, dan bicu audio. Model ini juga mempunyai paparan yang lebih besar daripada model sebelumnya, iaitu skrin sentuh kapasitif IPS LCD 6.26-inci yang dibuat dari Corning Gorilla Glass dengan resolusi 1080 x 2280 piksel.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro menggunakan pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon 636 dengan sistem operasi Android 8.1 (Oreo), dan antara muka MIUI 10. Storan minimum untuk model ini adalah sama seperti Note 5 tetapi storan luaran untuk model ini boleh dipertambahkan sehingga 256 GB. Kapasiti bateri masih dikekalkan pada 4000 mAh seperti Note 5 tetapi model ini sayangnya tidak dilengkapi dengan kemampuan pengecasan pantas .

Kamera untuk Xiaomi Redmi Note 6 Pro telah dinaiktarafkan dari model sebelumnya, terutama bagi kamera hadapan. Telefon pintar ini dilengkapi dengan dua kamera belakang dan dua kamera depan. Kamera belakang adalah kamera utama 12 MP f/1.9 dengan autofocus piksel dua kali ganda dan kamera depth sensor 5 MP f/2.2. Kamera depan mempunyai kamera 20 MP f/2.2 dan kamera depth sensor 2 MP, dengan fungsi Beautify 4.0 AI dan pemasa selfie.

Xiaomi Redmi Note 7 (2019)

Xiaomi Redmi Note 7 dilancarkan pada Januari 2019 dan berukuran 159.2 x 75.2 x 8.1mm dengan berat 186g. Badan untuk model ini terbuat dari kaca Corning Gorilla Glass 5 untuk bahagian depan dan belakang dan plastik untuk bingkainya. Model ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, port USB Type-C, dan bicu audio. Paparan Xiaomi Redmi Note 7 adalah skrin sentuh kapasitif IPS LCD 6.3-inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel.Telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan Octa-core Qualcomm Snapdragon 660 dan sistem operasi Android 9.0 (Pie) dengan antara muka MIUI 10. Storan minimum dan storan luaran model ini boleh ditambah sama seperti model Note 6 Pro sebelumnya, juga kapasiti bateri yang sama. Namun, bateri Xiaomi Redmi Note 7 ini boleh menyokong teknologi pengecasan Qualcomm️ Quick Charge️ 4.

Model ini dilengkapi dengan dua kamera belakang, satu kamera 48MP f/1.8 dan satu kamera 5MP f/2.4 dengan beberapa pilihan penggambaran seperti mod malam, panorama, potret, dan pro. Susunan kamera ini dianggap “sangat mengagumkan” untuk harganya yang agak murah dan boleh dibandingkan dengan susunan kamera pada telefon pintar dari jenama terkemuka seperti Samsung.

Xiaomi Redmi Note 8 (2019)

Xiaomi Redmi Note 8 dilancarkan pada bulan Oktober 2019, dengan jangka masa hanya 9 bulan dari model Redmi Note sebelumnya. Oleh itu, kedua-dua telefon ini dipercayai adalah serupa. Jika kita lihat pada reka bentuknya, ianya adalah serupa dengan model sebelumnya dari bahan hingga penempatan pengimbas cap jari, yang membezakan hanya beratnya iaitu ianya sedikit lebih berat berbanding model sebelumnya dengan 190g.

Berbanding dengan model sebelumnya, Redmi Note 8 dilengkapi dengan cip pemprosesan Octa-core Qualcomm Snapdragon 665 yang merupakan chipset yang lebih baharu dan lebih baik. Xiaomi Redmi Note 8 masih mengekalkan penyimpanan minimum yang sama, storan luaran yang boleh diperluas, dan kapasiti bateri yang sama dengan model Note 6 Pro dan Note 7 sebelumnya. Namun, model ini hanya dilengkapi dengan kemampuan pengecasan pantas 18W tanpa Qualcomm️ Quick Charge️ 4.

Susunan kamera untuk Xiaomi Redmi Note 8 mempunyai penambahbaikan yang ketara berbanding model sebelumnya, dengan kamera quad di belakang. Kamera quad dilengkapi dengan kamera lebar 48MP f/1.8, kamera ultrawide 8MP f/2.2, kamera makro khusus 2MP f/2.4, dan kamera depth sensor 2MP f2.4. Kamera depan telefon pintar ini adalah 13MP f/2.0 dengan fungsi Beautify AI.

Xiaomi Redmi Note 9 (2020)

Xiaomi Redmi Note 9 dilancarkan pada Mei 2020 dan berukuran 162.3 x 77.2 x 8.9 mm dan berat 199 g. Badan telefon pintar terbuat dari kaca depan Gorilla Glass 5 dan bingkai plastik dan dilengkapi dengan lapisan kalis percikan air. Terdapat juga pengimbas cap jari yang dipasang di belakang dan port USB Type-C. Paparan untuk Xiaomi Redmi Note 8 adalah skrin sentuh kapasitif Corning Gorilla Glass 5 IPS LCD 6.53-inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel.

Prestasi Redmi Note 9, walaupun tidak memberi keyakinan yang tinggi kepada pakar-pakar teknologi, ianya masih mampu memberikan prestasi yang baik dengan gabungan chipset Octa-core MediaTek Helio G85 dan 3GB RAM / 64GB ROM atau 4GB RAM / 128GB ROM. Kapasiti bateri juga telah meningkat dari model sebelumnya dan kini 5020 mAh dengan pengecasan pantas 18W dan keupayaan pengecasan terbalik 9W.

Xiaomi Redmi Note 9 mempunyai susunan kamera quad di belakang yang sama seperti model Note 8 sebelumnya. Model ini juga dilengkapi dengan kamera depan 13MP f/2.3 dengan pengatup tapak tangan dan mod potret AI.

Xiaomi Redmi Note 10 (2021)

Xiaomi Redmi Note 10 dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu dan mempunyai ukuran saiz yang lebih kecil dan lebih ringan daripada model sebelumnya. Badan model ini juga mempunyai perlindungan habuk dan percikan air IP53 dan port USB Type-C. Namun, model ini menampilkan pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan bukannya dipasang di belakang seperti pada model-model sebelumnya. Paparan untuk Xiaomi Redmi Note 10 ialah skrin Super AMOLED berukuran 6.43-inci, dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan perlindungan Corning Gorilla Glass 3.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun model Redmi Note sebelumnya dilengkapi dengan MediaTek Helio G85 SoC, Xiaomi memutuskan untuk menaik taraf pemproses untuk Redmi Note 10 dengan chipset Octa-core Qualcomm Snapdragon 678 yang dianggap lebih baik. Mengenai RAM dan storan, terdapat 2 pilihan untuk pengguna iaitu 4GB / 64GB dan 6GB / 128GB. Kapasiti bateri untuk model ini dikurangkan sedikit kepada 5000 mAh berbanding model sebelumnya tetapi ianya kini dilengkapi dengan kemampuan pengecasan pantas 33W.

Xiaomi Redmi Note 10 juga berkongsi kemampuan sistem kamera quad belakang yang sama seperti model Note 8 dan Note 9 sebelumnya di samping mempunyai kamera lebar 13 MP f/2.5 di bahagian depan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.