Industri perfileman sangat bergantung pada pawagam untuk menjana keuntungan. Tanpa pawagam, macam mana mereka nak jual filem?

Memang dari dulu, banyak platform menawarkan perkhidmatna bayar-dan-tonton (PPV) Macam contohnya, WWE menjual hak siaran tetapi penonton di rumah masih perlu bayar untuk Wre.stlemania misalnya.

Tetapi konsep PPV tidak praktikal untuk perfileman. Pertama sekali, persaingan dalam kalangan industri Amerika Syarikat sendiri sudah sudah dahsyat… belum bercampur dengan British, China, Korea dan industri tempatan.

Kedua pula, PPV tidak memberikan “feel” kesan visual dan bunyi. Dan ketiga (yang paling utama), bukan semua negara boleh tayang PPV.

Jadi pawagamlah jawapannya. Kena pandai tarik penonton saja. Watak perlu padu. Jalan cerita kena relevan. Aksi pula mesti logik dan merambangkan mata.

Tambah ramai ingin “melepas” (escapism) daripada belenggu harian.

Masuk pawagam dengan tek.anan… dua jam kemudian, keluar dengan perasaan diganti keterujaan filem.

Cuma pengeluar filem perlu berhati-hati: terlalu lama, orang boleh bosan; terlalu pendek, orang meluat. Tarik panjang sangat pun orang menyampah.

Kalau menjadi, dapatlah The Lord of the Rings. Kalau entah apa-apa, tengok saja Terminator. Daripada abang Arnold, sampai pakcik Arnold, sampai atuk Arnold… jalan cerita pun gila jadinya.

Industri Pawagam Dalam Pand.emik

COVID-19 telah menjejaskan industri pawagam dengan impak membµnµh. Banyak pengusaha pawagam terpaksa memeluk tubuh dalam kerisauan jika terpaksa gulung tikar.

Ada yang sudah menutup pintu buat selamanya. Impak terhadap pawagam turut mengganggu pengeluar filem.

Boleh rujuk The Eight Hundred sebagai contoh utama. Filem ini mengisahkan tentang ser.angan Jepun di Shanghai dalam bahasa Mandarin. Rotten Tomatoes memberi penarafan 86 peratus. Filem The Eight Hundred mencatatkan rekod kutipan, iaitu sebanyak AS$472.6 juta sahaja.

Kejayaan The Eight Hundred bermakna buat kali pertama (sejak 2007): tiada filem mendapat AS$1 bilion. Bayangkan… 13 tahun secara konsisten, banyak filem pec.ah panggung dan mengutip AS$1 bilion hingga AS$2 bilion.

Ini juga kali pertama filem luar Amerika mendapat kutipan tertinggi… bukan kerana filem-filem Barat rugi, tetapi sebenarnya terpaksa ditangguhkan berkali-kali.

2020 adalah tahun yang gelap untuk industri perfileman. Teruk lagi membosankan. Belenggu COVID-19 berterusan hingga hari ini. Jadi Disney dan Marvel Studios misalnya membuat keputusan.

Edarkan saja Black Widow dalam pawagam pada 9 Julai 2021… tetapi pada masa yang sama, edar juga dalam Disney+ khas untuk Premier Access. Sesiapa berminat boleh tengok di rumah tetapi kena bayar AS$30 (Rubin, 2021).

Strategi ini mungkin berkesan, kerana Marvel mempunyai jumlah peminat yang besar. Mereka ini sanggup mengeluarkan wang demi Marvel. DC pun begitu, dengan jemaah peminat yang berjaya mendapat Justice League versi Zack Snyder melalui siri kempen bertahun.

Sudahlah berjaya, mereka menyal.ahgunakan kuasa ini untuk tuntutan kedua pula. Sengaja mereka memberi review 1-bintang pada filem besar Warner Bros. yang lain. Kenapa? Sebab Warner Bros. enggan menyambung Justice League Zack Snyder dengan sekuel-sekuel sepatutnya (Hood, 2021).

Eksperimen Godzilla v Kong

Filem yang menjadi mangsa penyokong Zack Snyder ialah Godzilla vs Kong. Karya ini mempunyai pengaruh besar. Satu Godzilla yang sudah mempunyai dua filem Hollywood (patutnya tiga, tapi Godzilla 1998 dibenci penyokong francais).

Kemampuan Godzilla.

King Kong pula lebih berjaya dengan sentuhan Peter Jackson (2005) dan Kong: Skull Island (2017).

Babak sebelum Kong muncul.

Godzilla vs Kong ialah sambungan pada Godzilla (2014), Godzilla: King of the Monsters (2019) dan Kong: Skull Island. Ketiga-tiga filem pendahulu ini dipegang Legendary Pictures (dan Tencent Pictures).

Tetapi COVID-19 membawa dugaan besar terhadap Godzilla vs Kong. Warner Bros. mesti mendapat AS$330 juta untuk balik modal… selebihnya baru dikira untung.

Warner Bros. tidak bergantung pada pawagam semata-mata. Mereka menunggang kuasa penstriman (streaming), siap dipinang Netflix dengan mahar AS$200-250 juta (Rubin & Lang, 2020).

WarnerMedia menolak tawaran ini, kerana lebih suka pada HBO Max yang dilanggan dengan AS$15 sebulan. Dan HBO Max pula tidak menggunakan kaedah Disney+.

Semua pelanggan HBO Max boleh menonton Godzilla vs Kong tanpa sebarang kos. Inilah masalahnya: kerana bukan semua penduduk di luar Amerika Syarikat boleh menonton Godzilla vs Kong.

Pencapaian Godzilla vs Kong

Godzilla vs Kong menjadi eksperimen Warner Bros. untuk menguji kebolehpasaran filem dalam COVID-19. Modal yang dikeluarkan mencecah AS$330 juta.

Sehingga 14 April 2021, mereka berjaya mengutip AS$358.6 juta. Ini bermakna filem ini sudah menjana keuntungan yang kukuh kerana kerjasama HBO Max.

Tidak pasti berapa banyak Warner Bros. kutip daripada HBO Max… tetapi kalau selamba menolak tawaran Netflix, tentu sekali jumlahnya banyak. Kerana Godzilla vs Kong mendapat 3.6 juta tontotan di HBO Max sahaja.

Kalau benar-benar berjaya, Warner Bros. mesti akan mengembangkan Monsterverse ini dengan kaiju-kaiju lain.

Kempen #ContinueTheMonsterVerse sedang hangat berjalan di Twitter, agak-agak sama seperti #ReleaseTheSnyderC.ut. Satu benda paling jelas dalam Godzilla vs Kong – aksinya tidak terlalu gelap.

Godzilla kerap muncul, bukan macam Godzilla (2014). Kong pula mempunyai kualiti tersendiri. Semua elemen jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan dua filem Godzilla yang mendahuluinya.

Walaupun dihimpit COVID-19, Warner Bros. memberanikan diri kerana ramai mendahagakan hiburan baru. Eksperimen mereka ada risi.ko sendiri… tetapi akhirnya, ia membuahkan hasil.

RUJUKAN:

Hood, C. (2021, Mac 28). Godzilla vs Kong Gets Review (ditapiskan) by Snyderverse Fans Angry with WB. Screen Rant.

Rubin, R. (2021, Mac 23). ‘Black Widow’, ‘Cruella’ to Debut on Disney+ and in Theaters as Disney Shifts Dates for Seven Films. Variety.

Rubin, R., & Lang, B. (2020, Disember 7). ‘Dune’ Producer Legendary Entertainment May Sue Warner Bros. Over HBO Max Deal. Variety.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.