Baru-baru ini aku lihat ada suara-suara mengutuk institusi Raja dengan menunggang kisah Hang Jebat mentang kezaliman Sultan Melaka yang termakan fitnah terhadap sahabat karibnya Hang Tuah. Maka mereka banyak meluangkan kisah perjuangan Hang Jebat ini sebagai symbol dalam menetang kezaliman kerajaan akan rakyat marhen.

Pertama, sekali tujuan aku menulis berkaitan Hang Jebat bukan bertujuan membela mana-mana pihak yang dituduh melakukan kesalahan ini. Namun aku menulis kupasan untuk kita menilai layakkan seorang Hang Jebat ini diangkat sebagai symbol perjuangan rakyat marhean. Untuk mendapat jawapan akan isu ini perlulah kita membuka atau membaca Kembali hikayat-hkayat Melayu lama yang merakamkan akan peristiwa ini. Maka terdapat dua yang menceritakan kisah Hang Jebat ini:

  1. Hikayat Sulalatus Salatin (di dalam buku ini watak nama watak yang menentang Sultan Melaka dan melawan Hang Tuah adalah Hang Kasturi)
  2. Hikayat Hang Tuah

Pertama sekali tiada sumber kukuh yang menunjukkan perjuangan Hang Jebat ini adalah demi membala rakyat marhean kononnya dizalimi oleh Sultan Melaka. Bahkan orang yang mengangkat Hang Jebat ini sebagai Hero adalah  Kassim Ahmad Ketika menyelenggara Hikayat Hang Tuah. Beliau cuba menafsiri watak Hang Jebat ini dengan idea sosialisnya.

Begitu juga wujudnya filem-filem Melayu yang cuba menggambarkan Hang Jebat sebagai wira yang membela rakyat tertindas seperti Hang Jebat (1961) lakonan Nordin Ahmad. Kehebatan Nordin Ahmad membawakan watak Hang Jebat sebagai wira yang membela sahabat dan rakyat jelas menyebabkan lakonannya melekat di minda orang Melayu apabila membayangkan Hang Jebat.

Antara babak yang benar-benar menggambarkan perjuangan marhen Hang Jebat adalah:

‘’Hang Jebat menjemput rakyat jelata masuk ke istana dan menjamu mereka semuanya makan. Hang Jebat juga mengarahkan pegawai menyembelih dua ekor lembu, sepuluh ekor kambing dan seratus ekor ayam untuk dijamu pada rakyat jelata. Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat memecahkan bilik Perbendaharaan Negara dan mengambil semua harta-harta seperti intan, berlian dan emas yang tersimpan di dalam bilik tersebut untuk diberikan pada rakyat. Kata Hang Jebat, “Ini hak rakyat, aku akan kembalikan kepada rakyat!” Maka diberikannya harta-harta tersebut kepada rakyat yang hadir di istana tersebut, “Haa..ambil ini semua, ini semua hak kamu, ambil semua..ambil!!” laung Hang Jebat sambil mencampakkan permata kepada mereka semua. Kemudian ketika rakyat jelata memberi sembah kepadanya sebagai ucapan terima kasih, segera Hang Jebat menolak seraya berkata: “Jangan, jangan sembah aku! Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat…rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk memberi jasa kepada rakyat. Dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahukan keadilan, keadilan, keadilan…! ‘’(Saufy Jauhary, 2020).

Persoalannya siapakah Hang Jebat sebenar yang diceritakan dalam Hikayat Melayu lama? Hang Jebat yang tertulis di dalam hikayat bukanlah Hang Jebat yang anda harapkan. Pertama sekali tiada satu patah perkataan pun menceritakan bahawa Hang Jebat ingin memperjuangkan nasib rakyat.

Tujuan Hang Jebat hanyalah demi membela rakannya Hang Tuah yang disangka telah dihukum bnvuh akibat fitnah pembesar. Hal ini terbukti dengan perkataan Hang Jebat di dalam Hikayat Hang Tuah:

“Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah (Hang Tuah) maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.”  (hlm 315)

Bahkan jika di dalam Hikayat Hang Jebat tidak pernah menghalau Sultan bahkan beliau terus menduduki istana tanpa ada tanda-tanda ingin menjatuhkan Raja, Sultan sendiri  pergi ke rumah bendahara setelah dinasihati oleh isteri baginda.

Maka apabila Sultan tiada di istana Hang Jebat mula berlagak seperti seorang Raja, Hikayat menceritakan:

Maka Hari pun sianglah, Maka dilihat oleh Hang Jebat raja anak-beranak sudah berundur dari Istana. Maka Ia pun terlalu sukacita lalu ia duduk di atas peterana yang keemas an tempat raja duduk itu. Maka biduan empat itu pun bernyanyilah, terlalu ramai makan minum dengan segala bunyi-bunyian. Maka Hang Jebat pun mandi pada pasu emas tempat raja mandi. Maka ia memakai bau-bauan, makai a menyuruh mengambil peti pakaian Raja.

Maka diambil pakaian raja yang berpakakan emas itu dipakainya dan baju raja daripada rambuti itupun dipakainya. Maka Dastar daripada emas berpermata itu dipakainya. Setelah Sudah maka si Jebat duduk di atas peterana yang keemasan. Maka Nasi diangkat oranglah. Maka Hang Jebat pun makanlah seperti kelakuan Raja santap, demikianlah kelakuannya itu. Setelah sudah makan maka Hang Jebat pun tidurlah pada tempat Raja itu Tidur.’ (hlm 298)’

Bukan sekakat itu, Hang Jebat juga bermukah (berzina) dengan dayang-dayang dan gundik Raja di dalam istana. Teks-teks Hikayat juga menunjukkan bahawa pembesar-pembesar meilhat betapa lagaknya Hang Jebat hidup seperti seorang Raja. Tun Teja berkata kepada Sultan Melaka:

“Jika ada Laksamana itu masakah Si jebat berani berbuat demikian seperti anak-anak raja’’  (hlm 292)

Nah perhatikan teks ini sungguh Jebat yang sebenar bukanlah Jebat versi Nordin Ahmad itu bahkan Jebat ini mula hidup dan bersuka ria seperti orang Raja. Dimana nilai marhean Jebat di dalam Hikayat ini? Tiada diceritakan Jebat membantu atau memberikan harta sedikitpun kepada orang yang susah.

Sudahla amukan Jebat ini tiada kaitan dengan orang susah bahkan dia telah membnvuh orang-orang tidak berdosa. Hikayat Hang Tuah menceritakan:

Maka Hang Jebat pun lalu keluar mengamuk di tengah pasar itu. Maka orang Melaka pun beribu-ribu mati dan luka daripada laki-laki dan perempuan. Maka negeri Melaka pun huru-haralah. Maka Hang Jebat pun masuk mengamuk daripada suatu kampung kepada suatu kampung, daripada satu lorong kepada suatu lorong, daripada suatu tempat kepada suatu tempat itu; banyak mati dan luka; keluar masuk membnvuh seperti orang gila. Maka bangkai pun bertimbun-timbun, pada segenap lorong dan segenap kampung dan pintu dan jambatan penuh dengan bangkai. Maka hari pun hampir malam.

Maka Hang Jebat pun keluar dari dalam negeri. Ia membnvuh orang luar negeri seperti sewah menyambar ke sana ke mari. Maka rakyat isi negeri itu pun keluar dari negeri membawa anak bininya; setengah mendapatkan raja. Setelah baginda melihat demikian itu , maka baginda pun terlalu dukacita melihat rakyatnya demikian itu, seperti alah oleh musuh lakunya, masing-masing membawa dirinya ke sana ke mari. (hlm 324)

Arkian setelah genap tiga malam Laksamana khalwat itu, maka Laksamana pun hendak ke sungai. Maka dilihat oleh Laksamana Si Jebat mengusir orang di pasar itu, seperti helang menyambar ke sana ke mari. Maka Laksamana pun berseru-seru sambil berdiri melihatkan kelakuan Hang Jebat membnvuh. Maka Laksamana pun berseru-seru dengan nyaring suaranya, katanya, “Hai Jebat, padalah engkau membnvuh orang beribu-ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga; sudahlah. Sekarang segala nyawa orang berpuluh-puluh ribu tiadakah tertanggung atas kepalamu?!” Arkian maka suara Laksamana itu pun terdengarlah kepada Hang Jebat; Hang Jebat pun segera datang mendapatkan Laksamana. Maka dilihatnya Laksaman ada terdiri. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, padalah engkau membnvuh orang yang berpuluh ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga!” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya, “Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain membnvuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada diperhamba.”” (hlm 324-326).

Lihat inikah Hang Jebat yang kalian agongkan? Bahkan rakyat biasa lari sehingga ada yang berlindung dengan Raja kerana takut dengan amukan Jebat. Persoalan saya dimana nilai marheanya, dimana nilai sosialisnya dan dimana jiwa rakyatnya Jebat? Jebat sedikitpun tidak memikirkan rakyat dibawah, dia hanya bersuka ria dengan kemewahan istana sahaja. Saya bukanla hendak membela golongan double standard namun bagi saya sudah-sudahla romantismekan Hang Jebat itu.

RUJUKAN:

Hikayat Hang Tuah diselenggara oleh Kassim Ahmad cetakan DBP (1966)

Hikayat Sulalatus Salatin Salinan Krusenterns dikaji dan diperkenalkan oleh Prof Emiratus Ahmat Adam  cetakan Yayasan Karyawan (2016)

Concept Of A Hero In Malay Society karya Shaharuddin Maaruf cetakan Strategik Information and Research Development Centre


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.