Tidak ramai yang mengenali Thomas Paine, yang merupakan antara propagandis politik terulung dalam sejarah. Paine merupakan anak kelahiran Norfolk, England dan meninggal dunia pada 1809 pada usia 72 tahun dan dikebumikan di New York, Amerika Syarikat. Paine hidup ketika kurun mencatatkan dua revolusi besar yang tercetus pada masa itu iaitu di Perancis dan Amerika Syarikat. Beliau juga dianggap sebagai Bapa Pengasas AS.

Ketika usia mudanya, Paine telah mencuba pelbagai pekerjaan namun semuanya gagal. Akhirnya, beliau telah memilih untuk menjadi pegawai percukaian namun dipecat pada tahun 1772 apabila desakan kerasnya untuk menaikkan gaji pekerja sebagai cara untuk menghapuskan rasuah tidak dipersetujui. Dalam keadaan tidak berpendapatan, beliau telah bertemu Benjamin Franklin yang mencadangkan beliau agar berhijrah ke Amerika untuk melakukaan kerja penulisan di sana.

Common Sense

Paine bekerja di syarikat milik menantu Franklin iaitu Pennsylvania Magazine, di mana di sana beliau telah menerbitkan sejumlah artikel dan puisi. Kebetulan, ketika Paine tiba di Amerika pada tahun 1774, pertempuran antara pihak koloni Amerika dan penjajah British sedang sengit berlansung. Ketika inilah, beliau telah menghasilkan risalah paling popular pada ketika itu iaitu Common Sense.

Common Sense merupakan risalah yang ditulis oleh Paine di mana isinya menyokong tenter4 koloni yang dipimpin George Washington. Dalam risalah tersebut, Paine beranggapan bahawa puak koloni sepatutnya tidak hanya memberontak menentang akta percukaian yang zalim, malah inilah peluang terbaik untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dari empayar British.

Tambah beliau, kerajaan pilihan rakyat adalah lebih mulia berbanding mana-mana bentuk kerajaan yang berasakan aristokrasi dan perwarisan, termasuk kerajaan monarki, yang merujuk kepada monarki England ketika itu. Menurutnya, tiada lagi saat terbaik pada masa akan datang untuk melepaskan diri dari cengkaman British, maka puak koloni perlu memenangi pertempuran ini.

Betapa berpengaruhnya risalah Common Sense ini sehinggakan bapa pengasas Amerika Syarikat sendiri, John Adams menyebut bahawa ‘tanpa pena penulis Common Sense, perjuangan Washington akan menjadi sia-sia sahaja’. Risalah ini jugalah antara yang dirujuk dan membuka jalan ke arah Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat 1776. Pengaruh Common Sense juga dapat dibuktikan dengan rekod cetakan dan penjualannya yang mencecah 150 ribu pada akhir tahun 1776, satu angka yang luar biasa pada zaman tersebut.

Ketika pe.ra.ng revolusi sedang hangat berlansung, tulisan Paine juga telah berjaya menyemarakkan semangat tentera-tentera koloni untuk terus menghimpit puak loyalist. Ketika musim sejuk Disember tahun 1776, tentera Washington berada dalam keadaan yang sangat teruk di mana sesetengah sejawaran berpendapat mereka berada di ambang perpecahan. Keadaan ini telah memberi inspirasi kepada Paine untuk menghasilkan satu lagi risalah yang bertajuk The American Crisis.

Dari situlah wujudnya bait permulaan terkenal iaitu ‘These are the times that try men’s souls’. Risalah tersebut telah berjaya memberi inspirasi kepada tenter4 Washington di mana mereka telah berjaya memenangi Pertempuran Trenton yang dianggap sebagai medan pertempuran yang sangat signifikan di mana kemenangan Washington telah memberi banyak kelebihan kepada tenter4nya.

Karier Politik

Setelah Revolusi Amerika tamat, di situlah bermulanya karier politik Thomas Paine di mana beliau telah ditugaskan sebagai setiausaha di Jawatankuasa Kongres Bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan seterusnya sebagai kerani di Pennsylvania Assembly. Paine juga telah menulis preamble bagi satu akta yang telah membebaskan 6000 hamba di Amerika.

Kembali ke England

Setelah karier politiknya makin suram di Amerika Syarikat, Paine perlahan-lahan mula beralih arah bidang rekaan, antaranya pembuatan jambatan besi. Pada April 1787, beliau kembali ke Eropah untuk mempromosikan pelan jambatan yang ingin dibina merentasi Sungai Schuylkill berdekatan dengan Philadelphia. Di England, projeknya tidak dapat berjalan dengan lancar kerana isu politik sering menarik perhatiannya. Pada Disember 1789, beliau telah menerbitkan tulisan amaran berkenaan tindakan Perdana Menteri UK William Pitt.

William Pitt the Younger

Dalam tulisannya itu, Paine telah memberi amaran terhadap cubaan William untuk melibatkan England dalam kancah pe.pera.ngan yang berlaku antara Perancis dan Republik Belanda.  Beliau memberi amaran kepada rakyat British bahawa perkara yang pasti jika pe.ran.g diisytiharkan adalah kenaikan cukai.

Rights of Man

Pada masa itu, Revousi Perancis sedang rancak berlansung dan menjadi tajuk utama di serata Eropah. Seorang ahli falsafah berbangsa Irish, Edmund Burke merupakan seorang sarjana yang mengecam revolusi berdarah tersebut. Kecaman dan ketidaksetujuan beliau boleh dilihat melalui tulisannya dalam Reflections on the Revolution in France. Dalam tulisan tersebut, beliau mengecam tindakan melampau para revolusioner dan menganggap perjuangan mereka terlalu idealistik, samar, tiada objektif yang jelas serta terbuka kepada salah guna oleh pihak opportunis.

Biarpun Paine mengagumi Burke atas sokongan beliau ke atas Revolusi Amerika, ternyata perkara itu tidak menghalang Paine untuk membuat kenyataan balas terhadapat Burke. Paine telah mempertahankan tindakan para revolusioner Perancis dalam tulisannya yang bertajuk Rights of Man pada 13 Mac 1971.

Edmund Burke

Penerbitan risalah tersebut terus mendapat perhatian masyarakat kerana ia sememangya dijangkakan untuk membalas pendirian Burke. Dalam Rights of Man, Paine telah menyatakan sebab-sebab mengapa masyarakat Eropah berasa tidak puas hati terhadap monarki. Juga, Paine menyifatkan revolusi ialah satu bentuk penawar atau ganti rugi terhadap kerajaan yang korup dan pepe.ran.gan yang tidak berkesudahan.

Apabila Burke membalas, Paine dengan pantas kembali dengan menerbitkan Rights of Man II pada 17 Februari 1792. Risalah tersebut sememangnya telah mencetuskan sensasi bukan sahaja di Eropah, malah Amerika Syarikat turut menerima penangannya. Sekurang-kurangnya, siri pertama Rights of Man telah diterbitkan sebanyak lapan kali di AS pada tahun ia diterbitkan.

Secara umumnya, Rights of Man mempopularkan idea di mana kerajaan yang sah boleh dicapai hanya melalui persetujuan (consent), demokrasi dan sistem republik. Oleh kerana revolusi di Perancis tidak berlaku di UK, maka ada yang menggelar Rights of Man sebagai the Bible of British Radicalism kerana prinsip ideanya yang keras pada zaman tersebut.

Fasa akhir kehidupan

Paine telah pergi ke Perancis untuk melihat kerja-kerja terjemahan ke atas karyanya. Kebetulan, ketibaannya di Perancis adalah serentak dengan penangkapan monarki terakhir Perancis iaitu Louis XVI. Paine kemudiannya dihukum penjara atas pendiriannya yang tidak menyokong pelaksanaan hukuman ma.ti, yang pada ketika itu penggunaan guillotine adalah sangat popular dan ia juga menjadi alat yang mem4ancung Louis XVI di khalayak ramai.

Setelah dibebaskan pada tahun 1794, Paine telah bertindak men.yer.ang rakan lamanya, George Washington kerana mempercayai bahawa Washington telah berkomplot dengan pemimpin revolusi Maximilien de Robespierre untuk memenjarakannya.

Se.ra.ngan Paine ke atas Washington ibarat memakan diri kerana Washington adalah persona yang sangat popular dan mendapat sokongan penuh rakyatnya. Maka, populariti Paine di AS terus tenggelam walaupun pada awalnya Paine merupakan antara pencetus kejayaan Revolusi Amerika. Malah, pernah direkodkan bahawa seorang menteri di New York telah dipecat kerana telah berjabat tangan dengannya. Paine sudah tiada tempat di AS.

Paine meninggal dunia pada 8 Jun 1809 di New York City, AS. Pada 1819, mayatnya telah dicuri oleh seorang wartawan radikalis bernama William Cobbett yang berhasrat mahu melakukan upacara pengebumian yang selayaknya bagi jasa Paine. Namun, rancangannya tidak berjaya dan sehingga sekarang tulang-belulang serta sisa mayatnya masih tidak diketahui lokasi dan keberadaannya.

RUJUKAN:

Thomas Paine (February 8, 2021). Encyclopedia Britannica. Encyclopedia Britannica, Inc. https://www.britannica.com/biography/Thomas-Paine

History.com Editors (November 9, 2009). Thomas Paine. HISTORY. https://www.history.com/topics/american-revolution/thomas-paine


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kemunduran Akibat Pemikiran Terjajah, Yang Mengukuhnya Sombong, Yang Meruntuhnya Ilmu Haikal Hazwan, pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap pengetahuan sejarah dan politik tanah air mahupun antarabangsa. Cita-citanya mahu melihat generasi sezaman dengannya bangga akan kejayaan leluhur. Percaya bahawa ilmu serta niat yang ikhlas sahaja dapat memajukan bangsa dan membina sebuah tamadun yang berdaulat.

Comments are closed.