Melodi nursery rhythm dan lullabies semasa zaman kanak-kanak sememangnya mengamit memori silam. Sebenarnya lagu-lagu ini mempunyai maksud tersirat jika kita cuba mendengar dan memahami lirik dengan teliti.

Kadang-kadang mungkin kita tak perasaan sebab ada diantara melodi-melodi tersebut diubah untuk mengelakkan menyinggung perasaan sesiapa.

Tahukah anda, terdapat kisah ‘dark’ dan ‘disturbing’ disebalik makna lirik tradisional lagu-lagu tersebut yang kebiasaan didendangkan ibu-bapa untuk menenangkan anak yang sedang merengek.

Terdapat teori-teori dan versi kisah berlainan yang  mengupaskan tentang makna, latarbelakang lagu dan sajak tersebut. Motif penciptaan asal sajak dan lagu ini pun tak diketahui.

Walaupun mungkin kisah ini kedengaran tak ubah seperti cerita folklore/cerita rakyat yang diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain secara lisan. Ia tetap ada asasnya melalui catatan sejarah.

1. Baa, Baa, Black Sheep(1731)

Kebanyakan sarjana bersetuju lirik lagu Baa Baa Black Sheep sebenarnya tentang ‘great custom, a tax on whool’ iaitu cukai yang diperkenalkan pada tahun 1275.

Sajak klasik ini mula menarik kontroversi apabila ia dipercayai berkaitan dengan perdagangan hamba. Di bawah cukai baru abad ke-13, harga sebungkus wol dibahagi antara petani, geraja dan raja. Isu konotasi ‘kurang enak’ pada baris terakhir dalam Baa Baa Black Sheep maksudkan tentang budak-budak gembala miskin ditinggalkan tanpa keuntungan kerana cukai yang berat.

Kononnya baris asal diubah berbunyi ‘and none for the little boys, who cries down the lane’ kepada baris baharu iaitu ‘and one for the little boy who lives down the lane’ supaya mengurangkan sensitiviti sebahagian pihak. Walau bagaimana pun terdapat perubahan baharu pada 2011, melaporkan pertambahan pada baris/lirik terakhir iaitu ‘Baa Baa Rainbow Sheep’ sebagai alternatif.

(1731)

Baa baa black sheep
Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full
One for my master
And one for my dame
And one for the little boy
That lives down the lane

2. London Bridge Is Falling Down (1744)

Lagu klasik kanak-kanak ini popular di serata dunia. lirik asalnya tidak jauh lebih baik. Dengar macam ‘okey’ dan biasa saja.

London bridge is falling down mungkin mengenai serangan Viking pada 1014, ritual child sa.crifice atau kemusnahan jambatan lama. Tetapi teori yang popular adalah yang pertama.

Lebih tepat pada zaman Olaf II Haraldsson yang mengakibatkan  kerosakkan jambatan lama ditangan Raja Norway itu. Beberapa sejarawan tak percaya bahawa serangan itu pernah berlaku kerana ia masih bersifat andaian dan ia tak boleh dijadikan sebagai bukti konkrit.

Antara hujah yang dapat menyokong teori ini adalah, Viking membawa lagu ke serata tempat mereka mengembara.

London Bridge is falling down
Falling down, falling down
London Bridge is falling down
My fair lady

Build it up with iron bars
Iron bars, iron bars
Build it up with iron bars
My fair lady

3. Eny, Meeny, Miny, Mo

‘Eeny, Meeny, Miny, Mo catch a tiger by his toe’. Sajak kanak-kanak ini tak kurang kasarnya jika baca pada baris asal.

Mungkin anda menganggap kata ‘tiger’ adalah perkembangan relatif baru dalam sajak ini. Cerita sebenarnya ‘tiger’ sebagai pengganti kata-N sebelum ianya diubah.

Ya, N*gro! Dalam lirik asal ‘catch a n*gro by his toe’. perkataan hinaan ini paling sensitif ditelinga orang Afrika.

Pernah berlaku semasa 2004, dua penumpang Southwest Airlines memfailkan saman terhadap Southwest Airlines kerana sengaja menimbulkan emotional distress dan menyinggung perasaan, setelah kejadian di mana seorang pramugari menggunakan sajak tersebut dengan cara ‘lucu’ ketika pesawat hendak berlepas. Dalam hal ini, mahkamah berpihak kepada syarikat penerbangan.

Eeny, meeny, miny, moe|
Catch a tiger by the toe
If he hollers let him go!
Eeny, meeny, miny, moe

O-U-T spells out
You are not it
Pig snout you are out
Out goes Y-O-U


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.