Teknologi bahan api telah mengubahkan perspektif industri. Minyak daripada perut bumi diproses menjadi cecair penting yang menghidupkan enjin dunia. Gas asli pula mengurangkan kebergantungan global pada sumber arang batu.

Lama minyak dan gas asli menjadi kuasa dominan. Inilah bahan api yang dibµrµ semua, pernah menjadi punca pendapatan bagi John D. Rockefeller. Tetapi pengaruh bahan api semakin terjejas.

Manusia dianggarkan memiliki 1.4 bilion kereta di seluruh dunia. Semua ini merupakan penyumbang utama pada pence-maran udara. Petrol boleh menjejaskan organ dalam badan, dengan simtom contohnya hilang penglihatan, pening kepala dan sesak nafas (Moore, 2019).

Jadi industri automotif mendatangkan satu alternatif yang mungkin mengubah segalanya. Kenderaan elektrik semakin banyak menyusuri jalan raya, dengan jutaan dijual setiap tahun (Wheeler, 2020).

Untuk menggalakkan orang ramai beli kereta elektrik, sesetengah negara menetapkan cukai petrol sebagai bayaran untuk membaiki alam sekitar (Sipes & Mendelsohn, 2001).

Rakyat Canada contohnya membayar cukai CA$0.44 bagi setiap liter dipam masuk dalam kereta.

Harga minyak di seluruh wilayah Canada.

Justin Trudeau meletakkan sasaran yang 10 peratus kereta Canada menggunakan teknologi elektrik pada tahun 2025.

15 tahun kemudian, beliau mahu sifarkan kereta berpetrol (Rabson, 2020). Itulah tahun Canada mahu mengharamkan semua kenderaan berpetrol, untuk membendung impak perubahan iklim.

Bukan Canada sahaja yang menggalas misi ini. Banyak negara sudah meletakkan sasaran untuk haramkan petrol. Israel misalnya mahu mengharamkannya pada tahun 2030. Begitu juga Belanda, India, Ireland dan Slovenia. Amerika Syarikat asalnya tidak menyokong usaha ini.

Kerana setelah sekian lama terpaksa menuruti kemahuan Dunia Arab, akhirnya negara tersebut mendominasi pasaran minyak dengan teknologi fracking.

Teknologi fracking telah mengubahkan dominasi minyak di seluruh dunia.

Kemenangan Joe Biden telah mengubah segalanya, dengan Green New Deal yang mahu mengurangkan kenderaan berpetrol.

Untuk membuktikan komitmen ke arah Green New Deal, pentadbiran Biden telah memesan 645,000 kereta eletrik untuk menjadi kenderaan kerajaan… sekali gus menjimatkan 1.31 bilion liter minyak (Wayland, 2021).

Tempias Teknologi Elektrik

Ramai orang masih tertanya-tanya tentang kenderaan elektrik. Rata-ratanya mereka risau jika kenderaan elektrik akan menjejaskan Malaysia. Prasangka ini memang logik.

Matawang Ringgit selama ini bernilai RM3 hingga RM3.30 bagi setiap dolar Amerika Syarikat. Apabila harga bahan api global turun secara mendadak pada tahun 2015, matawang Ringgit menjadi lemah.

Sehingga hari ini, setiap dolar hanya mendapat RM4 hingga RM4.20. Akibat kejatuhan ini, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.1 peratus (daripada sasaran 6 peratus) dengan defisit meningkat ke paras 3.2 peratus (BBC, 2015).

Graf nilai Ringgit yang tidak lagi turun di bawah 3.50.

Harga minyak jatuh kerana 1) pertumbuhan ekonomi China semakin perlahan dan 2) negara-negara pengeluar minyak kembali stabil.

Faktor pertama mengurangkan permintaan. Faktor kedua menambahkan bekalan dalam pasaran. Apabila minyak terlalu banyak, harga akhirnya turun (Tarver, 2019).

Tidak peliklah ramai tertanya-tanya… kerana larangan minyak petrol hanya akan menurunkan lagi harga mentah dalam pasaran.

Ini bukan suatu perspektif ekonomi yang baik, tambah pula Malaysia sekarang ini sedang bergolak secara politik hingga semua nampak baik (dan jahat). Malah Dunia Arab juga sudah menggeletar.

Negara-negara pengeluar minyak sekarang telah mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mengimbangi ekonomi secara fiskal (Barbuscia, 2020).

Tetapi Dubai berdiri megah sebagai contoh ikutan buat semua. Bandar ini tidak bergantung pada minyak, hanya perdagangan dan pelancongan sebagai tulang belakang mengukuhkan sektor perkhidmatan.

Matahari yang sentiasa panas digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan tenaga melalui proses suria (Godinho, 2021).

Cuma peralihan takkan sesekali berlaku secara mengejut.

Teknologi komunikasi juga begitu, bermula melalui komputer hingga telefon pintar tanpa melangkaui evolusi teknologi.

Peralihan bahan api hingga elektrik masih berdepan dengan pelbagai jenis cab-aran, terutamanya tempoh masa pengecasan bateri.

Gambaran tentang kereta elektrik.

Sebuah tangki pantas diisi hingga penuh, berbeza dengan simpanan bateri elektrik yang paling cepat ialah 22 minit (Park, 2020).

Jadi perubahan ini memang memakan masa.

RUJUKAN:

Barbuscia, D. (2020, September 16). Gulf’s fiscal diet risks deeper (ditapiskan) amid oil price uncertainty. Reuters.

BBC. (2015, Januari 20). Malaysia cuts 2015 growth forecast on oil price fall.

Godinho, V. (2021, Januari 19). UAE becomes world’s first country to produce aluminum using solar power. Gulf Business.

Moore, K. (2019, Jun 10). Gasoline and Health. Healthline.

Park, K. (2020, Disember 2). Cars on Hyundai’s Electric platform can charge 80% in 18 minutes. Transport Topics.

Rabson, M. (2020, November 7). Canada not on track to hit 1st electric vehicle target by 2025. Global News.

Sipes, K., & Mendelsohn, R. (2001). The effectiveness of gasoline taxation to manage air (ditapiskan). Ecological Economics. 36 (2): 299-309.

Tarver, E. (2019, Ogos 23). Why the Price of Crude Oil Dropped in 2015. Investopedia.

Wayland, M. (2021, Januari 25). Biden plans to replace government fleet with electric vehicles. CNBC.

Wheeler, E. (2020, Jun 15). Electric vehicle to set new market share record in 2020. S&P Global.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.