Zaman berkempen dengan cara keras dan panas pernah mewarnai politik Amerika Syarikat. Ia bermula pada tahun 1960, apabila John F. Kennedy memenangi pilihan raya dengan majoriti terlalu tipis di Hawaii, Illinois, Missouri, New Jersey dan New Mexico.

Kennedy bukanlah seorang pemimpin yang terlalu popular ketika itu. Apa yang berlaku pada 22 November 1963 walau bagaimanapun mengubah segala-galanya.

Pembµnµhan Kennedy memberi laluan mudah untuk Parti Democratic dalam pilihan raya seterusnya. Dan Lyndon B. Johnson mendapat kemenangan besar lagi selesa.

Majoriti pilihan raya sering menjadi bukti bahawa rakyat menerima pembawaan pemimpin. Johnson mengimarahkan pemikiran Great Society untuk memajukan hak awam, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Lyndon B. Johnson

Ketiga-tiga aspek ini dijadikan ibu untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar, tambah pula ketika itu ekonomi Amerika Syarikat berkembang pesat (Califano, 1999).

Tetapi Johnson juga menggerakkan jentera pepe-ran-gan Amerika Syarikat di Vietnam, yang membµnµh karier politiknya.

Sebelum Johnson menjadi Presiden, seramai 16,000 anggota Amerika berada di Vietnam. Mereka hanya menggalas tugasan penasihat sahaja.

Tetapi empat tahun kemudian, angka ini berkembang menjadi 525,000 anggota aktif.

Anak-anak muda enggan menyertai pepe-ran-gan ini atas alasan jelas: kenapa perlu kami berjµa-ng di negara lain walhal kami patut belajar di universiti?

Ramai orang mula bangkit menentang kepimpinan Johnson. Menghampiri pilihan raya 1968, Johnson sedar beliau takkan menang.

Parti Republican mempunyai seorang calon berpengaruh iaitu Richard Nixon (yang ditewaskan Kennedy lapan tahun sebelumnya).

Dalam kalangan Parti Democratic juga ada kumpulan pemisah iaitu American Independent dipimpin George Wallace.

Tiga penjuru yang membµnµh Democratic buat sementara waktu.

American Independent mengganggu undi terlalu banyak hingga Democratic tewas di 17 buah negeri. Walau bagaimanapun, ada satu perkara menarik yang harus diulaskan.

Memperkenalkan Pigasus the Immoral

Suara anak muda terbukti mampu membentuk arus keramat yang mampu menjatuhkan parti pemerintah.

Semasa demam pilihan raya masih hangat, sebuah pertubuhan bernama Parti Muda Antarabangsa (Yippies) menamakan seorang calon untuk berkuasa di White House.

Calon tersebut bernama Pigasus the Immortal, sempena Pegasus iaitu kuda bersayap daripada mitologi Yunani. Beratnya pula ialah 66 kilogram, berkaki empat yakni seekor babi yang dibeli daripada ladang Phil Ochs.

Tiga ahli Yippies iaitu Abbie Hoffman, Dennis Dalrymple dan Jerry Rubin membawa Pigasus (juga dinamakan Pigasus J. Pig) ke Konvensyen Kebangsaan Parti Democratic yang dianjurkan di Chicago, Illinois (Kusch, 2008).

Undang-undang Amerika Syarikat menyediakan beberapa kewajiban yang perlu ditunaikan White House. Seorang ahli politik yang menjadi calon presiden wajib disediakan anggota-anggota Secret Service.

Dan calon tersebut juga perlu menerima taklimat dasar luar negara White House. Yippies menuntut kerajaan Amerika Syarikat tunaikan dua perkara ini kepada Pigasus (Wolffe, 2020).

Yippies mengedarkan bunting tentang calon presiden mereka. Pigasus mesti bertanding dalam pilihan raya. Kalau menang, Pigasus masuk White House untuk taklimat pagi.

Kalau kalah, Pigasus masuk periuk untuk sarapan pagi. Itulah apa Yippies kata: “if we can’t have him in the White House, we can have him for breakfast.”

Chicago Seven

Sebuah parti politik selalu mengadakan perlumbaan untuk menamakan calon. Ahli politik yang menang perlumbaan ini biasanya akan memberi ucapan penerimaan (acceptance speech).

Memandangkan Pigasus sudah dicalonkan, ahli politik ini mewakilkan Jerry Rubin untuk memenuhi ucapan tersebut.

Tetapi semasa berucap, Pigasus telah ditangkap polis termasuk Rubin dan Ochs.

Mereka (termasuk Pigasus) dituduh berkelakuan jelik… kerana pemandu lori Pigasus telah membuat kesesakan lalu lintas.

Kisah Yippies diteruskan dengan perbicaraan berat sebelah Chicago Seven di hadapan Hakim Julius Hoffman.

Nasib Pigasus tidak diketahui selepas perbicaraan ini. Ada yang berkata Pigasus dibawa ke sebuah ladang dimana calon presiden ini menimang cahaya mata dan bersara daripada politik di Grayslake, Illinois.

Tetapi ada juga berkata bahawa seorang anggota polis telah memakannya… dan Secret Service tidak berbuat apa-apa.

Itu tidak menjadi penghalang buat Yippies yang mengadakan majlis angkat sumpah untuk Presiden Pigasus (Simpson, 2013).

RUJUKAN:

Califano, J. (1999). What Was Really Great About the Great Society: the truth behind the conservative myths. Washington Monthly.

Kusch, F. (2008). (ditapiskan)ground Chicago: the police and the 1968 Democratic National Convention. The University of Chicago Press. Halaman 60.

Wolffe, R. (2020, September 10). Trump told a reporter his biggest secret: that he is a (ditapiskan) to the American people. The Guardian.

Simpson, C. (2013, Januari 9). The 1969 Nixon Inauguration: Horse Manure, Rocks & A Pig. Washington Area Spark.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.