Bagaimana mungkin tente-ra Salib sanggup bekerjasama dengan pihak yang berbeza pegangan agama?
Kebanyakan orang Eropah hari ini mengingati orang Mongol sebagai ancaman bagi kewujudan bangsa Eropah suatu ketika dahulu, sehingga ramai yang mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa pada satu ketika beberapa kuasa besar Eropah sebenarnya pernah menjalin hubungan persekutuan dengan Empayar Mongol.
Kerajaan Perancis khususnya berminat membentuk pakatan dengan Ilkhanat semasa pe-rang Salib yang terakhir. Keinginan ini bukan semata-mata dari atas dasar rasa putus asa, dan sebenarnya ada ramai raja Kristian yang mendorong persekutuan itu.
Apa Yang Mendorong Perancis dan Mongol Bersama?
Orang Perancis telah lama memahami manfaat memaksa lawan mereka dalam pe-rang dua-medan. Contoh terkenal adalah perikatan mereka dengan Poland sebelum pe-rang Dunia II, persekutuan mereka dengan Rusia sebelum pe-rang Dunia I, dan perikatan mereka dengan orang Scotland dalam usaha menentang Inggeris.
Manakala bagi yang kurang terkenal, pada abad ke-8 dan ke-9 mereka telah bersekutu dengan Bani Abbasiyah ketika memberontak menentang Kekhalifahan Umayyah. Secara semula jadi, ketika pe-rang Salib di Tanah Suci yang berterusan menemui kegagalan pada tahun 1200-an, Perancis berusaha untuk menerapkan dasar ini sekali lagi.
Harapan akan kedatangan bantuan dari Timur telah bermula sejak pe-rang Salib Pertama. Menjelang tahun 1100-an, legenda tentang Prester John mula meraih populariti, terutamanya ketika kegagalan pe-rang Salib menyebabkan banyak orang Kristian menjejak lebih banyak berita baik. Legenda itu mewujudkan harapan tentang seorang raja Kristian yang akan datang kepada orang-orang Kristian untuk menolong ketika mereka memerlukan.
Dia dipercayai kononnya tinggal di Asia Tengah atau India. Selepas pe-rang Salib Kelima, desas-desus tersebar mengenai seorang raja besar, yang datang dari Timur, yang telah menghan-curkan pasukan Islam di Parsi. Dia seharusnya adalah anak lelaki atau cucu Prester John, dan dia kononnya datang untuk menuntut Jerusalem bagi pihak Kristian.
Walau bagaimanapun, pasukan tente-ra yang besar dan telah menak-luki Parsi itu, ternyata bukanlah di bawah kendali seorang raja Kristian yang hebat, melainkan beliau adalah seorang Khan Agubg yang hebat — Genghis Khan sendiri.
Walaupun orang Mongol lazimnya melihat orang lain selain Mongol samada sebagai rakyat atau musuh (tiada istilah rakan sekutu dalam prinsip bangsa Mongol), mereka memberikan pengecualian bagi pihak Perancis. Ilkhanat, salah satu kerajaan pecahan Empayar Mongol setelah kema-tian Genghis Khan, telah kecewa dalam usahanya untuk meluaskan pengaruhnya berikutan kekalahan di tangan tente-ra Mamluk pada Pertem-puran Ain Jalut.
Mamluk juga merupakan salah satu musuh utama Tente-ra Salib sepanjang jangka waktu ini, jadi, satu perikatan tentu akan bermanfaat bagi keduanya. Tetapi, bagaimana dua kumpulan yang berbeza itu boleh saling mempercayai Bagaimana mungkin tente-ra Salib membenarkan untuk bekerjasama dengan orang yang berlainan agama? Memandangkan raja Perancis ketika amat terkenal sebagai seseorang yang lebih rela kalah di tangan Muslim daripada menjalinkan perikatan dengan sebuah pihak yang bukan beragama Kristian?
Membentuk Perikatan
Kerajaan Perancis bukanlah kumpulan Kristian pertama yang bekerja sama dengan orang Mongol, atau menemui titik perdamaian dalam dasar masing-masing. Pihak Mongol telah menyerap beberapa negara Kristian ke dalam empayar mereka, dan membiarkan mereka menikmati hak kebebasan beragama. Bahkan Paus sendiri pernah cuba menghubungi pihak Mongol pada awal tahun 1240-an.
Walaupun hubungan ini biasanya runtuh dengan cepat, dengan Paus menuntut Mongol supaya bertaubat dan memeluk ajaran Kristian, dan Khan ketika itu membalas dengan tuntutan supaya Paus tunduk pada kekuasaan Mongol, ia membentuk pola hubungan diplomatik antara orang Kristian dan Mongol.
Mongol telah mena-wan beberapa kerajaan Kristian, terutamanya Georgia dan Armenia. Memandangkan kerajaan-kerajaan ini menyerah dengan rela hati, pihak Mongol tid,ak menuntut mereka melepaskan pegangan agama mereka, dan sebaliknya membiarkan mereka menjadi negara pelanggan.
Tidak lama kemudian, beberapa bangsawan dari negeri-negeri ini mengirimkan surat ke Barat yang memaklumkan bahawa pemerintah Mongol bertoleransi dengan orang-orang Kristian, yang kebanyakannya benar, dan menyatakan supaya orang-orang Kristian harus bersedia untuk bergabung dengan mereka. Berdasarkan surat-surat dan seruan tentang legenda Prester John ini, orang Kristian bersikap lebih terbuka terhadap perikatan dengan Timur.
Apabila Raja Louis IX dari Perancis mendarat di Tanah Suci untuk melancarkan pe-rang Salib Ketujuh, dia bertemu dengan utusan Mongol. Anehnya, mungkin kerana kegagalan tente-ra Mongol sebelum itu, mereka bersikap sedikit sopan dan tidak meminta Louis IX tunduk kepada Mongol. Pihak Mongol mencadangkan agar Perancis menye-rang Mesir sementara salah seorang panglima Güyük Khan akan menye-rang Baghdad. Perjanjian sepertinya telah dilaksanakan.
Kegagalan Ketente-raan
Wilayah kekuasaan Ilkhanat terdiri dari Iran / Parsi moden, sebahagian besar Kaukasus, separuh dari Iraq, sebahagian Anatolia, Syria Utara, dan beberapa bahagian dari negara-negara Asia Tengah. Oleh itu, secara teori, ia sedanh berada dalam posisi yang ideal untuk menye-rang di sepanjang barisan hadapan bahagian Timur Mamluk.
Malangnya bagi perikatan itu, Güyük Khan telah pun ma-ti sebelum utusan Perancis berjaya menghubunginya untuk menyelesaikan perjanjian. Janda Güyük menjadi penyandang kuasa sebelum pemilihan Khagan seterusnya diadakan dalam upacara kurultai, namun dia kembali kepada tradisi lama iaitu menuntut penyerahan kerajaan Kristian sepenuhnya di bawah Mongol.
Walau bagaimanapun, perkara ini akhirnya bukan lagi menjadi suatu isu yang penting, kerana pencerobohan Perancis menemui kegagalan besar sehingga pihak Mongol tidak berupaya melakukan apa-apa pun. Pasukan Perancis dimus-nahkan semasa Pertem-puran Fariskur, satu-satunya pertem-puran besar dalam pe-rang Salib. Semasa pertem-puran itu, Grand Master Templar terbu-nuh dan Raja Louis dita-wan.
Raja Louis IX dibebaskan setelah membayar nilai te-busannya dan dia akan mencuba lagi dalam pe-rang Salib ke-8, kali ini dengan pakatan yang lebih serius bersama pihak Mongol. Tidak lama selepas Pertem-puran Ain Jalut, Abaqa Khan telah menghantar utusan untuk menawarkan sokongan ketente-raan kepada Perancis sebaik sahaja Louis mendarat di Palestin. Namun, Raja Louis memutuskan untuk mendarat di Tunisia sebaliknya.
Oleh kerana kedudukan Louis sekarang berada jauh dari Ilkhanat, tidak banyak usaha yang dapat dilakukan oleh Mongol. Pe-rang Salib ke-8 tidak pernah berjaya dilancarkan kerana Raja Louis, puteranya, dan ramai anak buahnya ma-ti kerana wabak penyakit. Sebilangan besar tente-ra Salib kemudian pulang, walaupun armada Inggeris telah pun tiba ketika mereka berlalu pergi.
Satu Lagi Percubaan — Inggeris
Pihak Inggeris memutuskan untuk meneruskan kempen ke Tanah Suci, dan mendarat di Acre. Mereka menghubungi Abaqa Khan, untuk meneruskan kembali persekutuan “Franco” -Mongol (bagi orang Mongol, semua orang Eropah Barat adalah “orang Frank”). Abaqa gembira dengan berita ini, dan bertanya bilakah tarikh yang sesuai untuk mereka melancarkan se-rangan terkoordinasi.
Ilkhanat melancarkan se-rangannya pada akhir Oktober 1271, sehingga meninggalkan kesan yang besar. Berikutan tercetusnya pe-rang saudara, Abaqa hanya dapat menghantar sekitar 10,000 tente-ra, tetapi dia berjaya mencapai matlamatnya. Penduduk Islam mula melarikan diri dari se-rangannya, dan dia mengalahkan beberapa pasukan Mamluk serta merampas Aleppo.
Namun, Abaqa memutuskan pasukannya tidak mampu bertahan menghadapi se-rangan balas terancang yang dilancarkan pada bulan November. Pada pertengahan November, mereka telah berangkat kembali ke Ilkhanat.
Di sisi Inggeris, dari pihak mereka, juga memperoleh beberapa kejayaan di bawah kepemimpinan Putera Edward (bakal Raja Edward). Mereka mena-wan beberapa buah kota dan armada Mamluk, tetapi akhirnya menyedari mereka tidak memiliki kekuatan untuk merebut kembali Jerusalem mahupun mempertahankannya. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memeterai perjanjian 10 tahun, 10 bulan, dan 10 hari. Ini merupakan pe-rang Salib besar yang terakhir ke Tanah Suci.
Usaha Terakhir Perikatan dan Legasinya
Pihak Perancis dan Ilkhanat terus saling berhubungan hingga tahun 1300-an, tetapi tidak banyak yang membuahkan hasil dari hubungan ini. Negeri Salib Jerusalem dita-wan pada tahun 1291, kali ini secara kekal. Ilkhanat jatuh pada tahun 1330-an, dan wabak Black De-ath mengakhiri kebanyakan hubungan di antara Perancis dan Timur.
Hari ini, pakatan Franco-Mongol sering dianggap sebagai perkara remeh. Namun, pakatan itu mencabar tanggapan dan kepercayaan popular mengenai Tente-ra Salib dan Mongol. Tak ramai orang yang tahu bahawa tente-ra Salib pernah bekerjasama dengan golongan pagan, bahkan hanya memandang mereka sebagai ancaman kepada peradaban Eropah.
Walaupun perikatan ini tidak pernah mencapai matlamat asas mereka, subjek ini telah menjadi topik kegemaran di kalangan spekulator sejarah alternatif. Betapa berbezanya dunia hari ini seandainya pe-rang Salib hibrid yang dilancarkan oleh pakatan Franco-Mongol (atau Anglo-Mongol) itu berjaya.
RUJUKAN:
Abate, Mark T.; Marx, Todd (2002). History in Dispute: The Crus4des, 1095–1291. 10. Detroit, Michigan, USA: St. James Press.
Barber, Malcolm (2001). The Trial of the Templars (2nd). Cambridge, UK; New York, New York, USA: Cambridge University Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih