Sebut saja pandemik, ramai sudah membayangkan nama flu Sepanyol atau Covid-19. Hakikatnya, sebelum kedua-dua pandemik ini menjadi mimpi ngeri penduduk dunia pada era moden ini, ada satu pandemik yang menjadi igauan ramai pada abad ke-14 di Eropah dan Asia. Wabak yang dimaksudkan ialah Black De-ath.

Setiap kali nama wabak ini disebut, mereka bukan merujuk kepada namanya tetapi kepada sejenis peny-akit iaitu wabak bubonik. Wabak ini dicetuskan oleh bakteria Yersinia pestis dan merupakan bakteria sama yang mencetuskan pandemik Wabak Justinian. Tetapi tidak ramai tahu, tatkala kebanyakan kes wabak hilang begitu saja, perkara sama tidak terpakai kepada wabak bubonik.

Ini kerana walaupun Black De-ath diisytiharkan tamat pada 1353, ia terus menjadi ancaman manusiawi di merata tempat di Eropah, Timur Tengah dan Asia untuk empat abad berikutnya. Wabak ini akan muncul setiap 10-20 tahun dalam tempoh 400 tahun dan hanya terkawal menjelang abad ke-19.

Nama Black De-ath itu sendiri sebenarnya bukan berasal daripada Bahasa Inggeris tetapi terma Bahasa Denmark abad ke-18 iaitu den sorte død. Ia merupakan rujukan penglipur lara Sweden dan Denmark terhadap pandemik pada abad ke-15 dan ke-16. Pada abad ke-16 dan ke-17, terma ini diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah yang lain seperti Bahasa Iceland, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis.

Jika melihat sejarah nama itu sendiri, nama Black De-ath sebenarnya sudah lama digunakan. Orang pertama yang menggunakan nama ini ialah Homer menerusi karya sastera epik Yunani bertajuk Odyssey. Dalam mahakarya tersebut, Black De-ath digunakan bagi melambangkan kengerian seekor raksasa bernama Scylla yang perlu ditempuh krew Odysseus.

Penulis dan sejarawan Rom, Seneca the Younger pula menggunakan terma Black De-ath atau mors atra (Black De-ath dalam Bahasa Latin) bagi menggambarkan epidemik peny-akit yang membawa kepada kema-tian dan tiada harapan untuk sembuh. Dalam konteks Black De-ath pada abad ke-14, terma ini mula disebut oleh ahli astronomi Belgium, Simon de Covino menerusi sajaknya berjudul Penghakiman Matahari di Jamuan Zuhal (On the Judgement of the Sun at a Feast of Saturn).

Ramai cendekiawan abad ke-14 percaya penularan wabak Black De-ath bermula di kota pelabuhan Messina, Itali. Wabak ini dikatakan dibawa oleh pedagang-pedagang Genoa yang melarikan diri dari Kaffa, Crimea pada tahun 1347. Pada tahun tersebut, kerajaan Ulug Ulus[1] yang dipimpin oleh Jani Beg[2] melancarkan kempen penaklukan terhadap bandar pelabuhan yang menjadi koloni orang Genoa ketika itu.

Menerusi kempen inilah, wujud cerita penduduk Kaffa merupakan yang terawal dijangkiti wabak bubonik selepas Beg mengarahkan orang-orangnya melemparkan mayat yang berpeny-akit ke kota itu. Hakikatnya, cerita sebegini menimbulkan persoalan mengapa Black De-ath tidak tersebar luas seperti dinyatakan dalam tempoh singkat? Ini kerana mengikut kronologi peristiwa penularan Black De-ath, ia mengambil masa setahun sebelum menjadi pandemik yang kita kenali hari ini.

Sebenarnya, dalang sebenar penyebaran Black De-ath ialah tikus-tikus hitam yang dijangkiti oleh bakteria Yersinia pestis. Tikus ini hidup di kawasan petempatan manusia dan kapal serta suka tinggal berhampiran dengan manusia. Kebiasaannya, wujud tempoh 10-14 hari sebelum wabak itu membu-nuh seluruh koloni tikus sekaligus menyukarkan kutu yang berada pada tikus-tikus yang na-zak ini mencari perumah yang baru iaitu manusia.

Apabila manusia digigit oleh kutu-kutu berpeny-akit ini, bakteria akan dibawa ke nodus limfa sekaligus mengakibatkan nodus limfa menjadi bengkak dan radang. Kebiasaannya, apabila ia berlaku, ia mengakibatkan nanah terutama di bahagian ketiak dan pangkal paha. Dan ini asal-usul sebenar peny-akit bubonik dan bagaimana ia menjadi mimpi ngeri manusiawi sama ada menerusi Wabak Justinian atau Black De-ath.

Jangkitan selalunya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk muncul sebelum mangsa jatuh sakit. Tempoh tiga hingga lima hari seterusnya menyaksikan 80% mangsa yang dijangkiti kembali ke balik papan. Dengan mengambil kira tempoh jangkitan daripada pengenalan wabak kepada koloni tikus hinggalah jangkitan dalam komuniti, ia mengambil masa 23 hari sebelum menular dalam kalangan komuniti.

Tetapi untuk menjadi epidemik dan seterusnya pandemik, wabak bubonik harus tersebar ke koloni-koloni tikus lain sebelum menjangkiti komuniti manusia lain. Perkara ini lewat disedari oleh ramai cendekiawan yang merekodkan peristiwa-peristiwa semasa Black De-ath dengan tempoh jangkitan yang berbeza. Misalnya, jangkitan wabak bubonik di kampung-kampung mengambil masa 40 hari, bandar kecil (enam hingga tujuh minggu), bandar dengan populasi melebihi 10,000 orang (tujuh minggu) dan kota besar (lapan minggu).

Jangkitan bubonik boleh terjadi sama ada menerusi batuk atau da-rah tercemar pesakit atau kutu yang dibawa tikus yang tinggal di kapal-kapal atau kafilah dagang. Bagaimanapun, kutu tikus kapal dilihat menjurus kepada punca sebenar pandemik Black De-ath. Ini kerana sebaik tikus-tikus ini mendarat di pelabuhan atau kota melalui kafilah dagang, kutu-kutu ini boleh berpindah ke perumah lain. Selain itu, ia juga boleh beradaptasi dengan melekat pada pakaian manusia atau haiwan tunggangan mereka. Kelebihan sebegini yang mengakibatkan lebih ramai orang dijangkiti wabak bubonik.

Memandangkan kutu-kutu yang membawa Yersinia pestis suka hinggap pada tikus kapal atau rumah, ia memperlihatkan wabak bubonik sebagai peny-akit bermusim. Sejarawan Ole Jorgen Benedictow membuat kesimpulan itu selepas melihat kebanyakan kes Black De-ath dan bubonik dari abad ke-14 hinggalah epidemik abad ke-17 di Norway.

Dalam kesemua kes yang direkodkan, tiada sebarang kes penularan peny-akit bubonik dilaporkan pada musim sejuk. Ini ditambah dengan rekod penularan jangkitan perlahan semasa musim sejuk Eropah dan terhenti di kawasan-kawasan pergunungan seperti Pergunungan Alps.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan tentang Black De-ath ialah kepadatan populasi sesebuah petempatan dan aktiviti perdagangan global termasuk Laluan Sutera dilihat menyumbang kepada bilangan kes kema-tian yang tinggi pada abad ke-14. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam banyak sejarah negara yang terkesan seperti England.

Sejarawan dari Universiti Oxford, Paul Slack mendapati 90% penduduk yang menetap di kawasan perkampungan menjadi mangsa Black De-ath. Jangkitan menjadi semakin pantas apabila wujud jangkitan sesama manusia sekaligus mempercepatkan penularan jangkitan dan mengakibatkan bilangan kema-tian yang tinggi terutama di bandar-bandar besar.

Bagi penduduk-penduduk yang terkesan dengan gelombang Black De-ath, mereka langsung tidak tahu bagaimana untuk mengekang penularannya. Perlu diingat, Zaman Pertengahan Eropah masih dianggap zaman gelap kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk mengekangnya. Pada mereka, wabak bubonik yang melanda ketika itu merupakan bala daripada Tuhan sebagai hukuman kepada dosa-dosa mereka. Mereka boleh saja melakukan perkara-perkara yang dianggap manifestasi taubat mereka atau berserah kepada ‘ketentuan Tuhan’ itu.

Selalunya, manifestasi taubat ini diperlihatkan menerusi penindasan dan penghapusan golongan yang dianggap menyeleweng daripada ajaran gereja termasuk orang Yahudi. Tahun 1348 dan 1349 menyaksikan ribuan orang Yahudi ma-ti dibu-nuh dan memaksa ribuan lain melarikan diri ke wilayah-wilayah sekitar Eropah atau Timur Tengah. Menjelang tahun 1351, 350 pembu-nuhan beramai-ramai dilancarkan ke atas komuniti Yahudi Eropah.

Figure 1: Gambaran orang Yahudi diba-kar orang ramai seperti dalam manuskrip Antiquitates Flandriae.

Pihak berkuasa memilih untuk tidak berbuat apa-apa atau lebih buruk, bersubahat dengan semua pelaku. Pihak gereja cuba menghalang usaha ini menerusi dua dekri yang dikeluarkan Paus Clement VI pada Julai dan September 1348. Dalam dekrinya, beliau menggesa orang Kristian menghentikan semua perbuatan gila ini, semua ahli gereja diarah melindungi orang Yahudi dan menawarkan bandar Avignon sebagai bandar perlindungan untuk mereka. Tetapi bagi pemerintah seperti Maharaja Charles IV[3], perbuatan sebegini menghalang mereka daripada merampas harta termasuk hartanah milik orang Yahudi.

Bagi pakar-pakar perubatan yang hidup semasa tempoh Black De-ath, ia dianggap satu tempoh yang mencabar. Mereka tiada upaya merawat pesakit yang dijangkiti dan usaha pencegahan juga sukar didorong oleh beberapa faktor. Pertama, faktor kebersihan yang jarang dititikberatkan semasa Zaman Pertengahan Eropah. Kedua, tempoh kuarantin seperti dicadangkan tokoh perubatan Islam ulung, Ibnu Sina[4] dalam dua kitabnya iaitu al-Qanun fi al-Tibb dan Kitab al-Syifa’.

Cadangan ini boleh dilaksanakan memandangkan buku-buku beliau merupakan rujukan pakar-pakar perubatan Islam dan Eropah ketika itu. Tetapi malangnya, ia hanya dilaksanakan beberapa dekad selepas Black De-ath meninggalkan angka kema-tian yang ramai di Eropah. Dalam tempoh tersebut, penduduk yang sudah dijangkiti dan panik melarikan diri ke tempat lain sekaligus mempercepat jangkitan bubonik di wilayah atau negara lain.

Memandangkan tiada rawatan yang berkesan, pakar-pakar perubatan ketika itu berusaha mengurangkan penderitaan pesakit dengan rawatan seperti mengeluarkan nanah dan lendir atau pengeluaran da-rah. Ada yang terdesak memilih cara alternatif dengan membakar herba-herba aroma-tik atau mandi air ros atau cuka. Yang pasti, ramai tidak mahu berhampiran dengan mana-mana individu yang dijangkiti demi menyelamatkan diri. Perkara ini disedari oleh Giovanni Boccacio yang menyifatkan mereka berbuat demikian agar terlindung daripada jangkitan.

Yang pasti, bilangan kes kema-tian akibat Black De-ath berbeza-beza mengikut kota atau wilayah. Ada wilayah yang bernasib baik kerana bilangan kema-tian tidak terlalu banyak tetapi kebanyakan wilayah Eropah, Timur Tengah dan Asia terjejas teruk akibat wabak itu. Di Florence sahaja, 50,000 hingga 80,000 orang ma-ti akibat wabak bubonik. Sementara di Paris, tatkala Black De-ath berada di kemuncak penularannya, 800 ma-yat dikebumikan setiap hari.

Manakala di dunia Islam pula, ibu kota kerajaan Mamluk iaitu Kaherah mengalami kehilangan satu pertiga nyawa daripada 600,000 populasinya. Angka korban yang signifikan ini memaksa pemerintah Mamluk ketika itu, Sultan an-Nasir Hasan[5] meninggalkan Kaherah pada bulan-bulan terakhir 1348.

Mengikut catatan sejarawan al-Maqrizi, bilangan kes kema-tian yang tinggi memberi banyak pekerjaan kepada penggali ku-bur dan pengurusan jen-azah. Dalam catatannya juga, bubonik terus menjadi ancaman kepada Kaherah dengan muncul sebanyak 50 kali dalam tempoh lebih seabad.

Figure 2: Lukisan The Triumph of De-ath oleh Pieter Bruegel yang menggambarkan suasana ketidakstabilan sosial dan politik akibat Black De-ath.

Dengan angka kema-tian yang sebegitu rupa, ia turut memberi kesan dari segi sosial. Pertama, ia membawa kepada keruntuhan sistem feudalisme di Eropah Barat. Dengan kes kema-tian yang tinggi di kawasan luar bandar, bilangan individu yang membayar sewa dan cukai kepada tuan tanah berkurangan. Petani yang masih hidup boleh saja berpindah ke tempat lain dan mengambil tanah-tanah yang terbiar atau menuntut gaji yang lebih tinggi daripada tuan tanah.

Bagaimanapun, perubahan sebegini kurang disenangi oleh tuan-tuan tanah yang menyifatkan golongan ini sebagai cuba menggugat kedudukan mereka. Ini mendorong kerajaan yang berkuasa ketika itu memperkenalkan pelbagai undang-undang seperti Statut Buruh 1351 England yang menghalang kenaikan gaji dan usaha perpindahan petani. Peraturan sebegini mengundang kepada pemberontakan golongan tani pada tahun 1381 semasa era pemerintahan Raja Richard II[6].

Figure 3: Raja Richard II

Pemberontakan tercetus oleh banyak faktor termasuk faktor legasi sosio-ekonomi Black De-ath, kadar cukai yang tinggi untuk membiayai kos jentera per-ang England dalam Per-ang 100 Tahun[7] dan ketidakstabilan politik di peringkat tempatan.

Pemberontakan ini bukan saja memaksa Richard II menghentikan kempennya di Perancis dan memeterai Gencatan Sen-jata Leulingham pada 1389. Ini juga merupakan permulaan kejatuhan institusi feudalisme di mana menjelang abad ke-15, institusi tersebut sudah tidak lagi wujud di England. Trend sama dilihat di Eropah Barat dan Tengah pada abad yang sama.

Black De-ath turut menambahbaik hak untuk golongan Hawa. Selepas penularan wabak tersebut, wanita diberi sedikit hak pemilikan harta (bergantung kepada undang-undang sesebuah wilayah).

Di sesetengah wilayah seperti England, wanita yang kehilangan suami dibenarkan memiliki tanahnya sehingga dia berkahwin semula. Atau mengikut undang-undang wilayah lain, dia boleh menyimpan tanah tersebut walaupun selepas berkahwin semula.

Tidak diketahui bagaimana Black De-ath berakhir tetapi yang pasti, ia meninggalkan kesan mendalam kepada negara dan kerajaan yang terlibat. Ia terus muncul dari semasa ke semasa hingga ke abad ke-19 dengan amalan kebersihan dan sanitasi memastikan ia tidak lagi muncul di Eropah.

Begitupun, kes bubonik terus muncul termasuk pada zaman moden. Pada Julai tahun lepas, satu kes manusia dijangkiti wabak bubonik dilaporkan sekaligus memaksa kerajaan China menguatkuasakan sistem pencegahan wabak secara meluas di Inner Mongolia untuk baki tahun 2020. Tahun lepas turut menyaksikan Mongolia berdepan dua kes yang sama dengan kedua-dua pesakit dijangkiti selepas makan marmot[8].

NOTA KAKI:

[1] Sebuah kerajaan yang punya latar belakang Turki di mana sebelumnya, ia merupakan bahagian barat laut Empayar Mongol. Selepas Empayar Mongol berpecah pada 1259, ia menjadi entiti pemerintahan khan yang berasingan. Turut dikenali dengan nama Ulus of Jochi.

[2] Pemerintah Ulug Ulus yang beragama Islam. Pemerintahannya menjadi permulaan kepada ketidakstabilan yang melanda Ulug Ulus selama 25 tahun menerusi pembu-nuhan baginda pada 1357.

[3] Raja Bohemia pertama yang diangkat sebagai Maharaja Empayar Rom Suci dari 1355 hingga 1378. Dianggap pelopor kepada Era Emas Bohemia.

[4] Polimath Muslim yang paling terkenal semasa Era Keemasan Islam dan dianggap tokoh ulung dalam dunia perubatan. Bertanggungjawab menghasilkan 450 karya dengan 240 daripadanya masih wujud sehingga hari ini.

[5] Pemerintah Mamluk ke-21 dan memerintah sebanyak dua kali. Disingkirkan buat kali pertama pada 1351 selepas cuba menyingkirkan pembesar-pembesar Mamluk yang berkuasa melaluinya. Kembali menaiki takhta pada 1354 selepas adindanya, as-Salih Salih disingkirkan. Dibu-nuh oleh seorang pembesarnya bernama Yalbugha al-Umari kerana tidak berpuas hati dengan polisi yang dibawa baginda.

[6] Dikenali juga dengan nama Richard of Bordeaux, memerintah England dari 1377 hingga disingkirkan pada September 1399. Bertanggungjawab menghentikan kempen pemberontakan tani 1381. Disingkirkan oleh Henry Bolingbroke (nama lamanya sebelum bergelar Henry IV) pada 1399 dan dipaksa berlapar dalam tahanan sehingga mangkat setahun kemudian.

[7] Dianggap konflik ketenteraan paling lama dalam sejarah Eropah. Konflik antara raja-raja England dari House of Plantagenet dan House of Lancaster dengan raja-raja Perancis dari House of Valois. Berlangsung dari 1337 hingga 1453.

[8] Sejenis binatang seperti tupai yang hidup dalam tanah.

RUJUKAN:

Astro Awani. (2020). Belum pun reda isu COVID-19, wabak bubonik pula dikesan di China.

History. (2020). Black De-ath.

Cartwright, M. (2020). Black De-ath. Ancient History Encyclopedia.

Benedictow, O. J. (2005). The Black De-ath: The Greatest Catastrophe Ever. History Today.

Black, W. (2019). What Was The Black De-ath. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.