El Cid atau nama sebenarnya Rodrigo Diaz de Vivar adalah pahlawan kerajaan Castile dan jeneral p3rang ketika Sepanyol berada dalam fasa pertengahan Eropah. Nama El Cid sebenarnya gelaran yang diberikan oleh orang Muslim Berber (orang Kristian Eropah memanggil mereka sebagai Moor) yang bermaksud ‘Tuan’, berkemungkinan nama yang dipendekkan dari nama Al-Sayyid.
Manakala orang Kristian Sepanyol memanggil El Cid sebagai El Campeador. El Campeador adalah nama dari bahasa Sepanyol Lama yang bermaksud ‘penguasa p3rang’. Beliau sebenarnya terkenal dengan kidmatnya kepada kerajaan Castile yang berpaksikan ajaran Kristian dan kerajaan Andalusia yang berpaksikan agama Islam. Setelah kematian beliau, namanya sentiasa disebut oleh warga Sepanyol kini kerana beliau dipandang sebagai wira nasionalisme Sepanyol.
Apa yang menariknya tentang sosok tubuh pahlawan Kristian ini sehingga beliau disegani bangsanya terutamanya generasi terkini? Mari kita meneroka kisah pahlawan ini.
Asal-Usul dan Zaman Berkhidmat Kepada Kerajaan Castile
El Cid lahir sebagai Rodrigo pada 1043 di kota Vivar yang dikenali sebagai Castilelona de Bivar, kota kecil yang berada 10 kilometer dari utara ibu kota kerajaan Castile iaitu Burgos. Bapanya iaitu Diego Laínez adalah seorang warga diraja, birokrat, dan tentera berkuda yang pernah berp3rang atas nama Castile. Manakala ibunya adalah seorang bangsawan. Maka, hidup Rodrigo ketika muda adalah anak lelaki dari golongan bangsawan dan diraja yang penuh dengan kehidupan elitis.
Masuk ke alam remaja, Rodrigo diserap masuk sebagai tentera Castile. Kerajaan Castile pada ketika itu diperintah oleh Raja Sancho II dan raja inilah raja pertama yang Rodrigo letakkan kesetiannya sebagai pahlawan Castile.
Pada waktu inilah Rodrigo banyak melibatkan diri dalam pep3rangan melawan kerajaan-kerajaan muslim Andalusia atau taifa dan kerajaan Sepanyol Kristian lain untuk membantu raja menyebarkan empayar Castile.
Pada tahun 1057, Rodrigo menjarah kota Zaragoza yang penuh dengan benteng kubu dan akhirnya emir Zaragoza bernama Al-Muqtadir menjadikan taifanya sebagai naungan raja Sancho. Rodrigo dan bala tentera Castile juga terlibat dalam p3rang Graus dengan membantu tentera Zaragoza mempertahankan kota Graus dari serangan tentera Aragon yang diketuai oleh adik lelaki raja Aragon, Ramiro I.
Mengikut lagenda,Rodrigo telah membvnuh seorang tentera berkuda Aragon yang terbaik semasa pertarungan antara mereka berdua. Dengan kalahnya tentera terbaik Aragon, Rodrigo mendapat gelaran terhormat oleh kalangan tentera Castile, iaitu ‘Campeador’.
Konflik p3rang Castile-Aragon akhirnya tamat apabila raja Ferdinand telah mangkat. Ini memudahkan Sancho meluaskan jajahannya dengan menguasai kerajaan kota León dan Galicia, seterusnya menguasai taifa Zamora dan Badajoz. Kejayaan demi kejayaan Castile ini hasil usaha Rodrigo yang mahir mengatur strategi pep3rangan.
Konflik Sancho-Alfonso Demi Takhta Castile
Kerajaan León yang Sacho kuasai telah dia berikan mandat kepada adiknya iaitu Alfonso VI untuk memerintah kerajaan itu. Tetapi Alfonso secara diam-diam tidak puas hati dengan apa yang abangnya berikan. Dia mahukan takhta Castile dan merancang untuk menggulingkan Sancho. Tapi rancangannya diketahui oleh Sancho dan pada tahun 1072, baginda mengarahkan Rodrigo untuk pergi ke León dan membawa Alfonso secara damai ke Castile, agar Sancho membincangkan secara aman dengan adiknya.
Namun cara pendamaian ini hanya sia-sia saja. Sancho telah dibvnuh secara senyap oleh pembunh yang tidak diketahui. Takhta Castile yang kosong perlu diisi segera namun Sancho tidak meninggalkan waris kerana baginda tidak mempunyai anak mahupun isteri. Maka, Alfonso yang kebetulan berada dalam istana Castile sajalah layak mengambil takhta tersebut kerana dialah satu-satunya mempunyai pertalian darah dengan Sancho. Alfonso akhirnya menjadi raja bagi kedua-dua kota Castile dan León.
Namun, terdapat pandangan popular akan pembvnuhan mendiang raja Castile itu. Dikatakan bahawa Alfonso telah lama merancang untuk membvnuh abangnya secara senyap setibanya baginda ke Castile. Rodrigo juga dikatakan memaksa Alfonso mengangkat sumpah secara umum.
Menurut kisah epic El-Cid, El-Cid bersama para bangsawan Castile dan para ‘pembantu angkat sumpah’ memaksa Alfonso mengangkat sumpah di hadapan gereja Santa Gadea di Burgos, mahukan pengakuan Alfonso bahawa dia tidak terlibat dalam konspirasi pembvnuhan Sancho. Dari sumber ini, ramai warga Sepanyol percaya bahawa kisah ini benar namun sejarahwan masih mencari-cari akan kebenarannya.
Namun apa yang pasti adalah Rodrigo harus mengalihkan kesetiaannya kepada raja Alfonso dan berkhidmat kembali sebagai jeneral p3rang Castile demi kerajaan tercinta.
Berkhidmat Di Bawah Alfonso VI
Pada tahun 1079, Rodrigo dihantar oleh raja Alfonso ke taifa Seville untuk bertemu dengan emir Al-Mutamid dengan tujuan mengumpul cukai bernama Parias. Parias adalah cukai yang perlu kerajaan-kerajaan Andalusia berikan kepada kerajaan Kristian Sepanyol setelah berpecahnya empayar Umayyah, untuk mendapatkan perlindungan dan sumber ketenteraan.
Rodrigo juga terlibat dalam p3rang Cabra, di mana beliau bersama tentera Castile membantu Seville menyerang akan kemaraan tentera Granada bersama pembesar Castile bernama García Ordóñez. Pada mulanya, Alfonso menghantar pembesar itu ke Granada untuk memungut Parias tetapi García Ordóñez tiba-tiba membantu Granada menyerang Seville.
Alfonso yang melihat tindakan pembesarnya itu mahu menambah ‘perisa’ lagi dalam pep3rangan bakal berlaku itu. Jadi, baginda menghantar Rodrigo membantu Seville menyekat kemaraan Granada dengan kononnya mengelak perbalahan sesama taifa. Keptusannya, Seville menang dalam p3rang tersebut dan Rodrigo menangkap García Ordóñez bersama ketua-ketua tentera Castile, kemudian mengurung mereka selama 3 hari.
Walaupun Rodrigo banyak memberikan jasa kepada raja Alfonso dari segi pep3rangan dan penaklukan, tapi Alfonso sebenarnya cemburu dengan kepopulariti Rodrigo dalam kalangan rakyat Castile, melebihi rajanya sendiri. Jadi, Alfonso mencari cara untuk melupuskan kepopulariti Rodrigo itu tetapi banyak kali gagal walaupun ada sokongan dari bangsawan Castile yang anti-Rodrigo.
Masuk tahun 1081, kesilapan Rodrigo berlaku sampai Alfonso murka. Taifa Toledo di bawah perlindungan Alfonso memulakan serangan terhadap menempatan warga Kristian di sekitar istana Gormaz. Rodrigo yang mendengar berita itu terus membawa para tenteranya untuk menghentikan tindakan Toledo namun kemaraan Rodrigo tidak mendapat kebenaran dari rajanya.
Selesai menyerang Toledo, emir Alqadir mengadu kepada Alfonso akan tindakan Rodrigo dan mempersoalkan tentang pembayaran Parias untuk peroleh perlindungan. Alfonso begitu mungkar dan sekaligus memberi hukuman dibuang kerajaan kepada Rodrigo. Maka, inilah penamat kesetiaan pahlawan ini kepada raja kota Castile-León.
Hidup dalam Buangan
Rodrigo bersama para tentera yang setia kepadanya terpaksa hidup merayau di luar Castile. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku namun Rodrigo tidak mudah berputus asa dan meneruskan misi baru: mencari raja lain sebagai tuan baru.
Destinasi pertama beliau pergi adalah kerajaan Barcelona di timur Sepanyol. Setelah menghadap raja Barcelona bernama Berenguer Ramon II dan menawarkan khidmat beliau, raja itu menolak tawaran tersebut kerana khuatir akan akibatnya jika baginda menerima bekas jeneral p3rang Castile sebagai jeneralnya.
Kemudian Rodrigo pergi ke taifa Zaragoza. Jarangs sebenarnya tentera Kristian pergi ke kerajaan muslim untuk meminta perlindungan atau menawarkan khidmat tetapi Rodrigo tidak mempunyai pilihan selain pasrah akan kehadiran taifa-taifa di selatan Sepanyol.
Tiba ke Zaragoza, Rodrigo terpesona dengan layanan bagi warga muslim sana walaupun kedua-dua pihak mempunyai beza agama. Rodrigo terus menghadap emir Zaragoza bernama Yusuf al-Mu’taman ibn Hud (Al-Mu’taman) dan menawarkan khidmatnya. Al-Mu’taman menerima tawaran tersebut dan Rodrigo menjadi jeneral baru Zaragoza yang memimpin tentera-tentera muslim Afrika Utara dan Arab.
Berkhidmat di Bawah Emir Zaragoza
Al-Mu’taman memberikan gelaran baru kepada Rodrigo iaitu ‘El Cid’. Nama ini adalah nama yang dipendekkan dari nama ‘Al-Sayyid’ yang bermaksud tuan. Maka, nama El Cid melekat dalam diri Rodrigo dan menjadi nama yang disebut-sebut oleh masayarakat sekitarnya.
Pada awal khidmat El Cid iaitu pada tahun 1082, Zaragoza terbahagi kepada dua kuasa: A-Mu’taman yang memerintah kota Zaragoza dan adik lelakinya, Al-Mundhir memerintah kota Lérida dan Tortosa di timur taifa. Al-Mundhir sentiasa memberi tekanan kepada abangnya dengan menghantar bala tentera menggulingkannya dengan bantuan dari Aragon dan Barcelona. Di sini, peranan El Cid menyerlah dengan berjaya menangkis serangan tentera Al-Mundhir dan Aragon, serta menangkap raja Barcelona.
Tahun 1084, p3rang Morella berlaku dan El Cid sekali lagi berjaya mengalahkan tentera Aragon berdekatan Tortosa. Pada tahun yang sama, Castile berp3rang dengan Toledo dan tahun seterusnya berjaya menakluk istana Salamanca, memaksa Toledo menyerah kalah.
Dengan mangkatnya Al-Mu’taman pada 1085 dan digantikan oleh anakanda bernama Al-Mustain, Alfonso VI mempunyai peluang besar untuk menyerang Zaragoza dari Toledo dan telah mempersiapkan tenteranya untuk menyerang pada tahun seterusnya.
Namun Alfonso bakal berhadapan dengan bala yang lebih besar. Tentera Afrika Utara yang diperintah oleh dinasti Almoravid tiba di Sepanyol dan ketua tentera Almoravid bernama Yusuf ibn Tashfin menawarkan bantuan kepada taifa-taifa untuk bertahan dari serangan kerajaan-kerajaan Kristian Sepanyol akan datang.
Kemudian, p3rang Sagrajas berlaku dengan bermulanya serangan tentera Castile-León dan Aragon dari Toledo. Pada 23 Oktober 1086, tentera Almoravid yang bergabung dengan taifa Badajoz, Malaga, Granada, Seville, dan Zaragoza berjaya mengalahkan tentera-tentera Kristian itu.
Dengan kekalahan teruk Castile-León di bawah Alfonso VI, baginda memanggil semula El Cid untuk berkhidmat kembali dan pulang ke Castile. Tidak pasti sama ada El Cid kembali berkhidmat kepada Alfonso atau tidak namun apa yang pasti beliau menetap sekejap saja di Castile sehingga musim panas 1807. Keluarnya El Cid dari Castile, beliau tidak mahu libatkan diri lagi dalam konflik p3rang Castile-Almoravid dan memulakan misi baharu: pergi ke taifa Valencia
El Cid Menjadi Raja Valencia
Taifa Valencia ketika itu di bawah pengaruh Barcelona dan El Cid perlu hapuskan pengaruh tersebut. Pada bulan Mei 1090, El Cid bersama gabungan tentera Kristian-Muslim berjaya mengalahkan tentera Barcelona dan menangkap sekali lagi Berenguer Ramon II dalam p3rang Tébar.
Raja itu dibebaskan semula tetapi salah satu ahli keluarga raja itu harus mengahwini anak perempuan bongsu El Cid bagi mengelak konflik akan datang berlaku. Maka, anak buah Ramon bernama Berenguer Ramon III dijadikan suami kepada anak El CId bernama Maria.
Setelah Valencia jatuh ke dalam tangan El Cid, beliau memohon kepada Alfonso VI untuk memegang Valencia. Alfonso terus meletakkan raja boneka bernama Alqadir sebagai emir Valencia baru. Jadi, Valencia ketika itu menjadi taifa di bawah pengaruh Castile.
Pada musim luruh 1092, Valencia mengalami gelombang pemberontakan di mana terdapat gerakan pemberontak yang diketuai oleh kadi (hakim) bernama Ibn Jahhaf mahu menggulingkan Alqadir. Pemberontakan itu berjaya dengan terbvnuhnya emir Valencia itu di tangan kadi tersebut, kemudian bala tentera Almoravid mudah menakluki Valencia.
El Cid yang mendengar khabar tersebut mula mengerahkan bala tentera gabungan Muslim-Kristian untuk menyerang Valencia bagi menamatkan kekuasaan Almoravid. Serangan El Cid itu bertahan selama setahun lebih dan Almoravid sukar untuk mematahkan serangan-serangan tanpa henti oleh bala tentera El Cid.
Pada bulan Mei 1094, Ibn Jahhaf menyerah kalah kerana tidak tahan lagi akan pep3rangan yang tiada manfaat ini. Penyerahan ini diikuti oleh Almoravid pada 15 Jun 1094 kerana atas rayuan rakyat Valencia untuk tamatkan pep3rangan ini. El Cid yang menang pep3rangan ini terus masuk ke dalam Valencia dan mengisytiharkan dirinya sebagai raja baru.
Namun begitu, untuk memastikan pengisytiharaannya diterima rakyat Valencia, beliau harus mementerai perjanjian damai dengan Ibn Jahhaf supaya rakyat percaya bahawa pemberontakannya telah dimaafkan. Selesai perjanjian, El Cid secara diam-diam mengarahkan tenteranya menangkap bekas kadi itu kemudian dihukum bakar hidup-hidup.
El Cid menjadi raja Valencia yang sah yang tidak terikat dengan Castile dan juga memegang jawatan baru iaitu ketua majistret kepada warga Muslim dan Kristian bagi memastikan bahawa dirinya sebagai penjaga keharmonian kedua-dua masyarakat yang berbeza agama.
Akhir Hidup El Cid
El Cid memerintah Valencia sehingga mangkat pada usia 55 tahun, iaitu pada tahun 1099. El Cid tidak mahu sesiapa dari keturunannya mengambil takhta Valencia kerana kedua-dua puterinya berkahwin dengan raja dari kerajaan Kristian lain. Jika salah satu cucunya mengambil takhta Valencia, pasti wujud konflik perebutan kuasa. Ini yang merisaukan El Cid.
Selepas kemangkatannya, Valencia sekali lagi diserang oleh tentera Almoravid dan Alfonso VI segera masuk campujr untuk menghalang invasi itu. Namun campur tangannya tidak mampu merampas kembali Valencia. Apa yang Alfoso lakukan hanya mengarahkan tentera untuk menghantar rakyat keluar Valencia dan membakar kota tersebut. Keluarga El Cid juga ikut sama keluar.
Pada 5 May 1102, tentera Almoravid berjaya menakluk Valencia dan kekal di bawah pemerintahan kaum Muslim Berber sehingga 1238. Mayat El Cid dibawa ke Castile dan dikubur berdekatan gereja San Pedro de Cardeña, Burgos.
Kisah lagenda ini terus terkubur sehinggalah pada abad ke-12 Masihi, El Cid dikenang sebagai hero nasionalis Castile, kemudian terkenal sebagai hero Sepanyol melalui puisi bertajuk ‘The Song of the Cid’ dan drama teater bertajuk ‘Le Cid’ ciptaan Pierre Corneille yang dipersembahkan pada 1637. Dari sumber dunia Islam, catatan El Cid menakluk Valencia telah direkodkan oleh sejarahwan Arab bernama Ibn Alqamah.
RUJUKAN:
Simon Barton and Richard Fletcher. The world of El Cid, Chronicles of the Spanish reconquest. Manchester: University Press, 2000
Henry Edwards Watts. “The Story of El Cid (1026–1099)” in The Christian Recovery of Spain: The Story of Spain from the Moorish Conquest to the Fall of Granada (711–1492 AD). New York: Putnam, 1894. 71–91.
Biography of El Cid: Life Aad Facts. Camino del Cid. Retrieved from 11 January 2021. https://en.caminodelcid.org/cid-history-legend/cid-history/
Russel, P, E. El Cid. Britannica. Retrieved from 11 January 2021. https://www.britannica.com/biography/El-Cid-Castilian-military-leader
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih