Anak merupakan anugerah Tuhan yang terindah buat pasangan suami isteri khususnya bagi yang baru melangsungkan perkahwinan. Ini kerana anak merupakan penyeri kepada rumahtangga yang dibina dan tanda kebahagiaan yang ingin dikecapi setiap insan.

Begitupun, sebut saja bunting pelamin, wujud pelbagai konotasi negatif terhadap terma ini. Ini termasuklah kata nista yang menggelar kandungan yang tidak berdosa itu sebagai anak luar nikah. Salah faham sebegini perlu dibanteras dalam masyarakat kerana ia bukan saja satu fitnah tetapi berpotensi memus-nahkan institusi kekeluargaan seperti yang dimahukan syaitan laknatullah.

Jadi, apa itu bunting pelamin sebenarnya dari sudut kesihatan? Selalunya bagi mengenalpasti tarikh kehamilan seorang wanita, doktor akan mengira tarikh pertama seseorang itu haid (LMP). Walaupun pasangan tidak melakukan hubungan kelamin pada LMP, doktor masih memerlukan LMP sebagai cara mengira kitaran haid seorang wanita.

Nak bagi anda faham, lihat contoh di bawah:

Tarikh LMP isteri: 15 April 2019
Tarikh perkahwinan: 30 April 2019
Tarikh temujanji dengan doktor: 28 Mei 2019
Kiraan usia kehamilan:  15 April 2019 – 28 Mei 2019 (enam minggu)

Ini dapat menjelaskan mengapa seseorang wanita itu sudah hamil lebih lama berbanding tempoh perkahwinan yang kita ketahui. Dan ini maksud sebenar bunting pelamin.

Selain tidak mengetahui tentang LMP, satu lagi faktor salah faham bunting pelamin ialah kegagalan mengira kitaran haid yang betul. Kebiasaannya, wanita mengalami kitaran haid selama 28 hari tetapi ada ketikanya, kitaran haidnya boleh menjadi tidak menentu.

Hari pertama haid akan dikira sebagai LMP bagi membolehkan doktor menentukan usia janin dalam kandungan. Selepas seorang wanita itu tamat haid, ovari akan menghasilkan telur pada hari ke-14 atau waktu wanita pada keadaan yang paling subur. Jika persenyawaan terjadi dalam tempoh tersebut, maka kehamilan sudah pasti akan berlaku.

Perlu diingat, sperma boleh hidup antara tiga hingga tujuh hari sebelum persenyawaan. Justeru, ini juga menjelaskan mengapa doktor selalu menggunakan LMP sebagai cara mengira usia kehamilan dan bukannya tarikh terakhir pasangan suami isteri melakukan hubungan kelamin.

Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, satu cara untuk menentukan usia kandungan ialah menerusi imbasan ultra bunyi. Bagaimanapun, imbasan sebegini hanya boleh dibuat apabila kandungan semakin besar.

Selepas menentukan usia kehamilan, doktor boleh menentukan bila tarikh seseorang wanita itu melahirkan anak. Kebiasaannya, tarikh diberi dalam tempoh 40 minggu selepas LMP. Tarikh ini juga menjadi panduan pakar sakit puan untuk memantau perkembangan kandungan.

Jadi, jangan cuba berlagak pandai dengan menukar usia kandungan hanya semata-mata nak mengelak kata nista orang. Tindakan sebegini hanya akan mengan-cam nyawa individu dan kandungannya.

RUJUKAN:

Idris, A. (2018). Ibu Bunting Pelamin Bukan Hamil Anak Luar Nikah – Ini Apa Masyarakat Yang Selalu Keliru. The Asian Parent Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.