Di dalam potret ini adalah Mirwais Hotak Hang.. eh, Khan.. pengasas kepada sebuah dinasti dan empayar yang bernama.. Empayar Hotak.

Empayar Hotak adalah sebuah empayar yang memiliki usia yang sangat pendek. Tapi, aku selalu tegaskan, pendek umur tak bermakna lemah! Kecuali dalam hal ehwal rumah tangga, kalau pendek lemah lah.

Empayar yang pendek umur ini pernah mengalahkan tentera Parsi dan tentera Turki yang kuat dari Empayar Safawiyah dan Uthmaniyah tau, Empayar Hotak adalah salah satu empayar yang tak famous dan kurang dikenali kerana betapa pendeknya zaman itu. Power tapi cepat kepenatan, kepala hotak betul.

Dinasti Hotak yang diasaskan oleh Mirwais Hotak Khan dari suku Pashtun ini hanya memerintah selama 29 tahun, di mana secara faktanya ia hanya wujud sebagai sebuah empayar untuk tempoh selama tujuh tahun sahaja.

Semasa zaman “The Gunpowder Empires” (Uthmaniyah, Safawiyah dan Mughal), wilayah di sekitar kawasan Afghanistan menjadi medan pe-rang antara tiga empayar Muslim yang besar ini. Sebelah barat mewakili hemisfera Parsi adalah Empayar Safawiyah.

Manakala di sebelah timur mewakili hemisfera Indus adalah Empayar Mughal dan di sebelah utara adalah Kekhanan Bukhara yang dikuasai suku Uzbek dan dinaungi sebagai proksi oleh Empayar Uthmaniyah sebelum akhirnya mereka turut memerangi dan mengalahkan tentera Uthmaniyah.

Ketiga-tiga empayar ini saling berpe-rang untuk menguasai Afghanistan.
Menjelang akhir abad ke-17, sebahagian besar wilayah Afghanistan berada di bawah kawalan Empayar Safawiyah, antaranya termasuklah Kandahar, wilayah yang sebelum itu direbut oleh Safawiyah dari tangan Mughal.

Safawiyah adalah sebuah empayar pemerintahan dinasti Muslim Syiah yang meraih banyak sokongan, pengiktirafan dan kekuatan berkat dari usaha memainkan peranan sebagai pembela orang Islam Syiah. Empayar Safawiyah berusaha mempengaruhi populasi serantau untuk didakwah hingga memeluk agama Islam beraliran Syiah.

Situasi ini melibatkan berbagai kes diskriminasi terhadap Muslim Sunni di dalam di Parsi dan dibalas oleh Uthmaniyah dengan mengharamkan sebarang amalan ibadat yang bercirikan cara Syiah di Anatolia, kesannya turut melemahkan pergerakan tarekat-tarekat Sufi di Turki.

Suku Afghan / Pashtun yang menetap di sekitar Afghanistan kebanyakannya adalah Muslim Sunni. Diskriminasi Syiah terhadap mereka mengakibatkan berlakunya pemberontakan di wilayah tersebut.

Pemberontakan ini telah dihancurkan dengan kejam oleh gabenor wilayah timur Safawiyah, Gurgin Khan. Pada tahun 1709, Mirwais Hotak Khan mengetuai pemberontakan di wilayah Kandahar.

Pada bulan April, Mirwais Hotak dan pengikutnya menye-rang pasukan Parsi di bawah Gurgin Khan semasa mereka berada di luar kota. Majoriti tentera Safawiyah di wilayah itu dibantai, Gurgin Khan turut tidak terlepas.

Suku Afghan di bawah Mirwais Hotak merebut kota itu dan Mirwais dipilih sebagai pemimpin di Loy Jirga. Wilayah Kandahar telah merdeka dari cengkaman Safawiyah dan g dalam pertempuran walaupun mereka hanya mampu bertahan selama 29 tahun.

 

Keluasan Empayar Hotak.

Pada kemuncak pemerintahannya, Hotak menguasai sebahagian besar Afghanistan dan Iran. Sepanjang 29 tahun itu, Hotak hanya menguasai Iran untuk tempoh selama 7 tahun.
Jika kita mengikut kiraan secara telus, sesungguhnya ini bermakna Empayar Hotak benar-benar sebuah empayar yang berdiri selama tujuh tahun. Dari tujuh tahun ini, Hotak berada di puncak selama kurang dari tiga tahun.

Dinasti Hotak adalah sebuah empayar yang bermula sebagai pemberontak terhadap Empayar Safawiyah. Kemudian mereka memerintah Kerajaan Kandahar. Setelah itu, Hotak memerintah sebuah kerajaan besar yang terdiri daripada sebahagian Afghanistan dan Iran.
Tidak lama kemudian, Dinasti Hotak kembali hanya memerintah Kandahar sahaja.

Kurang dari satu dekad selepas itu, Dinasti Hotak disingkirkan sepenuhnya dari kekuasaan.
Semua ini berlaku dalam masa kurang dari tiga dekad. Itulah yang menjadikan Dinasti Hotak begitu menarik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.