Spesis-spesis burung (murai, gagak, raven, dll) dari keluarga corvidae atau biasa dikenali sebagai keluarga gagak tergolong dalam kalangan haiwan terbijak di dunia.

Bijaknya gagak kerana kemampuannya untuk beradaptasi seiring dengan dinamik budaya dan perkembangan kemajuan pembangunan manusia. Biasanya, haiwan pupus disebabkan oleh aktiviti manusia yang datang daripada pembangunan.

Tetapi gagak beradaptasi dan sebab itulah gagak mudah kelihatan di mana-mana dalam kalangan manusia.

Semasa kecil, kita sering membaca kisah gagak kehausan, lalu meletakkan batu ke dalam botol untuk menaikkan air dalam botol supaya dapat diminum.

Kejadian ini tidak pelik dan benar-benar berlaku. Ada orang pernah letak mesin layan diri (vending machine) untuk gagak, tanpa diajar gagak dapat gunakan mesin itu seperti manusia [1].

Ada juga kejadian gagak mencipta sendiri cungkil supaya dapat angkut bakul kecil. Umumnya, gagak mempunyai kemampuan untuk mencipta barang yang dapat membantunya dalam kesusahan [2].

Ada kejadian gagak sepahkan kekacang di jalan raya supaya kulit kekacang dapat dipecahkan apabila kereta lalu, dan mereka dapat makan [3]. Ada kejadian gagak membuat sarang guna dawai apabila susah untuk menjumpai ranting kayu.

Gagak melakukan ritual tertentu apabila ada gagak lain yang mati dengan terbang dalam bulatan beramai-ramai. Kajian dibuat, gagak lakukan hal ini untuk mengetahui punca kematian itu supaya dapat belajar untuk elakkan diri daripada bahaya tersebut [4].

Menariknya, apabila ada kejadian gagak mati ditembak, sukar kejadian ini berulang lagi kerana gagak belajar untuk hindarkan diri daripada ditembak seperti yang pernah berlaku di Chatham, Kanada.

Gagak juga dikenali sebagai haiwan yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana kemampuannya untuk menafsir sesuatu berdasarkan tingkah laku haiwan lain atau manusia [5].

Ada kajian pernah dibuat pada tahun 2015, spesis-spesis gagak berkemampuan untuk memahami konsep keadilan. Apabila ada rakan gagak yang berlaku tidak adil adalam komuniti, gagak tersebut akan diketepikan dan disisihkan [6].

Berbezanya gagak dengan haiwan-haiwan lain, sesukar mana pun kesusahan yang dihadapi, gagak akan cari jalan untuk selesaikan masalah itu. Haiwan lain kalau jumpa mesin layan diri, ia terus mengalah. Apabila diancam, ia akan pupus. Gagak belajar dan beradaptasi.
“It is not the strongest of the species that survives, nor the most intelligent that survives. It is the one that is most adaptable to change.”

— Charles Darwin

RUJUKAN:

[1] https://www.bbc.com/news/science-environment-44654098
[2] von Bayern, A. M. P., Danel, S., Auersperg, A. M. I., Mioduszewska, B., & Kacelnik, A. (2018). Compound tool construction by New Caledonian crows. Scientific reports, 8(1), 1-8.
[3] Ara Kanami, Katsutoshi Mikami, & Osamu Mikami. (2018). Nutcracker behavior by the dropping method of Carrion Crow Corvus corone. Journal of Ornithology of Japan, 67 (2), 243-248.
[4] Swift, K. N., & Marzluff, J. M. (2015). Wild American crows gather around their dead to learn about danger. Animal Behaviour, 109, 187-197.
[5] Bugnyar, T., Reber, S. A., & Buckner, C. (2016). Ravens attribute visual access to unseen competitors. Nature Communications, 7(1), 1-6.
[6] Massen, J. J., Ritter, C., & Bugnyar, T. (2015). Tolerance and reward equity predict cooperation in ravens (Corvus corax). Scientific reports, 5, 15021.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.