Lembaran sejarah tidak pernah lekang dengan kisah tentang tokoh-tokoh unggul yang membentuk dunia. Riwayat hidup dan ketokohan mereka dituangkan ke dalam tinta untuk ditatap dan diteladani oleh generasi-generasi menyusul sampailah kepada kita pada hari ini.
Bagaimanapun, adakalanya watak penting dalam naskhah sejarah tidaklah didominasi oleh nama manusia sahaja, akan tetapi turut terselit bersama nama anjing peliharaan yang hidup dan berjuang di samping tuan mereka. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan tujuh ekor anjing masyhur yang diabadikan namanya dalam sejarah.
SOTER, YUNANI
Kota Corinth pada tahun 456 SM mempunyai sepasukan anjing pengawal yang diberikan latihan khusus untuk mengesan mu-suh dan memberi amaran jika berlaku se-rangan. Pasukan ini dianggotai oleh 50 ekor anjing. Sewaktu Parsi cuba menak-luki Corinth, kesemua anjing pengawal tersebut terlebih dahulu dibu-nuh dan hanya seekor sahaja tersisa, iaitu Soter.
Soter sempat lari menyelamatkan diri dari ten-tera Parsi dan bergegas kembali ke kota untuk menyalakkan amaran tentang se-rangan yang bakal datang. Dengan demikian, kesemua pera-jurit Corinth pun bingkas bangun dari tidur dan segera mempertahankan kota dari gem-puran pasukan Parsi.
Keberanian Soter itu dihargai oleh penduduk kota sehingga mereka menghadiahkannya sebentuk kolar perak yang diukirkan tulisan, “Untuk Soter, pelindung dan penyelamat Corinth.” Mereka turut mendirikan sebuah tugu bagi memperingati jasa Soter dan 49 ekor anjing yang terkor-ban pada malam serangan itu.
DONNCHADH, SCOTLAND
Tidak banyak anjing yang terlibat dalam percaturan sejarah antara dua buah negara dan Donnchadh, anjing peliharaan Robert the Bruce si raja Scotland, bertuah kerana dapat melakukannya. Pada tahun 1306, ten-tera Inggeris menang-kap Donnchadh dan menggunakan anjing tersebut untuk mencari lokasi persembunyian Robert. Perancangan tersebut sememangnya berjalan lancar dan pihak Inggeris memperoleh apa yang mereka mahukan; lokasi Robert.
Cuma tiada siapa yang menjangka Donnchadh akan bertindak berani dan mempertahankan tuannya – menyalak, mener-kam dan memba-ham t3nt3ra-t3nt3ra Inggeris yang cuba menghampiri Robert. Berkat keberanian Donnchadh, nyawa Robert the Bruce dapat diselamatkan dan beliau terus menduduki takhta Scotland.
Empat kurun kemudian, keturunan Robert mengadun sejarah. Pemerintahan Raja George III (raja Great Britain dan Ireland pada 1760-1820) mencetuskan ketegangan antara British dan koloni-koloninya di Amerika, sekali gus membawa kepada pembentukan Amerika Syarikat. Sejarahwan mendakwa, kalau bukan kerana tindakan berani Donnchadh menyelamatkan Robert the Bruce, raja Scotland itu mungkin tidak akan dapat hidup lama, George III pula tidak berpeluang lahir ke dunia, dan Amerika Syarikat mungkin tidak akan wujud sepertimana yang kita ketahui pada hari ini.
BARRY, SWITZERLAND
Sejarah tidak pernah melupakan jasa Barry, anjing penyelamat yang banyak menyelamatkan manusia di Great St. Bernard Pass, laluan pergunungan setinggi 2,400 meter yang terletak antara Switzerland dan Itali. Barry direkodkan telah menyelamatkan nyawa lebih 40 orang manusia sepanjang tempoh 1800-1812.
Rata-rata individu yang diselamatkannya adalah pengembara yang dibadai ribut salji ketika cuba menikmati keindahan pemandangan di pergunungan Switzerland itu. Barry tidak hanya mengeluarkan mangsa dari timbunan salji dan menghangatkan tubuh mereka. Ia juga adakalanya berlari ke biara berhampiran untuk memaklumkan kepada rahib-rahib yang tinggal di sana supaya keluar menghulurkan bantuan.
Setelah umurnya meningkat tua, Barry dihantar ke Bern, Switzerland, untuk menghabiskan sisa hidupnya dengan tenteram dan ia men!ngg4l dunia pada usia 14 tahun. Kisah Barry diabadikan di Muzium Sejarah Alam di Bern, Switzerland.
SAURR, NORWAY
Memang menjadi satu kebiasaan untuk mana-mana haiwan peliharaan, termasuklah anjing, minta dilayan seperti tuan besar. Namun bagi Saurr, ia memang seekor raja. Sejarah mencatatkan pada kurun ke-11 Masehi, King Eystein of Drontheim menakluki kota Trondheim dan pemerintahan kota tersebut diserahkan kepada puteranya, Onund. Beberapa tempoh kemudian, Onund m4t! dibu-nuh.
Dek kerana berang dengan kejadian tersebut, King Eystein memerintahkan rakyatnya untuk memilih satu dari dua pilihan; menabalkan hambanya, Thorer Fax, sebagai raja baru, atau mengangkat Saurr, anjing peliharaannya, sebagai raja. Rakyat Trondheim memilih Saurr kerana menurut perhitungan mereka, pilihan tersebut pastinya akan dapat mengembalikan kuasa di tangan mereka sendiri.
Entah benar ataupun tidak, legenda Scandinavia menceritakan betapa anjing tersebut dikurniakan kebijaksanaan dan kecerdasan akal yang setanding dengan tiga orang manusia. Ia juga mampu bertutur dalam bahasa manusia. Saurr memerintah Trondheim selama tiga tahun dan sepanjang tempoh tersebut, ia diberi layanan yang selayaknya bagi raja – diberi makanan lazat dan dipakaikan kolar emas atau perak yang bertatahkan batu permata. Cuma, kemewahannya itu berakhir apabila ia terkor-ban ketika melindungi haiwan-haiwan ternakan rakyatnya dari se-rangan segerombolan serigala.
PERITAS, GREECE
Alexander Agung (356-323 SM) tanpa perlu diperkenalkan lagi, merupakan seorang komander ulung dalam sejarah yang bertanggungjawab menubuhkan salah sebuah empayar paling besar pernah disaksikan dunia. Cuma, apa yang kurang diceritakan adalah perihal anjing peliharaannya, Peritas, yang sentiasa menemaninya di sisi.
Legenda mendendangkan betapa Peritas turut berkongsi kegagahan tuannya, di mana ia pernah menyelamatkan Alexander Agung semasa beliau terperangkap dalam kepungan mu-suh; cukup untuk membeli sedikit waktu sehingga pasukan ten-tera Alexander tiba di medan dan membereskan kesemua musuh tersebut. Namun malangnya, luka yang dialami oleh Peritas semasa kejadian tersebut mengor-bankan nyawanya.
Nama Peritas diabadikan oleh Alexander pada sebuah kota di India yang dinamakan bersempena anjing peliharaannya itu. Di sana juga masih dapat disaksikan tugu Peritas yang berdiri betul-betul di hadapan gerbang kota.
GUINEFORT, PERANCIS
Perancis kurun ke-13 Masehi meninggalkan kita dengan satu kisah meruntun hati, yang cukup untuk membuktikan sifat setia yang dimiliki haiwan bernama anjing. Kisah dimulakan dengan seorang bangsawan Perancis keluar meninggalkan anak kecilnya dalam jagaan anjing peliharaannya, Guinefort. Sekembalinya ke rumah, beliau mendapati bilik anaknya berkeadaan tunggang-langgang. Katilnya pula terbalik sambil wajah Guinefort berlumuran da-rah.
Tanpa berfikir panjang, bangsawan Perancis itu pun membu-nuh Guinefort kerana menyangka anaknya telah diba-ham anjing tersebut. Hanya kemudian, baru beliau menyedari anaknya berkeadaan selamat dan setelah meninjau dengan teliti keadaan di dalam rumah, rupa-rupanya da-rah yang berlumuran pada wajah Guinefort adalah akibat pergelutannya dengan seekor ular berbisa yang cuba membahayakan nyawa anak kecil itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Dengan hati yang dirundung kekesalan, bangsawan tersebut menyemadikan Guinefort di dalam sebuah perigi. Di atas perigi itu pula didirikan sebuah tugu bagi memperingati jasanya. Khabar keberanian Guinefort dengan pantas terbesar ke pengetahuan penduduk sekeliling dan masing-masing pun menziarahi kubur tersebut pada setiap hari. Lama-kelamaan, rutin tersebut melahirkan satu kultus pemujaan – mereka memohon perlindungan dan kesembuhan buat anak yang jatuh sakit di hadapan perigi tersebut.
BALTO, ALASKA
Pada tahun 1295, pekan Nome, Alaska ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak cukup dengan penularan wabak difteria, ia turut menghadapi ribut salji yang kencang dan cuaca sejuk yang mencecah -65 darjah Celsius. Satu-satunya talian hayat yang dimiliki oleh penduduk pekan Nome adalah 20 buah kereta luncur salji, pengendalinya, dan anjing-anjing yang menariknya.
Pasukan ini mempunyai satu misi; dapatkan vaksin di bandar dan bawanya pulang ke pekan. Perjalanan penuh mencabar itu dikenali dalam sejarah sebagai ‘Great Race of Mercy’. Pasukan ini berlari secara berganti-ganti, dengan Balto yang ketika itu baru berusia tiga tahun merupakan salah seekor anjing penarik bagi pasukan terakhir.
Dengan segala cabaran yang terpaksa dihadapi – jarak perjalanan, salji tebal, dan suhu yang sejuk beku – pasukan ini mengambil masa selama lima hari untuk menjayakan misi tersebut dan menyelamatkan nyawa penduduk pekan. Semenjak itu, peristiwa Great Race of Mercy dihidupkan kembali pada setiap bulan Mac dengan pasukan-pasukan peluncur salji dari serata dunia akan berhimpun dan mengharungi laluan sama yang ditempuhi oleh Balto dan rakan-rakan anjingnya yang lain.
TERJEMAHAN:
Mike Powell. (24 Disember 2020). Famous Dogs in History, from Ancient Greece until Today. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/famous-dogs-0014713
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih