Pada bulan September, 78 tahun yang lepas, Nazi Jerman yang dipimpin Adolf Hitler menyerang Poland. Hitler menamakan operasi ini sebagai Operasi Putih (Case Weiss), dengan bertujuan untuk menghancurkan Poland sepenuhnya sebagai sebuah negara. Hitler membahagikan angkatan tentera Jerman kepada dua iaitu Kumpulan Tentera Utara (Army Group North) pimpinan Colonel-General Fedor von Bock, seorang jeneral berdarah kerabat Prussia yang disegani. Dibawah kumpulan ini, terdapat dua tentera medan iaitu Tentera Ketiga (3rd Army) dan Tentera Keempat (4th Army). Kumpulan ini ditugaskan menyerang dari utara Poland (Danzig dan Prussia Timur) terus menuju ke ibu kota, Warsaw.
Manakala dibahagian selatan pula, Kumpulan Tentera Selatan (Army Group South) akan menyerang Poland dari selatan, dimana kumpulan ini ditugaskan untuk mengepung dan memusnahkan tentera-tentera medan Poland di bahagian selatan, lalu mengambil peluang untuk mengepung ibu kota Warsaw dari Selatan. Kumpulan ini terdiri daripada tiga tentera medan (Tentera Kelapan, Tentera Kesepuluh dan Tentera Keempat belas) dan dibantu oleh satu tentera medan Slovakia. Kumpulan ini diterajui oleh Colonel-General Gerd von Rundstedt, seorang aristokrat Prussia dan juga komander perang paling veteran yang unggul.
Kekuatan penuh tentera Jerman ketika serangan tersebut ialah 1,551,306. Ini termasuklah bantuan penuh dari servis Angkatan Udara Jerman dan Angkatan Laut Jerman.
Serangan ini lah yang membuatkan taktik Blitzkrieg Jerman menjadi unggul dan masyhur. Gabungan angkatan udara dan kor kereta kebal Jerman membuatkan pasukan pertahanan angkatan Poland menjadi kucar kacir. Pada minggu pertama serangan, Poland kehilangan lebih 75% kekuatan angkatan udaranya. Ini membuatkan pasukan tentera Jerman mara dengan begitu pantas sekali.
Poland juga mempunyai angkatan tenteranya sendiri tetapi tidak setanding dengan kekuatan Jerman ketika itu. Pada hari serangan, Ketua Tertinggi Angkatan Poland, Marshal Edward Rydz-Smigly hanya mampu mendapatkan 39 divisyen di mana separuh daripadanya masih lagi tidak bersedia untuk dihantar ke barisan hadapan. Walaupun memiliki angkatan udara, Poland menerima serangan kejutan daripada pasukan pengebom Jerman. Maka, tentera udara Poland tidak mampu untuk digunakan.
Poland juga mempunyai pasukan kereta kebal tetapi kebanyakkan sudah ketinggalan zaman dan juga banyak yang daripadanya adalah kereta kebal ringan. Hal ini menjadi sasaran mudah bagi tentera Jerman yang sudah menggunakan kereta kebal medium yang mempunyai meriam yang lebih besar yang mampu memusnahkan kereta kebal lawan. Kebanyakkan organisasi medan tentera Poland masih lagi menggunakan doktrin kavalri atau tentera berkuda. Ada suatu ketika, sepasukan tentera berkuda Poland bersenjatakan ‘Lancer’ dan pedang menyerang sepasukan kereta kebal Jerman.
Akibat dari serangan ini, British dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Nazi Jerman kerana mereka berjanji akan berperang sekiranya Poland diserang Jerman. Hatta, hal ini telah membawa Eropah ke kancah satu lagi Perang Dunia (pada ketika ini, di benua Asia, Jepun sedang berperang dengan China. Oleh itu, seluruh dunia telahpun ditarik kedalam Perang Dunia Kedua).
Untuk memastikan Jerman dapat menghancurkan Poland, mereka telah membuat satu pakatan dengan Soviet Union seminggu sebelum serangan. Perjanjian ini dinamai ‘Pakatan Molotov-Ribbentrop’, diambil bersempena dengan nama menteri luar negara Soviet dan Jerman. Perjanjian ini bukan sahaja memberi kelebihan ekonomi untuk kedua-dua buah negara malah, Jerman dan Soviet Union bersetuju untuk membahagikan Poland kepada dua. Poland barat dikuasai oleh Jerman. Manakala, Poland Timur dikuasai oleh Soviet Union.
Dengan terhasilnya perjanjian ini, maka Jerman tidak perlu risau akan serangan membuta tuli Soviet keatas Jerman jika Jerman menyerang Poland. Pada 17 September, seramai 500,000 askar Tentera Merah menyerang Poland dari arah timur. Soviet mengatakan bahawa, penduduk minoriti Soviet telahpun ‘dibunuh dengan kejam’ oleh kerajaan Poland. Hal ini menyebabkan Soviet Union ingin pergi ‘menyelamatkan’ penduduk minoriti mereka. British dan Perancis mengambil keputusan untuk tidak ‘mengisytihar perang’ keatas Soviet Union dek kerana mereka termakan dengan kata-kata (statement) yang dikeluarkan oleh kerajaan Soviet.
Pada 6 Oktober 1939, Poland sudah tidak lagi menjadi sebuah negara dan pertempuran di negara berkenaan sudah berakhir. Tanah Poland dibahagikan kepada dua. Pada masa itu, terdapat perarakan di antara tentera Jerman dan tentera Soviet untuk meraikan kejayaan ini.
Apa yang uniknya dalam serangan ini, walaupun British dan Perancis berperang dengan Jerman, mereka tidak berbuat apa apa langsung untuk membantu untuk menyelamatkan Poland. Terdapat juga effort yang dilakukan oleh tentera Perancis untuk bertempur dengan Jerman di sempadan Perancis-Jerman. Jeneral Maurice Gamelin memimpin 40 divisyen dibawahnya untuk bertempur dengan Tentera Jerman Kedua (2nd Army) pimpinan Jeneral Erwin von Witzleben di sempadan.
Namun, serangan yang dinamakan ‘Saar Offensive’ ini hanya maju sejauh 20km sebelum mengambil keputusan untuk berpatah balik. Hal ini kerana, Tentera Kedua telahpun berundur ke kedudukan lebih strategik yang penuh dengan kelengkapan pertahanan untuk berdepan dengan tentera Perancis. ‘Saar Offensive’ gagal untuk memberi apa apa impak kepada Jerman dan Poland pada ketika itu terus dibedil.
Selepas Poland dibahagikan kepada dua dan perjanjian pertahanan dengan Soviet Union, Jerman beralih ke barat pula dan mempersiapkan tentera untuk menyerang Perancis dan British.
Konklusi daripada serangan Jerman keatas Poland ini ialah, dunia sekali lagi terjerumus ke kancah Perang Dunia. Seterusnya, walaupun perbezaan pendapat dan ideologi, Jerman dan Soviet Union mampu untuk bekerjasama demi mencapai ‘national interest’ negara masing masing. Seterusnya lagi, British dan Perancis gagal untuk memberi pertolongan kepada Poland dengan melancarkan serangan besar besaran ke atas Jerman dari barat. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan rakyat British dan Perancis tidak mendapat logik, kenapa mereka perlu membantu Poland yang terletak nun jauh ke timur itu?
Serangan keatas Poland ini sahaja telahpun meragut lebih 1,000,000 nyawa. Belum lagi serangan ke atas Perancis, Soviet dan lain-lain lagi, Pada masa ini, dunia telah merasakan bahawa, Hitler akan membawa kepada ketidakstabilan dunia, dimana maut menanti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih