Cap jari ada fungsi lain? Ya, itulah apa yang saintis kini temui setelah melakukan kajian mendalam terhadap alur-alur halus yang hadir di permukaan jari manusia, primat (keluarga monyet dan gorila), dan koala.
Sehingga kini, saintis tidak pasti apakah fungsi sebenar aluran di permukaan jari. Tambahan pula, ketumpatan peluh yang tinggi di bawah permukaan jari menambahkan misteri lagi (walaupun kita tahu fungsinya dalam mengenalpasti identiti individu terutamanya dalam siasatan jenayah).
Kini, saintis mengetahui bahawa aluran dan ketumpatan peluh itu berkait rapat dengan aktiviti sentuhan dan genggaman setelah mengkaji menggunakan teknologi laser bergambar.
Sebenarnya, aluran halus dari cap jari berfungsi sebagai penguat cengkaman atau sentuhan apabila jari menyentuh atau tangan mencengkam sesuatu objek.
Mike Adams, jurutera kimia dari University of Birmingham di UK yang menjalani kajian cap jari ini menjelaskan bahawa primat telah lama mengevolusikan cap jari pada tangan dan kaki mereka.
Dalam kajian terhadap 6 orang sukarela lelaki yang memegang gelas, hasil gambaran dari teknologi laser bergambar menunjukkan apabila kulit jari menyentuh permukaan objek yang kasar, rembesan peluh dikeluarkan bagi menguatkan daya cengkaman.
Sebaliknya, apabila kulit jari menyentuh permukaan yang licin, liang pori peluh ditutup bagi mengelak kelicinan berlaku yang akan menggagalkan cengkaman.
Selain mekanisma menutupi liang pori peluh, proses penyejatan peluh juga wujud dalam jari di mana proses ini dikawal oleh alur halus cap jari yang bertindak apabila berlaku pengeluaran peluh berlebihan.
Dengan adanya kedua-dua mekanisma ini, tangan kita boleh beradaptasi dengan sentuhan atau cengkaman tidak kira tangan kita kering ataupun basah. Ini menjadikan kulit jari tangan dan kaki manusia dan primat halus dari kulit jari haiwan lain.
Adams berkata lagi, proses penyejatan peluh dan penutupan liang pori peluh menjadikan primate mampu memanjat ranting pokok tanpa masalah seiring evolusi.
Dengan penemuan baru ini, pengkaji mampu membantu pereka produk gajet untuk mereka cipta gajet yang mesra genggaman pengguna, seperti telefon mudah alih.
Tambahan lagi, penemuan ini juga mempu mmeberi manfaat kepada perkembangan cengkaman pada tangan dan kaki palsu serta peranti yang memfokuskan sentuhan maya.
Siapa sangka, penemuan terbaru yang hanya ditemui dalam aluran halus cap jari mampu mengubah era perkembangan teknologi, seterusnya mampu mencipta ‘cap jari buatan manusia’.
RUJUKAN:
Nield, D. (5 December 2020). We May Finally Understand The Point of Having Moist, Textured Fingertips. Science Alert. Retrieved from 27 December 2020.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih