“Manusia dilahirkan sebagai makhluk spiritual. Sama ada manusia tu akan menyembah Tuhan, atau menyembah makhluk lain menjadi Tuhan.” – Tucker Carlson

Dalam tulisan aku yang agak kontroversi yang lepas, aku mengulas tentang keengganan golongan kiri untuk menerima hakikat realiti pasca moden, bahawa identiti, termasuklah soal spiritual adalah isu yang penting.

Kali ini aku ingin menceritakan tentang bagaimana kehidupan manusia akan datang, bila idea sekularisme ini sudah tidak relevan dalam masyarakat.

Untuk sekian lama, modeniti adalah satu kefahaman bahawa untuk sesuatu masyarakat, haruslah mempunyai satu sistem yang “one-sized-fits-for-all” dan by-product daripada fahaman ini ialah nasionalisme, komunisme dan liberalisme.

Satu lagi by-product daripada modeniti ialah wujudnya fahaman sekularisme, iaitu pengasingan antara agama dan kehidupan seharian di dunia.

Ada dua jenis sekularisme, iaitu sekularisme jenis Amerika, di mana pengasingan itu berlaku tetapi agama masih lagi memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat, cuma diasingkan dalam urusan kerajaan.

Lagi satu punya sekularisme ialah jenis laïcite, atau dalam bahasa Turki laiklik, iaitu sejenis sekularisme yang bukan sahaja diasingkan dalam urusan kerajaan, tetapi urusan peribadi seperti hak untuk memakai burqa yang diharamkan di Perancis.

Sekularisme ini bukanlah benda yang baru dicuba (baru dalam konteks ini ialah 500 tahun ke depan), tapi pernah dicuba pada zaman Greek dari zaman Zeno Citium dan di zaman Rom pada zaman Marcus Aurelius.

Tetapi perubahan kepada sekularisme terhadap sesuatu kaum pada akhirnya menjurus kepada decedence (kerosakan moral) dalam masyarakat, sebelum pada akhirnya tamadun itu runtuh.

Buktinya, kedua-dua tamadun besar itu runtuh apabila struktur masyarakat itu goyang, akibat tidak ada kekuatan spiritual dalam diri.

Pendek kata, ibarat pokok hutan yang besar tu takkan mampu hidup tanpa akar-akar kecil yang mencengkam bumi dan memberi nutrien kepada pokok hutan tu.

Sekarang, ramai orang kiri yang argue dengan aku bahawa ketamadunan manusia boleh dibina tanpa agama, tanpa memberi mana-mana contoh.

Baik, aku boleh ambil Soviet Union, memandangkan itu adalah satu empayar yang tidak ada agama, yang ada cuma ideologi komunisme.

Di Soviet Union pada era 1920an, pada zaman Stalin, gereja dan masjid diruntuhkan, paderi dan imam dipenjarakan, penganut yang setia dengan agama dihantar ke kem tahanan kerja paksa atau gulag.

Jadi, ke mana nilai spiritual manusia dari Soviet ni bila agama langsung diharamkan?

Mereka menyembah pemimpin mereka. Betapa taksubnya mereka dengan pemimpin mereka seperti Lenin dan Stalin, akibat daripada kekosongan jiwa, mereka membina patung-patung yang besar mewakili pemimpin parti komunis.

Seperti ayat pertama yang aku quote tadi, manusia ini makhluk yang spiritual, sama ada kau menyembah Tuhan, atau kau menyembah makhluk lain dan menjadikan ia sebagai Tuhan.

Apabila nilai spiritual tidak ada langsung dalam diri, subconscious manusia cuba untuk mencari idol yang lain untuk disembah, sebab fitrah manusia memang macam tu.

Kalau di negara komunis ni, pemimpin parti politik tu lah. Kalau negara kapitalis liberal yang bersandarkan konsumerisme ni, sudah pastilah para artis dan selebriti, pemain bolasepak, ahli sains, atau apa-apa sahaja yang popular, termasuklah Tik-Tokkers atau Instafemes.

Jadi, soalan aku, celah mananya dalam sekularisme ni agama dengan kehidupan seharian ini dapat membahagiakan seseorang individu?

Ada yang argue dengan aku, agama ini bersifat peribadi. Ya, aku setuju. Tapi dalam suasana sekularisme yang semakin hostile dengan agama, terutamanya di negara Barat, rakyat kebanyakan terutamanya kelas pekerja sendiri yang memberontak menentang elit kiri ni.

Benda ni bukan aku cakap tak ada fakta. Bukti dah ada di Britain apabila majoriti kaum kelas pekerja mengundi menyokong Brexit dan pada PRU 2019, Parti Konservatif menang undi kaum pekerja, sebab Parti Buruh ada hostility terhadap nilai-nilai tradisional Barat.

Dalam zaman ini, apabila sekularisme dipaksakan kepada semua melalui nilai dan doktrin “agama ini peribadi” macam selalu dicakapkan tu, serta bergabung pulak dengan konsumerisme dan hedonisme, lepas tu pulak globalisasi di mana kita orang Melayu boleh kenal pemain bola dari Brazil, penyanyi dari Korea, pelakon dari California dan bintang Tik Tok dari China.

Kesannya, dalam kekosongan jiwa tu, orang pun menyembahlah para selebriti ni dan kalau orang mengkritik mereka, akan dianggap blasphemy atau heresy.

Aku tak pernah setuju dengan konsep “kalau tukar kelab bolasepak, maksudnya kau ni lalang” sebab pada aku, secara jujurnya, kesetiaan pada kelab bolasepak ini bersifat fickle kerana ia adalah perkara duniawi yang sebenarnya tak beri apa-apa keuntungan pun, kecuali kalau kau berjudi.

Pada aku, kesetiaan pada kelab bolasepak ini adalah bukti kekosongan jiwa dalam masyarakat moden, dan mereka harus pergi ke stadium pakai jersi dan menjerit dalam stadium sebagai satu pengalaman spiritual dalam hidup mereka.

Aku pernah terbaca sepanduk penyokong Manchester United di Old Trafford yang tertulis “MUFC is Religion”, atau penyokong Liverpool memanggil Robbie Fowler sebagai “God”. Atau orang Napoli atau Argentina membina gereja Maradona.

Atau peminat-peminat K-pop yang akan bising bila orang mengkritik artis kesayangannya. Semua kemarahan ini sebenarnya adalah satu defense mechanism kepada nilai spiritual yang dipegang, iaitu konsumerisme dan hedonisme.

Bagaimana pula dengan orang yang tak boleh langsung mendengar orang kritik pemikir ideologi kiri seperti Karl Marx, Leon Trotsky, Jozef Stalin atau Mao Zedong?

Pada aku mereka menolak konsumerisme dan hedonisme, dan memilih falsafah kiri sebagai nilai spiritual mereka.

Sebab pada aku, semua falsafah yang dicipta manusia mempunyai kelemahan tersendiri. Nasionalisme ada kelemahan, komunisme ada kelemahan, liberalisme ada kelemahan.

Jadi idea sekularisme ini pun ada kelemahannya sebab by-product, idea ini dicipta oleh manusia.

Jadi kenapa rasa tulisan aku yang lepas tu macam offensive sangat sampai hilang rasional bila aku kritik?

Sebab nilai spiritual dalam diri dah kosong, akibat pemisahan agama dan kehidupan atau sekularisme ni, maka ideologilah pula yang mengawal spiritualiti diri.

Macam aku pernah tulis, idea Marx ini adalah Germanic ideas, yang berakal umbi dari Kant, Hegel dan Spinoza, yang datang dari fahaman Lutheran, dari Martin Luther, yang mahu membebaskan gereja daripada korupsi.

Apabila idea Martin Luther daripada membebaskan gereja dari korupsi, ke zaman bila membebaskan kehidupan dari agama, nampak tak idea asal tu dah terpesong jauh dari matlamat asal Martin Luther tu?

Macam Raihan atau Rabbani yang menggunakan media massa untuk berdakwah menggunakan cara pop culture, kepada menunggang dakwah untuk menjadi selebriti realiti tv yang dikuasai media massa.

Nampak tak dah jauh idea asal terpesong bila semakin lama masa bergerak?

Jadi, soalan aku, apakah akan jadi kepada masyarakat apabila manusia meninggalkan idea sekularisme ini?

Sama ada wujud agama baru, macam agama Jedi atau penyembah JRR Tolkien, atau kebangkitan semula spiritual yang dah hilang (the resurgence of the lost spiritual).

Maksudnya post-secularism ialah zaman dimana manusia kembali berspiritual dan tidak kisah dengan perbezaan nilai spiritual orang lain.

Macam di Berlin, antara benda paling post-secular yang pernah aku tengok ialah perkongsian bangunan untuk digunakan oleh penganut Islam, Judaisme dan Kristian.

Atau benda yang orang Borneo selalu bangga, masjid sebelah dengan gereja dengan orang berkongsi tempat letak kereta.

Maknanya agama itu terlihat dalam masyarakat, tapi kewujudan itu berlaku dalam keadaan simbiosis melalui toleran yang tidak dipaksakan oleh daulah.

Sebab pada akhirnya, manusia ini fitrahnya adalah menyembah kepada Kuasa yang lebih besar. Memang by design, manusia memang macam tu.

Tak ada atheist yang total atheist, at one point dalam hidup dia, bila spiritualiti dia dah kosong, dia pasti ada sesuatu yang dia pegang kuat.

Atau atheism itu sendiri dah jadi agama pada dia, dan ahli falsafah yang menolak kepentingan agama ni, jadi nabi dia.

Benda ni orang takkan sedar, kecuali bila menyedari hakikat yang aspek spiritual adalah aspek yang paling penting dalam hidup manusia. Bila hubungan hamba terputus dari PenciptaNya, maka bercelarulah hamba itu mencari benda lain untuk disembah.

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” Surah An-Nisa, ayat 136.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.