Ada beberapa perkara yang wajib dijelaskan tentang proses mumiafikasi. Pertama sekali bukan manusia sahaja yang mengharunginya. Haiwan turut tidak terkecuali.

Kedua pula, bukan Tamadun Mesir sahaja yang memumiakan benda hidup. Setiap benua mempunyai tamadun-tamadun tertentu yang menggunakan kaedah ini.

Pernah saja mumia ditemui di Mexico, dipercayai berusia 6,000 tahun. Mumia-mumia yang dikeluarkan daripada Gua Spirit, Amerika Syarikat, pula dianggarkan berusia 9,400 tahun (Asher, 1996).

Mumia Gua Spirit yang ditutup.

Tamadun Mesir walau bagaimanapun seolah-olah begitu suka dengan proses mumiafikasi. Proses mumia ini merangkumi beberapa fasa, bermula dengan proses pengawetan sebelum disambung pula dengan ibadat-ibadat tertentu.

Jadi mumiafikasi diamalkan selaras dengan tuntutan agama semasa. Organ-organ dalaman dikeluarkan, termasuk otak yang dicairkan untuk keluar melalui lubang hidung.

Tangan yang mengendalikan proses ini harus cermat, supaya tidak menjejaskan raut wajah. Hanya jantung sahaja dibiarkan dalam jasad.

Kemudian mereka mengawet organ yang dikeluarkan untuk penyimpanan dalam balang. Setelah dibalangkan, mumia dan organ disimpan dalam keranda untuk diletakkan dalam kvbvr.

Ketika dikafankan, mereka memastikan semua cecair dikeluarkan daripada badan menggunakan garam.

Selama 70 hari proses ini berjalan dan ianya amat penting untuk agama Mesir. Tetapi ada masa mereka meletakkan semula organ yang diawet sebelum dibalut dengan kafan. Balang masih digunakan, cuma sekadar pelengkap upacara sahaja.

Lukisan mumiafikasi.

Semua ini dibuat kerana mereka beriman bahawa ada kehidupan selepas kema-tian. Jadi jasad mesti dijaga dengan baik, supaya roh mengekalkan ba (personaliti) dan ka (nyawa).

Sebab itulah jantung dibiarkan. Dan mereka juga memumiakan jutaan haiwan, khususnya kucing dan burung sekendi (National Geographic, 2004).

Bayangkan Hollywood buat filem mumia kucing. Semua mesti ditolak jatuh.

Banyak sampel ditemui daripada tahun 450 S.M. hingga 250 S.M. (Wasef, et al., 2015). Cuma masalahnya, babun turut dimumiakan.

Keagungan Perdagangan Maritim

Mesir Purba menjalinkan hubungan bersama kerajaan Punt. Keakraban antara dua pihak ini memekarkan perdagangan damar, kayu hitam dan gading.

Kedudukan strategik dan hubungan baik merancakkan perdagangan selama lebih 1,100 tahun.

Hasil keuntungan merancakkan pengeluaran tempatan dan mengimbangi keperluan dan bekalan emas.

Lokasi Punt masih menjadi tanda tanya. Para sarjana sedang mencari selama 150 tahun, tetapi ramai berpendapat kerajaan Punt terletak di selatan Mesir.

Siapa sangka rahsia lokasi sebuah negara bersejarah ini menyimpan sebuah kisah yang sangat aneh. Antara produk yang sentiasa didagangkan Mesir-Punt ialah babun hidup.

Haiwan ini diperolehi daripada kawasan hari ini menjadi bahagian Djibouti, Eritrea, Ethiopia, Somalia dan Yaman.

Saintis mengetahui bagaimana Mesir Purba mendapat babun dari sini selepas meneliti mumia-mumia babun. Sepertimana kucing dan sekendi dimumiakan, begitu juga babun. Tidak pelik, kerana babun ialah manifestasi Dewa Thoth yang membawa penjelmaan Bulan dan kebijaksanaan.

Entah bagaimana babun dikaitkan dengan Bulan… apatah lagi kebijaksanaan. Tetapi Tamadun Mesir senang kata menjulang darjat babun lebih tinggi daripada taraf seorang Bani Israil sendiri.

Begitu teliti Tamadun Mesir memumiakan babun, hingga boleh dikaji hari ini.

Dua spesis babun yang wujud dalam sejarah Mesir Purba ialah papio anubis dan papio hamadryas, kedua-duanya perlu diimport. Tetapi sejak 1550 S.M. lagi, babun-babun ini sudah dimumiakan.

Sebanyak 155 babun daripada 77 lokasi Benua Afrika dan Timur Tengah dikaji saintis, untuk mengenalpasti lokasi Punt. Menggunakan rahsia pada gigi, bulu dan tulang, saintis mampu mengenalpasti makanan dan minuman ditelan haiwan ini.

Gigi pula menyimpan maklumat penting semasa haiwan ini masih kecil. Jadi dari sini saintis boleh mengenalpasti lokasi asal babun yang dikaji.

Semuanya berasal dari luar Mesir, yakni Eritrea, Ethiopia atau Somalia… memungkinkan Punt sendiri. Jika benar, ini akan menjadi batu loncatan buat kajian seterusnya.

RUJUKAN:

Asher, L.J. (1996, September). Oldest North American Mummy. Archeology. 49 (5).

National Geographic. (2004, September 15). Egyptian animals were mummified same way as humans.

Wasef, S., et al. (2015). Radiocarbon dating of Sacred Ibis mummies from Ancient Egypt. Journal of Archaeological Science: Reports. 4; 355-361.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.