Sebelum BRIM dan Neelofa tular di alam maya, netizen kita lebih suka membicarakan diet pemakanan perdana menteri Malaysia iaitu DS Najib Razak yang mengatakan bahawa diet pemakanan yang dihadamnya ialah pemakanan Quinoa. Saya tidak mahu mengheret The Patriots jauh ke bawah dalam perbalahan murahan cytro dan politikus di Malaysia tentang Nasi vs Quinoa. Cuma mahu “menunggang” isu ini, meski sudah terlambat dalam menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Quinoa. Artikel ini adalah artikel ringkas, namun saya harap mampu memberi sedikit pencerahan tentang makanan yang menyimpan 1001 sejarah untuk ditatap oleh kita ini.

Quinoa terkenal sebagai pemakanan yang berasal dari wilayah Andes (Banjaran Andes di Amerika Selatan), kira-kira seawal 5000-3000 SM yang lalu. Lebih tepat, wilayah yang dikaitkan dengan asalnya tumbuhan Quinoa ini adalah Tasik Ticaca di sekitar Peru dan Bolivia. Tumbuhan ini telah didomestikkan oleh para manusia yang hidup pada peradaban pra-Columbia, dan kemudian menjadi diet pemakanan utama para pembina Empayar Inca, sebuah empayar yang berdiri di Amerika Selatan pada abad ke-16 Masihi (1438–1533 Masihi). Ia merupakan empayar terbesar pada abad ke-16 Masihi dan merupakan empayar terbesar yang dibina oleh pejalan kaki. Tumbuhan ini mampu tumbuh antara 3 sehingga 9 kaki!

Orang Inca merujuk tumbuhan ini sebagai chisoya mama yang membawa maksud “ibu segala bijirin” dan dianggap sebagai suci oleh orang Inca. Bahkan sehinggakan secara tradisionalnya, maharaja Inca akan menjadi orang pertama yang menyebarkan benih-benih Quinoa pada permulaan musim. Penemuan hari ini menemui Quinoa juga ditanam berhampiran dengan makam-makam di sekitar Amerika Selatan. Senang cerita, Quinoa boleh diumpamakan seperti nasi bagi orang Inca. Namun malangnya, selepas kedatangan penjajah Sepanyol pada 1533 Masihi, mereka terus mengharamkan pemakanan Quinoa lalu memperkenalkan gandum kepada penduduk Amerika Selatan dengan alasan ia berkaitan dengan “ritual keagamaan masyrakat Inca” itu sendiri. Hanya pada 1970, kita mengetahui bahawa terdapat Quinoa yang berjaya selamat daripada “penghapusan budaya” oleh bangsa Sepanyol kerana ditanam di tanah tinggi dan mula diperkenalkan kepada kita di zaman moden. Hari ini, terdapat lebih 120 jenis Quinoa yang ditanam dan hidup diseluruh dunia.

Khasiat Quinoa ini pelbagai dan ada yang mengambil Quinoa sebagai pengganti diet kepada nasi kerana beberapa faktor. Sebagai contoh dalam kertas kajian yang dikeluarkan oleh pada tahun 1995 bertajuk Nutritive Values of Crops, Nutrient Content and Protein Quality of Quinoa and Cañihua, Edible Seed Products of the Andes Mountains menulis seperti berikut:

“Tiada sebarang makanan tunggal yang mampu memberikan semua nutrisi yang mampu diperlukan oleh tubuh manusia. Hanya Quinoa sahaja yang hampir mencapai kelayakan itu di dalam kerajaan haiwan atau mana-mana tumbuhan.”

Ini kerana Quinoa dipanggil sebagai protein yang paling lengkap, bermaksud ia mengandungi kesemua 9 jenis amino acid essential yang tidak mampu dihasilkan okeh tubuh kita tetap datang daripada pemakanan. Ia juga bagus sebagai menu untuk diet dan pengawalan gula dalam darah. Quinoa juga dikatakan kaya dengan anti-oksida yang mampu melambatkan penuaan.

Saya hanya menyebut beberapa khasiat Quinoa yang dianggap sebagai super-food. Justeru, tidak hairanlah sekiranya makanan ini menjadi diet utama orang Inca sehingga mampu membina empayat terluas pada abad ke-16 tanpa menggunakan kuda dan dianggap sebagai makanan suci. Bukanlah sesuatu yang mengejut sekiranya ada orang yang menjadikan Quinoa sebagai ganti kepada makanan-makanan seharian mereka kerana khasiat yang dimiliki oleh Quinoa sendiri. Bukan perdana menteri sahaja, anda sendiri boleh mendapatkan Quinoa di laman-laman yang berkaitan seperti di Lazada dan 11street.

Kalau anda rasa mampu untuk mendapatkan Quinoa setiap hari, maka jadikanlah makanan ini sebahagian daripada diet harian anda!

Rujukan:

Martínez, E & Fuentes, Francisco & Bazile, Didier. (2015). History of Quinoa: Its Origin, Domestication, Diversification, and Cultivation with Particular Reference to the Chilean Context. Quinoa: Improvement and Sustainable Production.

Gunnars, Kris (2017) 11 Proven Health Benefits of Quinoa. Health Line.

Huffpost (2013) 5 Things You Probably Didn’t Know About Quinoa


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.