Menpehtyre Ramses berkuasa mungkin selama dua hingga empat tahun sahaja. Baginda mengasaskan Dinasti ke-19 yang menguasai Mesir Purba, selepas mendapat takhta daripada Horemheb.

Dan mungkin nama Ramses itu sendiri akan ditelan zaman, jika Seti memilih nama lain untuk putera sulungnya.

Ramses II menikmati tempoh kuasa sangat lama (1279 SM hingga 1213 SM) dan memajukan Mesir Purba sehingga menjadi kuasa rantau.

Mumia Ramses II
Muka Ramses II ketika hidup (kiri: tua).

27 tahun selepas Ramses II menjadi mumia, seorang lagi Usermaatre Meryamun Ramses naik ke takhta Mesir. Baginda dikatakan Firaun agung yang terakhir.

Selepas baginda, takhta Mesir diwarisi Firaun yang bernama Ramses. Ketika kepimpianan Ramses XI, Mesir Purba mempunyai seorang paderi bernama Nesyamun.

Mumia Seorang Paderi

Tidak banyak yang diketahui tentang Nesyamun, cuma seorang paderi yang berkhidmat di Karnak. Selepas Ramses III, pengaruh Mesir Purba merudum secara berperingkat.

Kuasa kerajaan sudah tidak lagi sehebat untuk dibandingkan seperti dahulu. Jadi Nesyamun mengabdikan diri di kuil dengan bau setanggi hingga tahun 1100 S.M.

Nesyamun

Jasad Nesyamun diawetkan seperti biasa sebagai persediaan ke Alam Barzakh.

Dalam kepercayaan Mesir Purba, mumiafikasi ialah suatu jendela yang mengekalkan kesucian jasad dan keabsahan roh untuk menyambung “kehidupan selepas kem4t1an”.

Muka Nesyamun

Nama Nesyamun hanya wujud dalam catatan sejarah sahaja, selepas naik turun satu demi satu dinasti firaun. Akhirnya sistem firaun sendiri pvpvs, oleh kerana kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa rantau.

Daripada Darius II hinggalah Rom, sebelum diserap dalam empayar-empayar menyusul, Nesyamun hanya tenggelam daripada perhatian orang sehingga ditemui peneroka British.

Jasadnya kemudian diterbangkan ke United Kingdom untuk dikaji secara lanjut. Keranda jasad dihiasi dengan gambaran, yang bantu saintis memahami peranan dimainkan Nesyamun semasa berkhidmat di Karnak.

Kota Karnak.

Mereka juga telah menjalankan kajian pada jasad Nesyamun, untuk mengenalpasti peny4k1t dan punca kem4t1an secara menyeluruh.

Suara Yang Diam Selama 3,000 Tahun

Kemajuan teknologi membuka jendela baru dalam bidang ini. Nesyamun mempunyai tekak dan salur pernafasan yang diawet begitu sempurna.

Jadi setiap inci mempengaruhi bunyi suaranya telah dikaji saintis, yang kemudian menciptakan semula suara Nesyamun secara simulasi.

Seorang saintis pertuturan bernama Piero Cosi dijemput untuk bantu membina semula suara ini. Cosi sebelum ini berjaya membuat suara mumia bernama Ötzi (yang tidak begitu berjaya).

Mengkaji mumia Ötzi.

Cosi amat gembira untuk bekerjasama dalam misi ini. Beliau memasukkan Nesyamun dalam sebuah pengimbas tomografi untuk mendapatkan perincian berdimensi.

Mengimbas seorang paderi.

Dengan perincian ini, mereka kemudian membuat model 3D khusus di bahagian percakapan sahaja.

Dan bunyi suara Nesyamun adalah seperti berikut:

Takdir memainkan peranan unik di sebalik kejayaan ini. Nesyamun ketika hidup suka mendendangkan lagu pada dewa-dewinya.

Keranda Nesyamun meninggalkan hasrat terakhir: “aku mahu berbicara dengan mereka (dewa-dewi) di Alam Barzakh sepertimana aku buat ketika hidup”.

Ibaratkan tidak mahu suaranya ditenggelami zaman, hasrat Nesyamun jelas termakbul.

Sains telah mengembalikan suaranya. Bunyi seperti kambing ini ialah langkah pertama dalam perjalanan untuk meletakkan perkataan, supaya boleh susun sepotong ayat.

Tetapi sekurang-kurangnya semua boleh membayangkan suara Nesyamun dulu. Dan kejayaan menciptakan semula suara Nesyamun kini mengalihkan perhatian saintis-saintis berkenaan, dengan satu tanda tanya besar:

Suara siapa pula kami kena reka semula?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.