Pada awal musim bunga tahun 1939, sepasang suami isteri di sebuah desa terpencil di Peru menyedari bahawa perut anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun semakin membesar. Bimbang jika pembengkakan berterusan itu adalah gejala masalah tumor pada perut, Tiburelo Medina dan Victoria Losea membawa anak gadis kecil mereka keluar dari kampung mereka di Ticrapo untuk menemui doktor yang berada jauh di bandar Lima.
Alangkah terkejutnya apabila doktor mendapati bahawa anak perempuan mereka, Lina Medina, telah hamil selama tujuh bulan. Hanya enam minggu kemudian pada 14 Mei 1939, Medina melahirkan bayi secara pembedahan caesarean kerana keadaan tubuh badannya yang masih kanak-kanak sangat berbahaya untuk melahirkan bayi secara normal.
Lina Medina melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan seberat enam paun ketika dia berusia lima tahun, tujuh bulan, dan 21 hari, dia direkodkan sebagai wanita paling muda melahirkan anak dalam sejarah.
Kesnya mengejutkan para pengamal bidang pediatrik pada masa itu dan mendapat perhatian antarabangsa yang tidak pernah diinginkan oleh dia dan keluarganya. Medina tidak pernah mendedahkan siapa ayahnya, dan sehingga ke hari ini, dia dan keluarganya masih cuba mengelakkan dan menjauhi sebarang publisiti dari dunia luar.
Walaupun terdapat misteri yang terus menyelubungi kes ibu yang disahkan termuda di dunia itu, lebih banyak petanda mula terungkap mengenai siapa bapa kepada anak Lina Medina dan bagaimana dia boleh hamil.
Isu Matang Sebelum Waktunya
Dilahirkan pada 23 September 1933 di salah satu kampung termiskin di Peru, Lina Medina merupakan salah seorang daripada sembilan anak. Walaupun kehamilannya mengejutkan semua orang, idea tentang seorang kanak-kanak berusia 5 tahun boleh hamil sama sekali tidak mampu difikirkan oleh ahli endokrinologi pediatrik.
Akil baligh atau kematangan sebelum waktu (precocious puberty) adalah keadaan genetik yang jarang berlaku di mana tubuh kanak-kanak mencapai kematangan s3ksual dan sifat seseorang berubah menjadi dewasa sebelum usia lapan tahun.
Kanak-kanak lelaki dalam keadaan ini lazimnya mengalami perubahan suara yang lebih garau, alat sulit yang membesar, dan juga pertumbuhan bulu wajah. Kanak-kanak perempuan dalam keadaan ini biasanya akan mengalami haid pertama dan payvdara akan membesar lebih awal daripada biasa.
Ia berlaku terhadap kira-kira satu daripada setiap 10,000 kanak-kanak. Lebih kurang 10 kali lebih ramai kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki yang mengalami perubahan genetik ini.
Dalam kebanyakan kes, punca kematangan sebelum waktunya ini tidak dapat dikenal pasti. walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini mendapati bahawa gadis-gadis muda yang did3ra secara s3ksual boleh matang lebih cepat daripada rakan sebaya mereka.
Atas sebab itu, wujudlah kecurigaan yang menghasilkan teori bahawa proses matang sebelum waktu boleh dipercepatkan oleh hubungan s3ksual pada usia muda.
Dr. Edmundo Escomel dalam laporan jurnal perubatannya mendakwa bahawa Lina Medina mengalami tempoh haid pertamanya pada usia hanya lapan bulan. Sebelum itu, terdapat penerbitan lain mendakwa bahawa dia mengalami haid yang teratur sejak usia tiga tahun.
Pemeriksaan lebih lanjut terhadap Medina yang berusia lima tahun menunjukkan bahawa dia juga telah mengalami tumbesaran payvdara, pinggul yang lebih lebar dari normal, dan pertumbuhan tulang (pasca-matang) yang maju.
Akil baligh sebelum waktunya adalah penjelasan yang baik untuk kehamilan Lina Medina, tetapi ia tetap tidak menjelaskan keseluruhannya.
Bagaimanapun, dia tetap seorang kanak-kanak. Oleh itu, seseorang pasti telah menghamilkan dia. Dan, memandangkan keadaan persekitarannya, orang yang melakukannya tidak mungkin seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang sudah akil baligh.
Lina Medina tidak pernah memberitahu doktornya atau pihak berwajib mengenai siapa ayah kepada anaknya atau bagaimana dia diperlakukan sehingga dia hamil. Kerana usianya yang masih muda, dia mungkin tidak mengingatinya langsung atau tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya.
Dr. Escomel bahkan mengatakan bahawa dia “tidak mampu memberikan tindakbalas yang tepat” apabila disoal tentang ayah kepada anaknya.
Tiburelo, bapa Medina yang bekerja sebagai tukang perak tempatan, ditahan kerana disyaki memp3rk0sa anaknya sendiri. Namun, dia akhirnya dibebaskan dan tuduhan terhadapnya dijatuhkan apabila tidak ada sebarang bukti atau keterangan saksi yang dapat menahannya. Tiburelo dengan tegas menafikan pernah melakukan hubungan s3ks dengan anak perempuannya sendiri.
Dalam sebuah artikel mengenai kes itu, yang diterbitkan Chicago Tribune pada bulan Oktober 1955, pengarang Luis Leon melaporkan bahawa banyak perkampungan masyarakat pribumi Indian yang terpencil di Peru sering mengadakan upcara perayaan keagamaan secara berkala sepanjang tahun yang masih mengekalkan suasana pra-Kristian yang kuat. Upacara tersebut sering kali bertukar menjadi “pesta s3ks di mana p3rk0saan bukanlah perkara yang jarang berlaku.”
Adalah biasa untuk kanak-kanak hadir, atau sekurang-kurangnya tinggal tidak jauh dari lokasi perayaan ini. Sekiranya tidak ada pengakuan atau fakta lain mengenai kes Lina Medina, termasuk kesukarannya untuk memberikan kenyataan yang jelas, teori ini boleh memberikan penjelasan yang masuk akal dan memilukan.
Hal Peribadi
Setelah kehamilan Lina Medina diketahui umum, ia mendapat perhatian dari seluruh dunia.
Penerbitan Akhbar di Peru pernah menawarkan ribuan dolar kepada keluarga Medina untuk mendapatkan hak wawancara dan membuat filem tentang anak perempuan mereka tetapi tidak pernah berjaya.
Akhbar Amerika Syarikat memiliki hari lapang serupa yang melaporkan anomali sambil mengisyaratkan perincian di setiap perenggan. Tawaran wang juga dibuat terhadap keluarga itu bagi membawanya ke Amerika Syarikat. Namun Medina dan keluarganya enggan bercakap secara terbuka.
Ini salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan, berdasarkan sifat luar biasa dari keadaan dan kes Medina serta keengganannya untuk memberikan kerjasama, beberapa pemerhati menuduh keluarganya sebagai pembohong.
Selama lebih dari 80 tahun yang berlalu, perkara ini kelihatan semakin mustahil, ia tidak mungkin berlaku. Samada Medina mahupun keluarganya, mereka tidak berusaha memanfaatkan kisah ini dengan cara apa pun. Namun, rekod perubatan dari zaman itu memberikan dokumentasi yang cukup banyak mengenai keadaannya.
Sementara itu terdapat dua foto yang diketahui sebagai foto Lina Medina ketika dia hamil, dan hanya satu daripadanya, iaitu gambar lama dengan resolusi rendah yang pernah diterbitkan di luar bidang perubatan.
Fail kesnya juga mengandungi banyak laporan oleh doktor yang merawatnya, serta sinar-X pada perutnya yang jelas menunjukkan tulang janin yang sedang berkembang di dalam tubuhnya. Pemeriksaan d4rah mengesahkan kehamilannya dengan cara biasa, dan makalah-makalah yang diterbitkan dalam kesusasteraan semuanya menyiarkan ulasan sejawat tanpa halangan, menunjukkan bahawa para penyelidik kontemporari tidak dapat mencari kesalahan dalam fakta yang dilaporkan mengenai kes Medina.
Walaupun dengan semua dokumentasi yang menyokong kisahnya, setiap permintaan wawancara telah ditolak oleh Medina dan keluarganya.
Malahan, dia akan terus menghindari sebarang publisiti untuk seumur hidupnya, dia konsisten menolak untuk menghadiri wawancara dengan perkhidmatan wayar antarabangsa, surat khabar tempatan, dan program televisyen sensasi. Medina bahkan mengelak dari pergi ke mana-mana tempat tumpuan ramai secara berterusan hingga ke hari ini.
Lina Medina Setelah Menjadi Ibu termuda di Dunia
Lina Medina nampaknya menerima rawatan perubatan yang terbaik, terutamanya ketika waktu dan tempat di mana dia tinggal, dan melahirkan bayi lelaki yang sihat.
Kelahiran anaknya dilakukan secara pembedahan caesarean kerana, walaupun pinggul Medina melebar sebelum waktunya, tubuhnya yang kecil dan ramping masih tidak padan dalam hal melahirkan seorang bayi berukuran sempurna melalui saluran kelahiran.
Anak itu diberi nama Gerardo, setelah doktor yang pertama kali memeriksa Medina dan bayi itu pulang ke kampung halaman mereka di Ticrapo apabila dia keluar dari hospital.
Walaupun ramai wartawan dan doktor berusaha untuk memeriksanya lebih lanjut, satu-satunya pakar yang melakukannya adalah Paul Koask, pakar bidang pendidikan anak di Universiti Columbia. Dia mengunjungi keluarga Medina dua tahun selepas kelahiran anaknya dan mendapati bahawa gadis muda itu “berada di luar kecerdasan normal” dan bayi nya “normal.”
Menurut Koask, Medina menganggap anak itu sebagai adik lelakinya, begitu juga ahli keluarganya yang lain.
Seorang pakar obstetrik bernama Jose Sandoval, yang menulis sebuah buku tentang kes Medina, mengatakan bahawa Medina lebih suka bermain dengan anak patungnya daripada anaknya.
Gerardo telah membesar dengan menyangkakan bahawa Medina adalah kakaknya, dan hanya mengetahui kebenaran ketika dia masih remaja. Dia ditemuramah untuk profil tahun 1955 mengenai kehidupannya dan ibunya, Gerardo mendakwa bahawa dia ingin menjadi doktor ketika dia dewasa.
Walaupun tidak mempunyai kec4catan yang diketahui atau sebarang masalah kesihatan lain, Gerardo meninggal dunia pada usia muda, ketika usia 40, pada tahun 1979, kerana penyakit tulang.
Dengan membawa statusnya yang memecahkan rekod dunia sebagai seorang ibu paling muda pernah melahirkan anak, Medina meneruskan kehidupan seperti biasa di Peru.
Pada usia mudanya, dia mendapat pekerjaan sebagai setiausaha untuk doktor yang mengendalikan bilik persalinan, Pekerjaannya ini telah menjamin pembelajarannya juga. Pada waktu yang hampir sama, Medina juga turut berjaya memasukkan Gerardo ke sekolah.
Dia berkahwin dengan lelaki bernama Raul Jurado pada awal tahun 1970-an, dan melahirkan anak keduanya pada tahun 1972, di usia 39. Medina dan Raul bukan orang kaya, dan pada tahun 2002, pasangan itu masih bersama dan tinggal di kawasan kejiranan di Lima yang dikenali sebagai Chicago Chico.
Memandangkan sikapnya yang mengelak sepanjang hayat terhadap publisiti dan terlalu banyak mata orang luar yang ingin tahu kisah sebenarnya, mungkin lebih baik kehidupan Lina Medina kekal sebagai hal peribadinya. Sekiranya masih hidup, dia mungkin berusia 80-an hari ini.
RUJUKAN:
Luis Leon (30 October 1955). Son of child mother wants to be doctor. Cedar Rapids Gazette. Associated Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih