“Moscow sebenarnya terhutang budi kepada Khan Mongol” — Nikolay Karamzin (1766-1826)

Kenapa sejarawan agung Rusia membuat kenyataan begitu? Adakah semasa dij4jah Mongol, bangsa nomad itu memberi layanan yang sangat baik terhadap orang Rusia? Sabar, sebelum itu mari saksikan bukti kekej4man Mongol terhadap Rusia.

Pada sekitar antara tahun 2005 dan 2010, sekumpulan ahli arkeologi bertugas menggali dan melakukan penyelidikan di sebahagian ibu kota lama Yaroslavl, Rusia. Ia merupakan sebahagian daripada usaha sejarawan untuk memulihara sisa binaan katedral kuno Yaroslavl.

Semasa sedang melakukan ekskavasi itu, mereka menemui sembilan tapak perkvburan besar yang berusia dari abad pertengahan, ia mengandungi sekurang-kurangnya 300 rangka manusia, yang menjadi mangsa peb4ntaian dan penj4rahan kota oleh tent3ra Mongol.

Ia mengambil masa beberapa tahun lagi untuk tulang dan DNA kuno terawet secara semulajadi di dalam tanah, dan beberapa larva lalat berperanan untuk merungkai rahsia tr4gedi keluarga yang berpunca dari kebangkitan kuasa Empayar Mongol.

BUKTI KEKEJ4MAN BANGSA MONGOL

Pada separuh masa pertama tahun 1200-an, pemimpin Mongol Batu Khan (cucu Genghis Khan) menaklvki beberapa bahagian wilayah di sekitar Rusia moden, Eropah Timur, dan Kaukasus, yang kemudiannya bakal menjadi sebahagian daripada pecahan Empayar Mongol yang dikenali sebagai Golden Horde.

Dia melakukan kemaraan ke arah barat dengan kekuatan tent3ra seramai 130,000 anggota dan bagi setiap kota yang ditemuinya, satu-satunya pilihan adalah menyerah diri atau dibvnuh. Kota Smolensk memilih untuk menyerah dan membayar ufti penghormatan kepada Batu Khan, tetapi 18 kota lain – termasuk Moscow dan ibu kota kerajaan kecil pada waktu itu yang bernama Yaroslavl dij4rah kerana menentang.

Tent3ra Mongol tiba di Yaroslavl pada Februari 1238. Sebilangan besar penduduk yang dikebumikan di perkvburan besar selepas itu jelas m4ti dibvnuh dengan cara yang kej4m lagi g4n4s. Tulang mereka menunjukkan kesan-kesan ditusuk, dipotong, dan kesan trauma akibat tet4kan s3njata tumpul. Sebilangan tulang juga menunjukkan tanda-tanda telah dibakar.

Kerja-kerja ekskavasi dan penyelidikan sedang berjalan

Menurut dokumen sejarah dan bukti arkeologi, beberapa lokasi kvbur adalah ruang bawah tanah rumah dan bangunan luar, setelah banyak bangunan yang dibakar telah runtuh, berkemungkinan mangsa-mangsa yang terselamat atau pihak Mongol sendiri telah menemui ruang bawah tanah itu lalu dijadikan tempat membuang m4yat.

Berdasarkan konsep pemilikan tanah pada abad pertengahan di pusat bandar, berhampiran katedral, seseorang telah mengambil tanggungjawab menggali lubang kvbur untuk mereka yang m4ti. Tetapi 15 orang yang terkvbur di dalamnya telah ditemui terbaring dalam berbagai posisi, menunjukkan bahawa mereka telah dikvburkan samada secara tergesa-gesa mahupun secara biadab oleh pihak penyer4ng.

Larva lalat yang ditemui bercampur dengan rangka mereka mungkin menjelaskan bahawa mereka dikvburkan setelah beberapa hari m4ti dalam keadaan tergesa-gesa kerana m4yat akan berada dalam tahap pembusukan paling dahsyat ketika pengebumian berlaku.

Larva itu berada dalam keadaan sangat baik, walaupun setelah 800 tahun dikebumikan.  Ahli entomologi mengenal pasti spesies lalat yang tepat – dan menyimpulkan bahawa di sekitar Yaroslavl, suhu harian yang diperlukan oleh larva akan muncul pada akhir Mei atau awal Jun.

Kemungkinan selepas mereka dibvnuh, m4yat mereka ditinggalkan dan terbaring hingga membeku di dalam salji untuk jangka waktu yang cukup lama. Pada bulan April atau Mei, jumlah lalat mula membiak pada m4yat mereka, dan pada akhir Mei atau awal bulan Jun, mereka dikvburkan di dalam sebuah lubang di kampung halaman, tempat mereka mungkin tinggal. Pada waktu itu, Batu Khan dan tent3ranya sudah tentu sedang berarak menuju ke Crimea.

Kesan tusukan yang jelas terdapat pada tengkorak mangsa

Beberapa rangka yang terkvbur di dalam lubang itu mengalami kerosakan gigi yang lebih tinggi daripada yang lain di Yaroslavl, yang sebenarnya menunjukkan bahawa mereka cukup sihat. Kerosakan gigi biasanya menunjukkan diet mereka kaya dengan gula (atau sekurang-kurangnya makanan berkarbohidrat tinggi yang lembut). .

Pada Zaman Pertengahan, hanya orang-orang kaya yang mampu mengambil gula sebanyak itu. Dan artifak yang ditemui di lokasi rumah mereka pernah berdiri menunjukkan bahawa tanah itu agak kaya sehingga ia terbakar semasa ser4ngan Mongol.

Beberapa petunjuk dari rangka menunjukkan bahawa sebilangan mereka yang dikvburkan mungkin ada pertalian d4rah. Beberapa kerangka berkongsi ciri-ciri turun temurun, seperti spina bifida dan sambungan kranial (salah satu sendi antara tulang di tengkorak).

Yaroslavl dibina semula setelah mvsnah seperti yang pernah berlaku kepada kota-kota lain dalam sej4rah. Ia merupakan sebuah kota yang kebanyakan binaannya dibuat dari kayu pada zaman di mana manusia bergantung pada kepada api untuk memasak dan memanaskan badan.

Kerajaan kecil yang mentadbir kota itu akan mengambil masa selama 250 tahun ke depan sebagai negara bawahan kepada Golden Horde tetapi tanpa konflik dan kem4tian. Sepupu Batu Khan, Mongke Khan, kembali ke wilayah ini pada tahun 1257, diikuti oleh penyebaran wabak Black De4th pada tahun 1278, lebih banyak lagi ser4ngan Mongol pada tahun 1293 dan 1322, dan gelombang wabak yang lain pada tahun 1364.

KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF

Ser4ngan tent3ra Mongol mempercepatkan perpecahan Kievan Rus ’.  Pada tahun 1223, tent3ra Rus’ menghadapi pasukan penyer4ng Mongol di Sungai Kalka dan dikalahkan dengan sangat teruk. Pada tahun 1240, tent3ra Mongol menj4rah kota Kiev dan kemudian mensasarkan barat dengan menuju Poland dan Hungary.

Pada waktu itu, mereka telah menaklvk sebahagian besar kerajaan Rus’. Secara keseluruhan, pemerintahan Mongol ke atas Kievan Rus’ berlangsung selama kira-kira 200 tahun lebih. Dari setiap kerajaan-kerajaan kecil ini, hanya kerajaan Novgorod yang berjaya melepaskan diri dari penj4jahan Mongol. Kota Kiev kemudian digunakan sebagai titik permulaan untuk ser4ngan Mongol selanjutnya terhadap Poland dan Hungary, Transylvania dan Moldavia.

Kesan pencer0bohan Mongol tidak semuanya sama di seluruh wilayah Kievan Rus ’.  Kota berpusat seperti Kiev tidak pernah pulih dari kemusnagab ser4ngan awal, kerana kota ini hampir mvsnah sepenuhnya dan beberapa penduduk yang tersisa terpaksa membina semula tamadun mereka dari awal. Tempat-tempat yang lain ditinggalkan begitu sahaja.

Imigran-imigran dari Rusia Selatan yang melarikan diri dari Mongol kebanyakannya cenderung menuju arah ke Timur Laut, di mana tanahnya lebih baik dan sungai-sungai lebih kondusif untuk pembangunan komersial. Wilayah inilah yang menjadi inti dari negara Rusia moden pada akhir abad pertengahan. Namun, Novgorod terus maju dan entiti baru, Muscovy, yang kemudiannya akan menjadi Moscow, mulai berkembang di bawah bangsa Mongol.

Putera Alexander Nevsky merayu belas ihsan dari Batu Khan untuk Rusia.

Pemerintah Muscovy, putera Yury, cucu penaklvk Rusia yang terkenal Alexander Nevsky, bahkan dianugerahkan gelaran putera agung Vladimir dari Mongol pada tahun 1328. Dengan ini dia boleh mengutip ufti penghormatan yang diperlukan untuk Khan Tatar dan dengan itu dia mampu memperkuatkan kedudukan Muscovy dan aset kewangannya.

GOLDEN HORDE

Mongol menguasai wilayah-wilayah Kievan Rus dari ibu kota barat di Sarai sekitar Sungai Volga, berhampiran bandar Volgograd moden. Para putera Rusia Selatan dan Timur harus membayar ufti penghormatan kepada pemerintah Mongol, yang biasa disebut sebagai bangsa Tatar, atau kerajaan Golden Horde; tetapi sebagai balasannya mereka menerima ‘penyewa’ yang memberi kuasa kepada mereka untuk bertindak sebagai pesuruhjaya kepada Khan. Secara umumnya, para putera diberikan kebebasan memerintah mengikut kaedah yang mereka kehendaki.

Salah seorang dari mereka, Alexander Nevsky, putera Vladimir, memperoleh status kepahlawanan pada pertengahan abad ke-13 sebagai hasil daripada kemenangan besar melawan Kesatria Teutonic, Sweden dan Lithuania. Oleh kerana wilayah Rusia itu luas dan Mongol cenderung menyer4ng bandar-bandar yang lebih besar dan lebih penting seperti Tiflis dan Vladimir, kesan terhadap seluruh negara secara keseluruhannya adalah minimum. Bagi Gereja Ortodoks dan kebanyakan putera, orang-orang barat dilihat sebagai ancaman yang lebih besar terhadap budaya Rusia berbanding Mongol.

Nevsky memperoleh perlindungan dan bantuan Mongol dalam memerangi pencer0boh dari barat yang berharap mendapat keuntungan dari kesan kejatuhan ekonomi Rusia semenjak pencer0bohan Mongol atau mendapat peluang merebut wilayah. Walaupun begitu, pengganti Nevsky kemudiannya akan mencabar pemerintahan bangsa Mongol.

Bangsa Mongol meninggalkan legasi mereka di kawasan seperti laluan yang pernah menjadi medan tempvr dan perkembangan laluan perdagangan. Di bawah penj4jahan Mongol, Muscovy juga mengembangkan rangkaian sistem pos, banci, sistem fiskal, dan organisasi ketent3raannya. Pengaruh Timur kekal kuat hingga abad ke-18, ketika para penguasa Rusia menyeru usaha untuk ‘membaratkan’ negara mereka. Walaupun begitu, pemerintahan Mongol yang lama telah mengasingkan Rusia dari Eropah.

Perkembangan ini telah didorong oleh perpecahan Timur-Barat sebelumnya pada tahun 1054, ketika wujudnya perpecaham agama di antara persekutuan yang kini dikenali sebagai Gereja Ortodoks Timur dan Gereja Katolik Roman.

Pencer0bohan Mongol mempunyai berbagai jenis akibat untuk Rusia dan Eropah, tidak semuanya negatif. Yang paling teruk bagaimanapun adalah kedatangan dan penyebaran wabak Black De4th (1347-1352), yang dikatakan bermula dari perjalanan orang Mongol dari China. Wabak itu membvnuh lebih separuh daripada populasi Eropah yang ada pada waktu itu yang disebabkan oleh penj4jah dari Asia.

Dalam catatan yang lebih jelas, bangsa Mongol mencipta hubungan virus novel antara Timur dan Barat, namun menjadikan tamadun yang jauh sebagai tempat menarik bagi pelancong seperti Marco Polo. Pahlawan Mongol juga membawa barang-barang seperti kertas, percetakan dan kompas kepada orang Eropah.

TERBENTUKNYA RUSIA YANG BERSATU

Mungkin ianya satu kesilapan jika kita beranggapan bahawa Mongol menyer4ng Rusia sebagai satu negara, kerana negara itu sebenarnya hanya terbentuk sebagai tindak balas terhadap pencer0bohan Mongol itu, ianya demi menentang dan mengakhiri penj4jahan. Peter The Great yang secara rasminya menamatkan bayaran ufti penghormatan bangsa Rus’ kepada Khan Mongol.

Putera Yaroslav II dari Vladimir diracun oleh isteri Güyük Khan. Pada usia 67 tahun, Putera Mikhail dari Chernigov dihvkum m4ti di ibu kota Golden Horde (sebelum Golden Horde menjadi kerajaan Islam) kerana enggan menyembah berhala Mongol. Putera Mikhail dari Tver telah dirobek keluar jantungnya di ibu kota yang sama.

Penduduk Rusia terpaksa membayar ufti penghormatan yang besar, dan para putera Ru’ hanya diizinkan untuk memerintah bangsawan mereka dengan izin Khan dari Golden Horde. Begitulah keadaannya di bawah pemerintahan Mongol, atau, seperti yang disebut di Rusia, Tatar-Mongol Igo (Yoke).

Sukar untuk dipercayai bahawa peristiwa sebegitu rupa berperanan besar dalam pembentukan negara Rusia. Tetapi penentangan terhadap penj4jahan ini yang menyatukan para puteta Rusia itu, sayangnya bukan atas dasar solidariti mahupun persahabatan, tetapi di bawah kuasa kuku mereka yang paling kuat.

Sepanjang penaklvkan Mongol ke atas Rus, bangsa Mongol melalui proses kemajuan baik dalam sisgem ketent3raan mahu pun sistem pemerintahan. Hanya perpaduan yang dapat membantu Rus’ untuk menjatuhkan pemerintahan Mongol. Bagaimana ia begrmula pada asalnya? Apa yang mendorong penj4jahan Mongol?

Semuanya bermula ketika Genghis Khan, pengasas Empayar Mongol, mengirim puteranya, Jochi (1182-1227) untuk menaklvki negeri-negeri yang sekarang dikenali sebagai Siberia, Rusia Tengah, dan Eropah Timur. Tent3ra besar pahlawan Mongol (jelas lebih dari 100,000, jumlah yang sangat besar pada abad ke-13) dengan mudah mengalahkan pasukan putera Rus yang lemah dan dari awal lagi sudah kalah dari segi jumlah kekuatan, apatah lagi, mereka ini adalah entiti yang saling berper4ng sesama sendiri sebelum pencer0bohan.

Pada tahun 1237, tent3ra Mongol yang dipimpin oleh Batu Khan, menyer4ng Rus ’. Mereka membvnuh penduduk, menj4rah dan membakar kota Ryazan, Kolomna, Moscow, Vladimir, Tver dan semua kota-kota utama Kievan Rus’. Pencer0bohan ini berlanjutan hingga 1242 dan merupakan satu hentaman yang dahsyat bagi Rusia. Mereka memerlukan masa hampir 100 tahun untuk pulih sepenuhnya dari kerosakan yang dilakukan tent3ra Mongol.

Begitu juga dengan wilayah dan kota-kota di Selatan seperti Kiev, Chernigov dan Halych. Semuanya dihangusbumikan oleh Mongol. Wilayah-wilayah di Timur Laut, terutamanya Tver, Muscovy, Vladimir, dan Suzdal menjadi kota-kota utama setelah pencer0bohan. Namun, seperti biasa, Mongol bukannya mahu menaklvk seluruh negeri ini sepenuhnya, mereka hanya menerima pengiktirafan sebagai kuasa hegemoni dan dibayar ufti penghormatan yang stabil.

Pada tahun 1243, Yaroslav II dari Vladimir adalah putera Rus pertama yang diberi kuasa untuk memerintah, dia dipanggil menghadap Batu Khan, bersumpah setia kepadanya dan dinobatkan sebagai “knyaz (putera) teragung” untuk seluruh orang Rus.

Upacara sumpah setia kepada orang Mongol sangat mirip dengan upacara penghormatan di Perancis, di mana seorang subjek akan berlutut sebelah kaki di hadapan raja yang duduk di atas singgahsana. Tetapi di ibu kota Horde, Saray, para putera Rusia kebiasaannya terpaksa berjalan menggunakan lutut bermula dari pintu masuk khemah menuju ke singgahsana Khan, secara keseluruhannya, mereka diperlakukan seperti hamba. Walaubagaimanapun, Yaroslav II yang sama akan menerima jarlik (pengisytiharan kuasa secara lisan) yang pertama dan kemudiannya m4ti akibat diracun.

Jarlik Mongol yang bertarikh sekitar tahun 1397.

Jarlik merupakan sejenis pengumuman secara teriakan menggunakan bahasa Mongol kuno, bagi bangsa Rus, ia adalah bahagian penting dari dasar luar orang Mongol dimana mereka telah melindungi gereja-gereja Ortodoks Rusia, tidak pernah merosakkan gereja, dan mereka menjamin keselamatan para paderi dan pendeta. Untuk perlindungan, gereja diwajibkan untuk menyeru taat setia pengikut mereka terhadap pemerintah Mongol.

Ufti penghormatan dikawal dan dikumpulkan pada mulanya oleh golongan baskak, gelaran untuk pengutip cukai Mongol, yang tinggal di kota-kota Rusia dengan kediaman mewah dan disediakan pengawal keselamatan untuk mereka.

Untuk mengumpulkan ufti, pihak Mongol akan melakukan banci penduduk terhadap populasi wilayah yang telah diamankan mereka. Bayaran kemudian akan diserahkan kepada Empayar Mongol, dan setelah tahun 1266, ketika kerajaan Golden Horde terpisah dari Empayar Mongol, bayaran ufti akan diserahkan kepada ibu kota Golden Horde, Saray.

Baskak

Kemudian, setelah berlaku banyak pember0ntakan tempatan dan diikuti dengan kehendak para putera Rusia, wang ufti akan diserahkan kepada para putera sendiri. Jika tidak, mereka menuntut agar rakyat Rus dibiarkan menjalani kehidupan mereka dengan aman.

Mongol tidak pernah mengekalkan keberadaan anggota tent3ra mereka secara tetap, tetapi jika orang Rus’ member0ntak atau menentang pemerintahan mereka, mereka boleh menghantar tent3ra. Namun, khan Mongol yang licik dan maju secara politiknya telah memanipulasi orang Rus’, menghasut kebencian dan mencetuskan per4ng di antara mereka lalu Mongol akan mengawal negara-negara yang lemah dan berpecah belah.  Tidak lama kemudian, para putera mengetahui taktik ini dan mula menerapkannya kembali terhadap orang Mongol.

Selama satu abad, terdapat banyak kempen ketent3raan berlaku di antara orang Mongol dan Rus. Pada tahun 1328, Kerajaan Tver member0ntak melawan Mongol dan membvnuh sepupu Uzbek Khan. Tver diser4ng dan dimvsnahkan oleh Golden Horde hasil bantuan putera Muscovy dan Suzdal. Kenapa?  Bagaimana mereka tergamak menjadi pengkhianat?

Dalam per4ng antara para bangsawan, putera Muscovy memahami bahawa satu pihak harus memimpin dalam penentangan terhadap Mongol, namun hanya dengan cara menundukkan pihak lain agar patuh kepada pemerintahannya. Setelah kem4tian Tver, Ivan I “Kalita” dari Muscovy menjadi putera Rus pertama yang mengutip bayaran ufti penghormatan dari tanah Rus dan bukan lagi menggunakan khidmat baskak –  dia memperoleh keistinewaan ini hasil dari bantuan kepada Mongol untuk membvnuh rakan senegaranya dan pada masa yang sama, musuh tradisinya.

Namun, di sebalik segala ‘pengkhianatan’ ini, mereka telah membantu membawa “perdamaian 40 tahun” yang terkenal di mana Mongol tidak menyer4ng tanah Muscovy (tetapi menj4rah wilayah lain). Sementara itu, Mosuvy menggunakan kekalahan putera lain untuk satu matlamat mereka yang tersendiri.

Pember0ntakan Tver

Bangsa Rus’ juga banyak belajar dari orang Mongol cara-cara menggunakan kontrak bertulis, menggubal undang-undang, menulis peraturan, orang Rus juga belajar menggunakan sistem yams – stesen jalan raya, yang pertama kali dipraktikkan oleh Genghis Khan untuk pelbagai tujuan seperti tempat tinggal untuk pedagang, tempat menyimpan kuda gantian untuk utusan tent3ra, dan sebagainya, ia hampir serupa dengan sistem karavanserai yang dipraktikkan oleh bangsa Turki.

Sistem ini dipasang di tanah Rus’ oleh piham Mongol untuk tujuan kegunaan mereka sendiri tetapi akhirnya mula dipergunakan oleh orang Rus’ untuk kepentingan mereka sendiri iaitu menghubungkan wilayah-wilayah mereka.

Apa yang dipelajari oleh para putera Muscovy dari Mongol yang z4lim adalah “samada kamu nembvnuh musuh kamu atau melumpuhkannya sehingga dia tidak mampu membalas dendam”. Tepat pada waktu perpaduan para putera Rus di Moscuvy, Golden Horde mula jatuh ke dalam krisis politik. Pada tahun 1378, Dmitry dari Moscuvy, yang dikenali sebagai Donskoy (1350-1389) untuk pertama kalinya setelah sekian lama berjaya menghancvrkan salah satu angkatan tent3ra Mongol.

Pada tahun 1380, Dmitry Donskoy, yang sebelumnya berhenti membayar ufti penghormatan kepada Golden Horde, mengalahkan tent3ra Mamay Khan yang berjumlah sekitar 60,000-110,000 orang dalam Pertempvran Kulikovo, ia menjadi satu detik penuh semangat untuk semua negeri di Rusia. Namun, pada tahun 1382, Moscow dimvsnahkan oleh Tokhtamysh, Khan dari salah satu pecahan Golden Horde yang telah berpecah belah.

Dimitry Donskoy

Selama seratus tahun ke depan, Rus’ terus membayar ufti kepada Khan-khan yang berbeza, tetapi pada tahun 1472, Ivan the Great dari Moscow (1440-1505) sekali lagi menolak untuk membayar ufti kepada Mongol. Kali ini, Putera Agung Moscow benar-benar hebat. Ivan dan bapanya, Vasily II the Blind telah menyatukan wilayah-wilayah dan membawa para putera tunduk ke bawah kuasa Moscow.

Ahmed bin Küchük, Khan dari Golden Horde, cuba melancarkan per4ng melawan Ivan, tetapi setelah menghadapi kebuntuan dalam pertempvran di sungai Ugra pada tahun 1480, dia kembali ke wilayahnya. Pertempvran ini menandakan berakhirnya undang-undang dan kawalan Mongol sahaja, tetapi bukan bayaran ufti penghormatan. Rus’ terus mengirim wang dan harta berharga kepada beberapa Khan Mongol hanya untuk mengelakkan konflik dan meneruskan perdamaian. Zaman ini bayaran ufti dikenali sebagai “pominki” (kenangan) dalam bahasa Rusia.

Rusia membayar pominki kepada beberapa dinasti Mongol yang berbeza hingga tahun 1685. Secara rasmi, bayaran itu dihentikan oleh Peter the Great hanya pada tahun 1700, menurut Perjanjian Konstantinopel antara Kekaisaran Rusia dan Empauar Uthmaniyyah. Kekhanan Tatar-Crimea yang diperintah oleh Dinasti Giray, salah satu Khan terakhir pada masa itu, dan juga kerajaan bawahan Empayar Uthmaniyyah, menjadi Khan yang terakhir menerima bayaran ufti dari Rusia. Perjanjian itu mengatakan:

 “… Oleh kerana Negara Moscow telah menjadi negara autonomi dan merdeka – ufti penghormatan yang setiap tahun dibayar kepada Khan terdahulu, tetap dibayar kepada Khan Crimea hingga sekarang, maka oleh itu, selepas ini tidak akan ada lagi bayaran ufti yang akan diberikan dari Yang Mulia Tsar Agung Moscow, mahu pun dari keturunannya …”

Peter The Great

Ironinya, Peter The Great, tsar Moscow yang terakhir merangkap Maharaja Rusia yang pertama, menandatangani perjanjian ini pada tahun 1700, tahun pertama yang bermula di Rusia bukan dari 1 September, seperti Rusia kuno, tetapi dari 1 Januari, sama seperti di Eropah. Semenjak itu, bermulalah era baharu Empayar Rusia yang kemudiannya disusuli dengan peluasan kuasa secara berperingkat samada melalui sistem monarki, komunisme, hinggalah ke era republik persekutuan hari ini.

RUJUKAN:

Cartwright, M. (2019, October 02). The Mongol Inv4sion of Europe. Ancient History Encyclopedia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.