Tahun 2018 merupakan tahun antara yang dinanti-nantikan oleh penulis setakat ini. Bukan kerana apa, tetapi setelah 12 tahun akhirnya filem “The Incredibles 2” keluaran Pixar akan ditayangkan di pawagam. Mengikut berita, telah disahkan bahawa filem itu akan keluar pada Jun 2018. Walaupun masih berbaki lagi 4 bulan, namun penulis sudah 12 tahun menunggu filem ini (excited). Bagi sesiapa yang belum menonton filem yang pertama,AMARAN, SPOILERS AHEAD.

Masih lagi segar dalam ingatan kata-kata penjenayah filem animasi itu, Syndrome yang menjadi pegangan ramai pembikin filem animasi / anime kini :-

Namun pabila difikir kembali kata-kata di atas, keterujaan bertukar kekecewaan. Realitinya dunia yang digambarkan oleh Syndrome sudahpun berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Penulis bukan bicara fasal superpower, tetapi fasal pendidikan. Penulis bukanlah ingin menyalahkan sesiapa tetapi penulis cuma perhatikan budaya ini seolah – olah memiliki corak klasik ‘supervilen’ dalam The Incredibles iaitu plot Syndrome. Jika kita lihat, rancangan Syndrome adalah seperti berikut :-

1. Membunuh semua adiwira yang memiliki kuasa luar biasa

Setiap anak itu memiliki keistimewaan masing-masing. Namun jika tidak dicungkil bakat dan prestasi, keistimewaan mereka akan terkubur. Dunia pendidikan kita kini masing-masing penuh dengan persaingan. Dahulunya ketika Perang Dingin, musuh Amerika Syarikat hanyalah Soviet Union, namun kini musuh US muncul dari pelbagai sudut.

Dari sudut pendidikan, US memusuhi negara-negara kecil seperti Hong Kong, Singapura dan Finland yang memiliki tahap penilaian matematik, sains dan membaca yang tinggi. Maka mereka melaksanakan GERM (Global Education Reform Movement), yang terdiri daripada NCLB (No Child Left Behind) dan RTTT (Race to The Top). Mereka menekankan aspek pendidikan sebagai aspek penting dalam pembangunan negara. Mereka lebih menekankan pendidikan secara teori dan pencapaian merit.

Oleh itu, mereka lebih menekankan ujian piawai sebagai ukuran kejayaan dan untuk mendapat kerja. Pelajar-pelajar ini dimarjinalisasikan dengan budaya ujian piawai ataupun ‘standardized testing’. Pelajar-pelajar sejak dari kecil lagi dinilai pencapaian mereka melalui ujian, sama ada ujian objektif atau subjektif. Ujian-ujian ini bukanlah tidak elok, tetapi ia hanya mengukur memori pelajar hanya pada ketika itu sahaja. Padanlah kebanyakan pelajar akan lupa apa yang dipelajari setelah mereka mengambil peperiksaan. Bagi mereka, siapa yang lulus ujian, itulah yang terbaik.

Maka, ramai pihak mengambil kesempatan memanipulasi pelajar dan juga ibu bapa ‘kiasu’ ini. Jadi bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak dapat ‘perform’ dengan baik dalam ujian? Mereka ketinggalan untuk mencapai kejayaan dan terpaksa berpuas hati dengan kerja yang sedia ada. Anak-anak yang hebat dan berbakat, terpaksa akur dengan permintaan ibu bapa dan sistem pendidikan agar mengetepikan impian mereka kerana dianggap tidak realistik dalam industri pekerjaan. Bukan itu sahaja, jika anak-anak ingin mengikuti kelas mengembangkan bakat mereka, kelas tersebut agak mahal, kerana pasarannya kurang. Hanya yang kaya sahaja yang mampu, maka genius yang miskin, dan anak yang ingin belajar diketepikan.

2. Melakukan kerosakan kepada dunia yang hanya boleh diatasi dengan kuasa super(vilen)

Dahulunya bukan semua sistem pendidikan adalah untuk semua orang. Pada abad 19 dan awal abad 20an, anak-anak yang kurang upaya contohnya, ‘disimpan’ di rumah, tidak diberi pendidikan formal. Namun kini semakin lama sistem pendidikan awam mendapat sambutan yang baik. Tetapi setelah ramai mendapat pendidikan, ditambah pula dengan migrasi warga asing pada abad ke 20, negara susah untuk ‘trackdown’ pekerja-pekerja yang baik yang boleh memberi manfaat kepada negara.

Maka, pelajar-pelajar ini dipecahkan sistem ‘trackdown’ mereka sama ada dari sudut akademik atau vokasional sahaja. Ini menyebabkan ibu bapa menjadi risau kerana takut pelaburan terhadap anak mereka dianggap tidak berfaedah, maka mereka habis-habisan menekankan anak-anak masuk university sebagai matlamat. Anggapan mereka bahawa sistem ujian piawai akan memperbaiki dunia mereka akhirnya memakan diri dan masyarakat. Yang untung, pihak-pihak korporat yang melobi ahli politik. Mereka cuma mahukan pekerja yang murah, mereka tidak pedulikan masa depan anak-anak kita pun.

Walaubagaimanapun apa yang lebih teruk, Jika anak kecil itu minat bermain piano, membaca puisi atau melukis, mereka umpama ikan yang disuruh memanjat pokok kerana jika tidak dapat ijazah yang ‘laku’ di mata majikan apabila dewasa nanti, mereka terpaksa kerja bergaji rendah atau lebih teruk lagi, menganggur. Bahkan kepada mereka yang cemerlang sekalipun, mereka takut untuk ambil risiko. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru, tulis perkataan atau ayat baru ataupun mencabar pendapat guru kerana mereka takut digagalkan jika salah. Jadi, akibatnya mereka takut untuk belajar. Pabila dewasa, tabiat ini akan terus kekal. Masing-masing taku untuk gagal, maka akan teruskan sahaja dengan pendekatan konservaitf, iaitu pendekatan yang dahulunya berjaya. Tidakkah ini akan menjumudkan pemikiran masyarakat?

3. Menjual ‘kuasa’ supernya agar semua orang menjadi super. Maka, tiada lagi super

Di sinilah pihak-pihak korporat dan golongan elit mengambil kesempatan mengaut untung. Pihak – pihak seperti Pearson dan McGraw Hill yang bertanggungjawab mengeluarkan buku latihan, menyediakan ujian dan buku teks mengikut kurikulum melobi ahli politik agar teruskan dengan polisi sebegini. Mereka galak mengeluarkan buku latihan dan menambah kerja sekolah kepada anak-anak. Bukan anak – anak sahaja, guru pun pening dengan kerja mereka. Pesepsi ‘kuasa’ boleh dijual di pasaran dengan harga tertentu, menguntungkan golongan kelas pertengahan dan golongan elit yang boleh beli buku yang banyak. Tetapi akibatnya anak-anaklah yang menanggung kerja sekolah, depresi sehingga ada yang termuntah ketika peperiksaan dan ada yang bunuh diri pabila gagal.

Hasilnya, tiada lagi kanak-kanak ‘super’ yang ibu bapa dahulunya hargai dan sayangi, hanyalah balaci sistem pendidikan yang memberi kuasa kepada golongan tertentu sahaja.
Kita berada dalam dunia di mana “ jika kau tak masuk university / kolej , kau susah nak dapat kerja”. Maka, para ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak mereka ke kolej/universiti. Kalau banyak duit, hantar sahaja ke kolej swasta.

Kalau tidak ada duit, ambil sahaja pinjaman. Anak-anak padahal kebanyakannya terperangkap. Mereka masuk universiti bukan sebetul-betulnnya ingin menuntut ilmu, tetapi untuk mencari kerja. Kesempatan ini pula digunakan oleh pihak yang berautoriti untuk mengaut keuntungan.

Setakat ini sahajalah terlebih dahulu. Penulis yakin ketika tayangan The Incredibles 2 bulan Jun nanti pasti pawagam akan dipenuhi oleh orang dewasa, sama seperti Finding Dory, Moana dan Inside Out. Ibu bapa ambillah peluang untuk tonton kembali filem pertama sebelum tonton filem yang kedua. Fikirkanlah nukilan ini sambil-sambil dan renungkanlah apa yang terbaik untuk anak-anak.

RUJUKAN

Delisle, James R. 2014. Dumbing Down America; The War on Our Nations’ Brightest Minds. Prufock Press Inc.

Zhao, Y & Gerain,B (edited). 2017. Imagining the Future of Global Education; Dreams and Nighmares. Routledge Taylor & Francis Group


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.