P. Ramlee merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dalam sejarah perfileman Melayu.
Watak-watak ikonik seperti Amran (Penarek Becha, 1955), Aduka (Semerah Padi, 1956), Sarjan Hassan (Sergeant Hassan, 1958) dan banyak lagi sentiasa menjadi ingatan sebahagian besar daripada kita sehingga ke hari ini. Watak Kassim Selamat (Ibu Mertua Ku, 1962) misalnya sangat popular sehingga menjadi satu watak mitos moden yang sangat mencengkam jiwa.
Kemuncak jaya P. Ramlee sebagai seorang pelakon adalah ketika beliau memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-4 di Tokyo. P. Ramlee memegang peranan ‘dual role’ menerusi watak Hassan dan Sazali dalam filem Anak Ku Sazali (1956) arahan Phani Majumdar.
Dalam timbunan filem-filem P. Ramlee, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kali beliau muncul di layar perak sebagai dirinya sendiri?
Berikut adalah 5 buah filem di mana P. Ramlee berlakon sebagai P. Ramlee di layar perak.
1️⃣ Labu dan Labi (1962) arahan P. Ramlee
Di dalam filem ini P. Ramlee memegang watak sebagai Labi, seorang driver merangkap pembantu rumah Tuan Haji Bakhil. Beliau juga muncul sebagai dirinya sendiri dalam satu babak nyanyian lagu ‘Bila Larut Malam’ bersama kumpulan Pancha Sitara yang dianggotai oleh Saloma, Ahmad Daud, Kassim Masdor, Ahmad C dan P. Ramlee sendiri. Ketika menonton persembahan itu, Labi berharap agar P. Ramlee lekas mati supaya dia boleh berkahwin dengan Saloma. Kasar betul joke ni.
2️⃣ Love Parade (1963) arahan Doe Ching
Kali ini P. Ramlee dan Saloma diterbangkan khas ke Hong Kong oleh pihak Shaw Brothers untuk menjadi bintang undangan dalam sebuah filem berjudul Love Parade. Mereka berdua telah muncul dalam satu babak ‘fashion show’ dengan menyanyikan sebuah lagu berjudul Bengawan Solo yang sangat popular di kepulauan Melayu ketika itu. P. Ramlee kelihatan segak dengan berbaju Melayu ketika menyanyikan lagu tersebut. Kalau korang perasan, latar belakang pentas semasa persembahan nyanyian P. Ramlee dan Saloma tu ada gambar Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Semangat nasionalis memang tebal waktu ni sebab pembentukan negara Malaysia berlaku dalam tahun filem ini ditayangkan.
3️⃣ Melanchong Ka Tokyo (1964) arahan Ramon A. Estella
P. Ramlee telah diundang sebagai bintang undangan bersama-sama Saloma dan Ahmad Daud di dalam filem ini. Dalam satu babak, P. Ramlee telah mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘Autumn Leaves’ dalam bahasa Melayu. Satu fakta menarik, ‘Autumn Leaves’ pernah dinyanyikan oleh Nat King Cole yang juga merupakan salah seorang penyanyi kegemaran P. Ramlee.
P. Ramlee juga pernah ‘claim’ bahawa dia adalah adik Nat King Cole dalam filem Labu dan Labi. By the way, ini merupakan kali terakhir P. Ramlee muncul dalam filem warna selepas Hang Tuah (1956) dan Love Parade (1963), tapi yang last ni lah satu-satunya yang kita tak dapat tonton sebab filemnya sudah dianggap hilang atau pupus.
4️⃣ Ragam P. Ramlee (1965) arahan P. Ramlee
Kalau sembang pasal P. Ramlee berlakon sebagai P. Ramlee, bagi saya yang ini paling jelas. Dalam babak pembukaan, P. Ramlee telah mengalu-alukan penonton filem Ragam P. Ramlee sambil memberi penerangan tentang filemnya kali ini sesuatu yang berbeza daripada filem-filem arahannya yang lepas.
Untuk segmen muzikal ‘Ramlee dan Saloma’, P. Ramlee dan Saloma telah menyanyikan sebanyak 7 buah lagu di mana salah satunya P. Ramlee muncul sebagai ‘dual role’ menerusi lagu ‘Aduh Sayang’.
Untuk pengetahuan pembaca semua, ‘Ragam P. Ramlee’ ini merupakan satu-satunya filem Melayu yang menggunakan nama pengarahnya sebagai tajuk filem. Sebelum dan selepas tu tak pernah dibuat dek orang. P. Ramlee sorang je yang berani buat setakat ini. Sebelum segmen ‘Ramlee dan Saloma’ tamat, juruacaranya Fazliyaton ada mention: “Semoga kita berjumpa kembali di dalam Ragam P. Ramlee yang kedua”. Tapi sampai ke sudah filem ini tak pernah dibuat sekuelnya.
5️⃣ Dajal Suchi (1965) arahan Dhiresh Gosh
Filem bercorak melodrama ini dilakonkan oleh Sophia Ibrahim, Mahmud June, Ali Rahman dan pelakon kanak-kanak, Abd Ghani Aziz. Dalam satu babak, P. Ramlee telah muncul sebagai dirinya sendiri dengan menyanyikan sebuah lagu berjudul ‘Kisah Mahjong’.
Ini merupakan kali terakhir P. Ramlee berlakon sebagai P. Ramlee. Filem ni boleh dikatakan antara filem keluaran studio Merdeka yang agak baik dari sudut penceritaannya walaupun masih ada rencah filem-filem Hindi.
Watak yang dibawa oleh Sophia Ibrahim dan Mahmud June memang superb tapi filem ni agak underrated walaupun P. Ramlee ada berlakon sebagai bintang undangan. Kalau korang tak pernah tonton, aku sarankan korang pergi tonton selepas baca artikel ni.
RUJUKAN:
• P. Ramlee Erti Yang Sakti. Ahmad Sarji.
• Filem-Filem P. Ramlee. Mustafar A.R. dan Aziz Sattar.
• Kenangan Abadi P. Ramlee. Ramli Ismail.
• Daftar Filem Melayu (1933-1993). Jamil Sulong, Hamzah Hussin & Abdul Malik Mokhtar.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih