Alat telekomunikasi pertama sudah pun wujud sejak 143 tahun lalu, teknologi komunikasi yang dicipta oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876-1877 lalu berevolusi secara berperingkat sesuai dengan peredaran zaman, sehingga ketika dunia sudah mencapai era globalisasi, alat telekomunikasi atau disebut sebagai telefon bimbit atau telefon pintar menjadi barang keperluan secara tak langsung bagi memudahkan urusan rasmi atau tidak rasmi.

Namun begitu, Laporan menyatakan penemuan artifak ‘telefon purba’ 1,200 tahun lalu dijumpai oleh pasukan penyelidik di sebuah wilayah Chan Chan yang terletak di sebelah utara negara Peru.

Seorang Kurator Muzium di National Museum of the American Indian (NMAI), Ramiro Matos beranggapan bahawa penemuan terbaru ini mempunyai keunikan tersendiri, oleh kerana penemuan ‘telefon purba’ ini datang daripada masyarakat kaum asal yang tidak mempunyai bahasa bertulis.

Pakaian tradisi Chimu Elite/Pendeta – Chan Chan, Peru

Bagaimana Telefon Chimi dibuat?

Berbeza dengan konsep alat komunikasi electromagnetic telefon masakini yang memancar dan menerima bunyi (suara dan percakapan) dari jarak jauh tanpa terikat dengan objek tertentu(contoh: tali/benang dsb).

Berlainan dengan artifak telefon purba yang ditemui di Chan Chan, telefon purba ini menyamai konsep ‘lover’s telephone’ yang menggunakan objek seperti tin, cawan kertas dan benang bagi menerima dan memancar suara melalui getaran(vibration) dari benang tersebut.

Walau bagaimana pun, Alat Chimu kuno ini digambarkan sebagai alat yang terdiri daripada dua bahagian atas labu (ya sayur/buah labu) yang diikat dengan tali.

Bahan-bahan pembuatannya pula ialah labu berukuran 3.8inci panjang bersalut dengan damar/getah keras yang bertindak sebagai pemancar dan penerima bunyi/suara,

Sekitar pengkalan labu terdapat objek benang tersembunyi yang diregangkan 22. 8meter dari garisan yang menghubungkan kedua hujungnya diperbuat daripada kapas-benang.

Peranti komunikasi kuno

Misteri Telefon Kuno Yang Berharga

Sejak penemuannya, Artifak ‘misteri’ ini telah mendahului penyelidikan awal mengenai telefon dari tahun 1833, pada sebuah peranti yang tidak menggunakan aliran non-electrical sejak ribuan tahun dahulu.

Peranti Chimu Kuno terlalu rapuh untuk membuat physically test, bagaimanapun penyelidik sudah mendapat gambaran bagaimana ia berfungsi.

Namun begitu, masih menjadi tanda tanya apakah tujuan telefon ini?

Iyalah, Kaum Chimu dikenali sebagai masyarakat yang mengamalkan sistem hierarki. Maka penggunaan alat berharga waktu itu hanya dapat dimiliki oleh golongan kelas tertentu seperti para elitis dan pendeta.

Oleh demikian, ada yang mengaitkan dengan perkara ajaib, mendakwa bahawa alat Chimu ini berkemampuan untuk mendengar segala bunyian di seluruh ruang secara langsung ke telinga — menurut Matos.

Oleh itu, mungkin banyak aplikasi untuk telefon lama ni, fungsinya hampir dengan telefon moden, berkomunikasi antara pembantu dengan pegawai tertinggi, atau golongan elit di bilik masing-masing tanpa perlukan kontak (contactless) secara bersemuka.

Keunikan tentang kaum Chimu ialah mereka sangat mahir dan kreatif. Chimu ni ibarat masyarakat yang memiliki skill ‘kejuruteraan’ mengagumkan, kita dapat mengetahui kebijakan invention mereka melalui sistem pengairan terusan hidraulik selain karya senik dan nilai artifaknya yang terperinci.

Kaum Chimu yang bijaksana dan kreatif ini datang dari Kerajaan Chimor, lebih spesifik ibu kota Chimor terletak di wilayah Chan Chan, Peru(sekarang).

Kini, boleh dikatakan tempat ini(Chan Chan) dipenuhi dengan kesan ekskavasi arkeologi.

Telefon Chimu, dan banyak teknologi kuno yang luar biasa mengingatkan kita bahawa budaya kuno mampu mencipta, idea, yang luar biasa jauh lebih awal sebelum masyarakat moden ‘impikannya.

RUJUKAN:

1,200-Year-Old Telephone, Amazing Invention of the Ancient Chimu Civilization. https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-technology/1200-year-old-telephone-amazing-invention-ancient-chimu-civilization-020490


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.