Apabila bercakap tentang dinosor, mesti orang akan fikir pasal Tyrannosaurus Rex, Spinosaurus Aegypticus dan Velociraptor.

Pengaruh Jurassic World mungkin merancakkan pengaruh pasal Indominus Rex dan Indoraptor yang kedua-duanya fiksyen. Tetapi sebenarnya dunia dinosor jauh lebih meluas berbanding pengaruh populariti semasa.

Kerana zaman dinosor merangkumi suatu garisan masa daripada 65 juta tahun hingga 251.9 juta tahun lalu.

Inilah yang dikatakan tempoh geologi Mesozoik (sekarang ini Cenozoik). Mesozoik terbahagi pula kepada tiga: Triassic, Jurassic dan Cretaceous.

Pecahan masa bagi jenis dinosor.

Senang kata Mesozoik memang “untuk dinosor”. Tetapi ada spesis yang hidup di pecahan Triassic dan sudah pupus semasa Cretaceous, seperti pterosaurus dan aetosauria.

Dan ada saja haiwan yang hidup dalam ketiga-tiga pecahan ini. Memperkenalkan ichthyosaur, seekor haiwan yang sebenarnya merupakan “cicak ikan”.

Banyak jenis dalam satu kumpulan

Pertama sekali, harus difahamkan dulu bahawa ichthyosaur ini bukanlah seekor dinosor. Mereka berkongsi dunia ini bersama dinosor dan kumpulan-kumpulan reptilia laut yang lain seperti plesiosaur dan mosasaur (Berkeley, n.d.). Dalam sains, ada satu perkataan bernama “clade”. 

Gambar di atas menunjukkan kelas saintifik bagi Tyrannosaurus Rex. Kalau tengok clade bagi Tyrannosaur, ada satu perkataan bernama dinosauria. Apa-apa haiwan dikelaskan dibawah clade ini ialah dinosor.

Ichthyosaur mempunyai clade tersendiri, iaitu eoichthyosauria. Tetapi ini tidak menjadi penghalang untuk memahami tentang ichthyosaur. Jujurnya, haiwan ini mempunyai banyak jenis… ada yang merupakan jenis paling besar pernah berenang dalam laut pun.

Lukisan tulang ichthyosaur memang sudah lama ada dalam sejarah penulisan. Sejak tahun 1699 lagi, Edward Lhuyd telah menerbitkan tentang ichthyosaur, disangka beliau sejenis ikan.

Sembilan tahun kemudian, seorang pengkaji bernama Johann Scheuchzer menceritakan tentang dua tulang belakang ichthyosaur.

Dan tulang rahang (bersertakan gigi) ichthyosaur ditemui di Weston, England pada tahun 1766, yang ditayangkan 17 tahun kemudian – disangka sejenis buaya.

Sangkaan salah kian berulang selama berzaman. Pada tahun 1804, Edward Donovan menemui fosil ichthyosaur yang disangka biawak gergasi. Sepanjang abad ke-19 ini, banyak fosil ichthyosaur ditemui.

Keluarga Anning yang masyhur dengan kerja paleontologi menemui tengkorak dan tulang dada ichthyosaur yang lengkap pada tahun 1812. Tetapi ibu mereka, Molly Anning, menjual kedua-duanya pada Henry Henley dengan harga £23 (£1,648.04 nilai 2019).

Semakin lama ilmu pengetahuan mengenai ichthyosaur bertambahan. Dan ia bukan lagi diklasifikasikan sebagai biawak, buaya atau cicak.

Kerana ia merupakan dinosor, sekalipun reptilia tetapi tetap berlainan dengan haiwan hari ini. Penyelidikan mengenai ichthyosaur berkembang pesat daripada fosil ke habitat dan asal-usul pula.

Ichthyosaur memang banyak terdapat di Eropah. Perairan daripada United Kingdom ke Jerman sememangnya habitat mereka. Sekitar 180 juta tahun dulu, seekor Stenoterygius pergi buat selamanya dan karam di dasar laut.

Perbandingan stenoterygius dengan manusia.

Keadaan di dasar laut ini seolah-olah mengawetkan jasadnya, sampai saintis menemuinya sekali dengan kulit beralun-alun dan lemak tepu lagi (Greshko, 2018).

Ini digunakan saintis sebagai petunjuk untuk mengenalpasti pigmentasi dan kimia haiwan tersebut. Malah jasad tersebut juga mengandungi protin asal haiwan ini, suatu rezeki paleontologi sekarang ini.

Siri penemuan sebegini memberikan gambaran meluas tentang saiz. Seekor ichthyosaur boleh mencapai saiz 85 kaki panjang, hampir-hampir sebesar paus biru pun. Tetapi faktor spesis memainkan peranan dalam penentuan saiz.

Ada spesis yang segan dalam 6.6 hingga 13.1 kaki sahaja. Shinosaurus popularis boleh membesar sampai 49 kaki panjang. Dan Shastasaurus sikanniensis pula ditemui mempunyai panjang 69 kaki. Jadi semua mengikut jenis spesis ditemui.

Walaupun kelihatan seperti ikan, ichthyosaur sebenarnya bukan. Giginya tersusun dalam bentuk kon yang sesuai untuk makan apa saja. Ia bukan sekadar pem4ngs4 di laut. Saintis meletakkan nama “mega-pem4ngs4” kerana ichthyosaur sangat mampu menelan pem4ngs4 lain.

Sekitar 240 juta tahu dulu, seekor ichthyosaur 16 kaki telah menelan thalatosaur yang bersaiz 13 kaki. Ichthyosaur tersebut m4t1 tidak lama kemudian – dan saintis menemui jasadnya yang masih mengandungi fosil thalatosaur dalam perutnya (Bittel, 2020).

Thalatosaur yang ditelan ichthyosaur.

Bayangkanlah jurang tiga kaki sahaja – tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk ichthyosaur tersebut.

Apa yang paling menarik ialah – fosil kedua-dua haiwan ini ditemui di China dimana titik sempadan antara Hunnan, Guangxi dan Guizhou bertemu.

Sama ada kawasan ini merupakan laut ratusan juta tahun dulu – ataupun ichthyosaur mampu menggunakan lengannya untuk berjalan (Quenqua, 2014).

RUJUKAN:

Berkeley. (n.d.). Introduction to the Ichthyosauria.

Bittel, J. (2020, Ogos 20). 13-foot marine (ditapiskan) found inside another’s belly in shocking fossil ‘turducken’. National Geographic.

Greshko, M. (2018, Disember 5). Incredible ‘sea monster’ fossil still has skin and blubber. National Geographic.

Quenqua, D. (2014, November 6). Signs of the Evolutionary Step From Land to Sea. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.