Sebut saja Mjolnir, ramai membayangkan tukul kesayangan Thor sebagai s3nj4ta pilihannya dari Thor (2011) hinggalah Thor: Ragnarok (2017). Dalam mitologi Norse, ia menjadi s3nj4ta yang digunakannya untuk melindungi Asgard dari semua musuh mereka termasuk golongan gergasi Jotunheim yang mahu menghapuskan AEsir (dewa-dewi Norse).

Dari segi bahasa, Mjolnir bermaksud kilat dalam Bahasa Norse Lama. Dan ia amat bersesuaian dengan Thor atau Kilat dalam Bahasa Proto-Jerman kerana mengikut mitologi Norse, Thor bertanggungjawab mencetuskan ribut petir dan kilat yang saling menyabung itu dikatakan merujuk kepada bunyi tukulnya itu.

Walaupun etimologi asal Mjolnir tidak diketahui, nama tersebut banyak dikesan dalam banyak Bahasa Indo-Eropah seperti mlunji (Bahasa Slavik Lama), molnija (Bahasa Rusia) dan mellt (Bahasa Wales). Kesemua terma ini membawa maksud yang sama iaitu kilat.

Thor selalunya menggunakan Mjolnir sebagai alat merestui perkahwinan, kelahiran anak dan pengebumian. Dan dalam konteks komuniti, orang-orang Norse memuja tukul ini dan mengadakan upacara dengan mengetuk beberapa objek dengan Mjolnir agar ia boleh berbunyi semula seperti kilat. Menurut sejarawan Saxo Grammaticus, upacara sebegini dibuat bagi membolehkan sesebuah kampung diberkati dan dilindungi oleh dewa-dewi Norse daripada sebarang malapetaka.

Dalam tiga fungsi yang dinyatakan, fungsi Mjolnir sebagai alat merestui perkahwinan merupakan yang paling terkenal dalam banyak kisah mitos Norse. Misalnya dalam satu kisah Poetic Edda (Þrymskviða), pada satu ketika, tukul Thor dicuri oleh seorang gergasi dan dibawa lari ke Jotunheim. Berang dengan insiden tersebut, Thor menjejakkan kaki ke negeri mereka dengan menyamar sebagai pengantin perempuan salah seorang gergasi.

Thor tahu seperti dalam majlis perkahwinan lain, Mjolnir sudah pasti akan digunakan dalam majlis perkahwinan jotun (nama lain untuk gergasi dalam Bahasa Norse). Sebaik saja Mjolnir berada di tangannya, dia segera mengambilnya dan mengetuk semua hadirin sebelum kembali ke Asgard.

Idea Dewa Kilat ini sebagai figura yang merestui perkahwinan dapat dilihat pada imej sebuah pasangan yang diberi restu oleh seorang individu yang lebih besar dengan tukulnya pada sebuah ukiran batu Zaman Gangsa. Bagi sejarawan E.O.G. Turville-Petre, restu sebegini sebenarnya sebahagian daripada cara memberi kesuburan kepada mempelai, satu tindakan logik memandangkan Thor ada kaitan dengan pertanian dan kesuburan tanaman.

Mjolnir juga mempunyai maksud lebih luas dari segi falsafah orang Norse itu sendiri. Mjolnir dianggap sebagai simbol kekuasaan Thor melawan kekacauan yang dicetuskan Jotunheim dan pelindung AEsir serta kemanusiaan. Dan bila ia digunakan dalam pelbagai upacara, tindakan Thor mempunyai kepentingan yang cukup kuat dari segi psikologi dan keagamaan.

Jadi, bagaimana tukul Thor ini wujud? Kisah ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Prosa Edda (Skáldskaparmál). Pada satu ketika, Loki sengaja mengusik isteri Thor, Sif dengan memotong rambut panjangnya berwarna emas. Apabila perkara tersebut diketahui Dewa Kilat itu, Thor mengugut akan mematahkan setiap tulang saudaranya itu sekiranya dia tidak mahu menebus apa yang dilakukannya itu.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa amukan Thor, Loki mengembara ke Svartalfheim dan meminta dua anak kepada orang kerdil bernama Ivaldi untuk menghasilkan sebuah rambut palsu emas khas untuk Sif. Dua bersaudara itu bukan saja berjaya berbuat demikian, malah berjaya menghasilkan kapal Skidbladnir dan l3mb1ng Gungnir (l3mb1ng yang paling merb4h4ya)

Tetapi seperti dijangka, perangai tipikal Dewa Penipuan itu timbul. Tidak lama selepas itu, dia menghampiri dua bersaudara bernama Brokkr dan Sindri lalu mengejek mereka tidak boleh menghasilkan barang berkualiti setanding seperti yang dibuat Ivaldi bersaudara. Malah, Loki sanggup mempertaruhkan kepalanya sekiranya mereka berjaya. Lantas, kedua-duanya bersetuju menyahut cabaran Loki itu.

Untuk memastikan mereka tidak berjaya, Dewa Penipu itu menyamar sebagai seekor lalat dan meny3ng4t tangan Sindri. Begitupun, itu tidak menghalangnya daripada menghasilkan Gullinbursti (khinzir berambut emas dan berlari lebih laju daripada kuda).

Loki kemudiannya meny3ng4t leher Brokkr semasa dia sibuk menguruskan api tempat tempaan tetapi itu tidak menghalang Sindri menghasilkan cincin istimewa bernama Draupnir (berupaya menghasilkan lapan lagi cincin baru pada malam kesembilan).

Akhir sekali, kedua-duanya berkeinginan menghasilkan sebuah tukul yang hebat kualitinya. Malangnya, Loki terus mengganggu dua bersaudara itu dengan kali ini menyengat kelopak mata Brokkr sekaligus menyebabkan penglihatannya terjejas dan melambatkan kerjanya menempa tukul tersebut.

Rajah 1: Lukisan Brokkr dan Sindri berjaya menghasilkan Mjolnir oleh Elmer Boyd Smith.

Tetapi pada akhirnya, dua bersaudara itu berjaya menghasilkan Mjolnir yang boleh dibaling dan sentiasa mengenai sasaran. Bagaimanapun, Sindri mengeluh kualiti tukul tersebut hampir terjejas disebabkan oleh satu kelemahan ketara: pemegang yang pendek. Tetapi dengan kualiti barang yang dihasilkan, mereka tahu Loki harus membayar pertaruhan yang dibuatnya dengan mereka.

Loki sempat tiba di Asgard sebelum Brokkr dan Sindri lalu menyerahkan semua barangan berkualiti yang dibuat di Svartalfheim. Untuk Thor, dia menyerahkan tukul Mjolnir dan rambut palsu emas khas untuk Sif. Manakala untuk AEsir lain, Odin mendapat cincin Draupnir dan l3mb1ng Gungnir. Sementara Freyr pula gembira mendapat Skidbladnir dan Gullinbursti.

Di sebalik kegembiraan mereka, Thor tahu Loki masih berhutang orang-orang Svartalfheim kepalanya untuk semua tugas mereka. Bila kedua-duanya cuba membvnvhnya, dia memberi alasan mereka berhutangkan kepalanya, bukan lehernya. Mendengar jawapan itu dan menghilangkan pening kepala yang dicetuskan Dewa Penipuan itu, Brokkr dan Sindri menjahit mulut Loki sebelum berangkat pulang ke Svartalfheim.

Rajah 2: Azimat berbentuk tukul yang dijumpai di Fitjar, Hordaland, Norway.

Satu perkara menarik yang dijumpai dalam kebanyakan artifak Era Viking ialah penemuan azimat berbentuk tukul, kadang-kadang bersama azimat berbentuk salib. Tidak diketahui sama ada azimat sebegini dipakai sebelum Era Viking atau tidak tetapi peranannya sama atau berlawanan dengan azimat salib. Tidak mustahil individu sebegini memakai azimat tukul kerana mahukan semua kelebihan Mjolnir iaitu perlindungan, restu dan pengabdian.

Satu teori menarik ialah kewujudan secara bersama elemen paganisme dan Kristian di Scandinavia walaupun kedua-duanya mempunyai hubungan yang rumit dan wujud pada era berbeza. Tidak mustahil wujud individu yang menggabungkan amalan kedua-dua fahaman, kadang-kadang secara serentak tanpa sedikit pun menyinggung perasaan sesiapa.

Bukti perkara ini banyak didapati di mana-mana. Di kota perdagangan Hedeby, pasukan arkeologi menemui kubur seorang wanita yang dihias dengan seutas rantai salib tetapi kerandanya dihias dengan motif tukul yang sinonim dengan Mjolnir dan Thor. Sementara sesetengah penghuni kubur di Pollista, Sweden ditemui bersemadi bersama kedua-dua rantai salib dan tukul.

Siapa sangka, Mjolnir yang menjadi sumber komedi Marvel Cinematic Universe (MCU) terutama dalam Avengers: Age of Ultron rupa-rupanya menjadi pujaan ramai orang Norse pada masa lampau. Pada mereka, Mjolnir mewakili ketaatan mereka kepada dewa-dewi Norse bersesuaian dengan statusnya sebagai pelindung AEsir dan kemanusiaan.

RUJUKAN:

McCoy, Daniel. THOR’S HAMMER. Norse Mythology for Smart People. https://norse-mythology.org/symbols/thors-hammer/

McCoy, Daniel. THE CREATION OF THOR’S HAMMER. Norse Mythology for Smart People. https://norse-mythology.org/tales/loki-and-the-dwarves/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.