Dalam setiap pep3r4ngan, ada saja s3nj4ta pelik yang digunakan sama ada untuk mengh4pvskan musuh atau melemahkan moral mereka. Dalam kes ini, penyembur api menjadi pilihan dalam beberapa teater pep3r4ngan moden dari P3r4ng Dunia Pertama (WWI) hinggalah P3r4ng Vietnam. Jadi, bagaimana penyembur sebegini menjadi s3nj4ta yang digeruni di medan t3mpvr?
Sejak permulaan tamadun manusia, api bukan sekadar digunakan untuk memasak dan memanaskan badan. Malah, ia juga digunakan sebagai alat mempertahankan diri sama ada daripada binatang bvas atau manusia lain yang berniat jahat. Begitupun, api amat sukar dikawal lebih-lebih lagi sekiranya ia marak sekaligus menjadikannya tidak berguna di medan t3mpvr.
Cubaan manusia menukar api sebagai s3nj4ta efektif terbukti dalam sejarah menerusi pengenalan Api Yunani yang digunakan oleh Empayar Rom Timur atau Byzantine. Mana-mana kuasa besar yang berhajatkan Constantinople ketika itu harus berdepan dengan s3nj4ta ini jika mahu menakluknya. Tetapi dalam kebanyakan masa, Api Yunani sentiasa mengecewakan mana-mana kerajaan termasuk kerajaan Bani Umayyah.
Resepi pembuatannya tidak pernah diketahui sehingga hari ini dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan para pengkaji. Antara komponen bahan yang dicadangkan ialah potasium nitrat, sulfur, nafta, resin, kapur tohor dan bahan l3tvpan. Yang pasti, proses pembuatannya amat renyah dan merb4haya kerana berpotensi mencetuskan keb4k4ran.
Api Yunani digunakan bukan saja dalam bentuk semburan api tetapi dalam bentuk objek yang dibaling terhadap pihak mvsuh. Ini sekaligus menjadikan versi mudah api ini sebagai versi terawal b0m tangan moden. S3nj4ta ini dikatakan dihasilkan pada abad ketujuh Masihi dan membantu pihak Rom Timur menepis semua s3r4ngan mvsuh termasuk kerajaan Bani Umayyah. Malah, ia dianggap sebagai salah satu rahsia negara yang tidak boleh ditukar atau dibeli.
Kerajaan Bani Umayyah melancarkan ekspedisi penaklukan Constantinople sebanyak dua kali iaitu semasa era Muawiyah bin Abi Sufian r.a dan Sulaiman bin Abdul Malik. Namun begitu, kedua-dua operasi berakhir dengan kegagalan gara-gara Api Yunani. Dalam kes Sulaiman, operasi tersebut memakan kos yang besar dan mengakibatkan kerajaan menanggung hutang yang besar.
Oleh sebab itulah, selepas kemangkatan Sulaiman, Umar bin Abdul Aziz memberi fokus kepada pembinaan semula kedudukan fiskal kewangan negara dan memutuskan untuk menghentikan sebarang rancangan meny3r4ng Constantinople. Akibat operasi ini juga, ia secara tidak langsung membuka jalan kepada kemunculan pengganti Bani Umayyah iaitu Bani Abbasiyyah. Begitu besarnya impak Api Yunani sehingga berupaya menggoncang takhta negara!
Tetapi anehnya, Api Yunani tiba-tiba lenyap dari medan t3mpvr pada abad ke-13 tanpa sebarang sebab. Bagi ramai pengkaji, mereka boleh menelah sebabnya ialah Penjarahan Constantinople pada tahun 1204. Penjarahan ini tercetus apabila Maharaja Alexios IV yang pro-t3nt3ra Salib digulingkan dan dihukum m4t1 serta keengganan mereka berunding dengan pengganti baginda, Alexios V Doukas.
Penjarahan ini bukan saja mengakibatkan banyak aset dan artifak berharga hilang atau dimvsnahkan. Malah, ramai orang awam terbvnvh termasuk 2,000 orang Yunani. Memandangkan ia dikelaskan sebagai rahsia negara, resepi Api Yunani tidak boleh diserahkan kepada sesiapa sekaligus menyaksikan rahsia api ini dibawa ke negeri cacing bersama. Ketiadaan Api Yunani turut membuka jalan kepada kejatuhan Constantinople kepada angkatan Mehmed I pada Mei 1453.
Walaupun Api Yunani pupus bersama para pembuatnya, idea api terkawal sentiasa menarik perhatian manusia termasuk pada era moden. Bertahun-tahun sebelum WWI, saintis Jerman Richard Fiedler memperkenalkan konsep Flammenwerfer di mana api boleh disembur dan dibawa oleh seorang t3nt3ra. Jika digunakan, Flammerwerfer berupaya menyembur minyak berapi sejauh 20 kaki.
Dan parit-parit Medan Barat menjadi saksi kepada penggunaan s3nj4ta baru ini. Dua versi iaitu versi padat (berkemungkinan versi yang boleh dibawa) dan versi besar (jarak semburan lebih jauh) digunakan di Verdun terhadap t3nt3ra Perancis pada awal tahun 1915. Ini disusuli penggunaan Flammenwerfer ke atas t3nt3ra British pada musim panas 1915 sekaligus menyakinkan kepimpinan Jerman menggunakannya untuk baki tempoh pep3r4ngan.
Selepas WWI, Britain dan Amerika Syarikat mula membangunkan penyembur api yang menggunakan napalm sebagai bahan b4k4rnya. Napalm digunakan kerana ia berupaya meningkatkan kehangatan api semasa ia disembur. S3nj4ta ini digunakan dengan efektif oleh t3nt3ra AS semasa P3r4ng Dunia Kedua (WWII) terutama di Teater Pasifik terhadap bunker-bunker dan gua-gua yang digunakan t3nt3ra Jepun sebagai tempat persembunyian.
Di sebalik imejnya yang menggerunkan pihak lawan, penyembur api moden tidak terlepas daripada mempunyai kelemahan. Pertama, ia amat berat untuk dibawa sekaligus mengehadkan pergerakan mana-mana t3nt3ra yang membawanya dan menjadi sasaran mudah pihak mvsuh. Jika dit3mb4k, ia boleh mengakibatkan mana-mana individu yang terkena gas s3nj4ta ini terb4k4r.
Kedua, ia hanya boleh digunakan untuk tempoh masa yang sedikit atau lebih tepat 20 hingga 30 saat. Selepas ia habis digunakan, ia dianggap liabiliti kerana si pengguna harus membawanya walaupun ia tidak lagi digunakan.
Semasa P3r4ng Vietnam, ia menjadi mimpi ngeri t3nt3ra Vietcong kerana boleh menjatuhkan moral mereka dan memvsnahkan semua bentuk halangan yang sukar ditempuh. Malangnya bagi pihak AS, ada satu perkara yang menyebabkan penggunaan s3nj4ta ini dilarang di Vietnam iaitu Napalm Girl.
Napalm Girl merujuk kepada imej seorang kanak-kanak perempuan Vietnam berusia sembilan tahun berlari menyelamatkan diri dalam keadaan tanpa seurat benang selepas kawasan perkampungannya dis3r4ng oleh unit penyembur api t3nt3ra AS. Imej ikonik yang diambil oleh Nick Ut untuk Associated Press itu kemudiannya diiktiraf menerusi anugerah Hadiah Pulitzer 1972.
Sejak kontroversi tersebut, Jabatan Pertahanan AS mengeluarkan arahan menghentikan penggunaan alat tersebut di medan t3mpvr pada tahun 1978. Begitupun, ia sebenarnya tidak pernah diharamkan mengikut konvensyen undang-undang antarabangsa tetapi penggunaannya dilarang mengikut Protokol III Konvensyen S3nj4ta Konvensional Tertentu PBB.
Di AS, pemilikan penyembur api secara persendirian tidak dilarang mengikut undang-undang persekutuan dan dibenarkan di 48 negeri kecuali di Maryland dan California. Sementara di Britain pula, mana-mana individu yang memiliki penyembur api merupakan satu kesalahan di bawah Akta S3nj4ta Api 1968 dan boleh dihukum p3nj4ra selama 10 tahun.
Begitupun, semua ini tidak menghalang sektor swasta daripada menjual s3nj4ta ini di pasaran termasuk CEO Tesla Inc, Elon Musk. Menerusi syarikatnya The Boring Company, Musk menghasilkan dan menjual penyembur api di pasaran dengan 20,000 unit berjaya dijual.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih