‘Centi’ adalah salah satu ukuran yang digunapakai di dalam sistem metrik, sebaris dengan ukuran ‘nano’, ‘mili’, ‘deci’, ‘kilo’ dan lain-lain. Secara asasnya, ‘centi’ bersamaan dengan tiga digit ataupun ‘100’.
Atas faktor itu, sekumpulan kecil jutawan yang bertaraf ‘billionaire’ telah digelar sebagai ‘centibillionaire’ apabila harta kekayaan mereka mencapai paras $100 Bilion USD, yang mana jumlah tersebut mengandungi 11 digit angka ‘0’ selepas angka ‘1’ dipangkalnya, iaitu 1 0 0 , 0 0 0 , 0 0 0 , 0 0 0.
Setakat 15 November 2020, Jeff Bezos adalah di antara empat orang ‘centibillionaire’ yang ada dalam dunia ini, dengan jumlah kekayaan sebanyak $184 Bilion, diikuti Bill Gates ($128 Bilion), Mark Zuckerberg ($105 Bilion) dan Elon R Musk ($102 Bilion) menurut Bloomberg Billionaires Index (BBI).
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan jika kita bandingkan senarai BBI dengan senarai ‘The Real-Time Billionaire’ terbitan majalah Forbes, yang mana Forbes menyatakan jumlah kekayaan Elon Musk hanya lah sebanyak $90.8 Bilion.
Manakala, Forbes turut menyenaraikan jutawan dari Perancis, iaitu Bernard Arnault dan keluarganya sebagai ‘centibillionaire’ dengan jumlah kekayaan terkumpul sebanyak $133.8 Bilion.
Pada hemat saya, kedua-dua senarai ini adalah sumber yang boleh dipercayai. Oleh hal yang demikian, boleh kita simpulkan di sini bahawasanya terdapat 5 orang ‘centibillionaire’ setakat hari ini.
Menurut laporan Billionaires Insights Report 2020, jumlah keseluruhan ‘billionaire’ yang ada di seluruh dunia adalah seramai 2189 orang setakat bulan Julai 2020. Angka ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun 2019 (2153 orang) dan sedikit penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2018 (2208 orang).
Secara kumulatifnya, jumlah kekayaan terkumpul kesemua 2189 orang ‘billionaires’ adalah sebanyak $10.2 Trilion USD, berbanding $8.7 Trilion pada tahun 2019 dan $9.1 Trilion pada tahun 2018.
Sebagai info, jika kita agihkan $10.2 Trilion itu kepada seluruh penduduk bumi yang terdiri daripada 7.8 Bilion orang, kita akan dapat bayaran sebanyak $1307.68 USD atau RM5387.69 secara ‘one-off’.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah ‘billionaire’ tertinggi dengan rekod seramai 636 orang, diikuti China (415), Jerman (107), India (114), Russia (99), Hong Kong (65), Taiwan (40) dan Australia (39) sepertimana yang dilaporkan oleh Swiss Bank UBS. Manakala, Malaysia pula memiliki 15 orang jutawan berstatus ‘billionaire’.
Jika diukur mengikut benua (regional), benua Asia Pasifik memiliki jumlah ‘billionaire’ paling ramai iaitu 831 orang dengan jumlah kekayaan terkumpul mencecah sehingga $3.3 Trilion USD.
Angka tersebut mewakili 38% daripada jumlah keseluruhan ‘billionaire’, berbanding benua Amerika dengan jumlah seramai 762 orang (35%) dan 596 orang dari Benua Eropah, Timur Tengah & Afrika (27%).
Dari segi individu pula, setakat bulan September 2020, Mukesh Ambani telah dinobatkan sebagai individu terkaya benua Asia Pasifik, dengan jumlah harta sebanyak $85.2 Bilion USD, diikuti Zhong Shanshan ($58.7 Bilion), Jack Ma ($56.7 Bilion), Ma Huateng ($51.7 Bilion) dan Li-Ka Shing ($32.3 Bilion) menurut portal businessinsider.com.
Di samping itu, jutawan Malaysia seperti Tan Sri Robert Kwok berada di tangga ke-176 dunia dengan nilai kekayaan berjumlah $11.3 Bilion USD atau RM46.5 Bilion dan Tan Sri Ananda Krishnan pula di kedudukan ke-436 dengan rekod $5.5 Bilion (RM22.6 Bilion) menurut Forbes.
Dalam perkembangan lain, tidak ada sebarang data yang komprehensif berkaitan dengan jumlah ‘billionaire’ dari kalangan umat Islam di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, jika dilihat pada statistik terkini, umat Islam paling kaya di dunia adalah Sultan Hassanal Bolkiah dengan kekayaan berjumlah $28 Bilion USD.
Diikuti jutawan Russia, Suleiman Kerimov ($21 Bilion), Putera Al-Waleed bin Talal ($18.7 Bilion), Raja Salman bin Abdul Aziz dari Arab Saudi ($18 Bilion), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dari Abu Dhabi ($18 Bilion), dan Sheikh Mohamad bin Rashid dari Dubai ($14 Bilion).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih