Pada artikel yang lepas, penulis ada berkongsi mengenai RMS Carpathia yang berjaya menyelamatkan penumpang Titanic lalu menuju ke New York. Tapi sebenarnya, ada sebuah kapal yang betul-betul berdekatan dengan lokasi Titanic, iaitu lebih kurang 20 batu sahaja dari lokasi kejadian Titanic. Mengapa kapal yang lebih dekat ini gagal menghantar bantuan ke Titanic?

Sebelum itu, kita kenali dahulu mengenai kapal ini. SS Californian merupakan sebuah kapal penumpang British yang dibina untuk Syarikat Perkapalan Leyland. Kapal ini dibina di Dundee, Scotland oleh  Caledon Shipbuilding & Engineering Company. Semasa di dalam tempoh pembinaan, Californian merupakan kapal yang terbesar dibina di Dundee pada ketika itu.

pelan kapal SS Californian

Kapal ini dibina untuk membawa produk kapas dari United Kingdom ke Amerika Syarikat. Di samping itu, kapal ini juga dibina untuk membawa 47 penumpang dan 55 anak kapal. Kapal ini memulakan pelayaran sulungnya dari Dundee menuju New Orleans, Lousiana pada 31 Januari 1902. Menjelang akhir 1911 dan awal 1912, kemudahan radio ditempatkan di kapal ini.

Ketika peristiwa Titanic, Californian pada ketika itu di dalam perjalanan menuju ke Boston dari Liverpool dan tidak membawa seorang pun penumpang. Pada ketika itu, kapten Stanley Lord dilantik sebagai kapten kapal sejak 27 Mac 1911.

Pada 6.30 petang 14 April waktu kapal, operator radio Californian, Cyril Evans menghantar am4r4n aisberg kepada kapal yang berdekatan, iaitu, Antillian. Operator radio Titanic, Harold Bride juga turut mendapat mesej tersebut lalu disampaikan kepada kapten kapal.

Pada jam 10.20 malam waktu kapal, Californian berhenti di tengah lautan Atlantik kerana tersangkut dek aisberg yang terlalu banyak di hadapan mereka. Ketika di ruang pengemudi, Kapten Lord melihat sebuah cahaya yang bergerak menghala ke Selatan.

Kapten Lord bersama kru Californian

Kapten Lord kemudian dimaklumkan bahawa hanya Titanic sahaja yang berdekatan pada ketika itu. Lord kemudian mengarahkan agar operator radio menghantar amaran ke seluruh kapal tentang keadaan laut yang berais pada ketika itu.

Di Titanic, operator bertugas pada ketika itu, Jack Phillips sedang menghantar mesej penumpang ke Cape Race. Ketika Phillip mendapat mesej dari Cyril Evans, beliau memarahi Evans kerana menganggunya bekerja. Mesej itu kemudian tidak diendahkan oleh Phillips.Evans yang tamat tugas pada malam itu, menutup radionya lalu bersiap untuk tidur.

Pada jam 11.10 malam waktu kapal, Pegawai Ketiga Groves terlihat sebuah lampu yang terang dari sebuah kapal besar kira-kira 10 hingga 12 batu dari lokasi Californian. Groves cuba memberi isyarat dengan menggunakan lampu Morse, tetapi tiada sebarang balasan dari kapal tersebut.

Pada jam 1140 malam, kru Californian sekali lagi ternampak sebuah cahaya tetapi tidak bergerak. Pada jam ini jugalah Titanic berhenti bergerak setelah berlanggar dengan aisberg.

kedudukan Californian dan Titanic

Selepas tengah malam, Pegawai Kedua Stones cuba sekali lagi memberi isyarat menggunakan lampu Morse, tetapi gagal mendapat sebarang balasan. Para jam 340 pagi, kru Californian terlihat sebuah r0k3t kecemasan dilancarkan, namun tidak mengetahui kapal apakah itu. R0k3t kecemasan itu sebenarnya dilancarkan oleh RMS Carpathia yang sedang dalam perjalanan mengambil penumpang Titanic yang terselamat.

Pada jam 430 pagi, kapten Lord bangkit dari tidurnya dan menanyakan kepada pegawai yang bertugas mengenai kapal yang berdekatan dengan mereka pada malam sebelumnya. Tidak lama kemudian, kapten Lord dimaklumkan oleh Frankfurt  bahawa Titanic telah tenggelam.

Pada jam 6 pagi, SS Californian menukar haluan ke timur setelah dimaklumkan oleh Mount Temple yang RMS Carpathia menghala ke barat. Pada jam 830 pagi, setelah Carpathia menyelamatkan penumpang terakhir Titanic, akhirnya Californian tiba di lokasi Carpathia.

Setelah berhubung dengan Carpathia, Californian meneruskan operasi untuk mencari m4ngs4 yang tersselamat. Namun, mereka hanya menjumpai bot-bot keselamatan yang ditinggalkan dan m4y4t yang membeku. Californian kemudian meneruskan perjalanan ke Amerika.

Apabila Californian tiba di Boston pada 19 April 1912, siasatan ke atas insiden Titanic mula dijalankan di New York. Pada ketika itu, mereka tidak mengetahui bahawa Californian merupakan kapal yang paling hampir dengan Titanic.

Namun, keesokkan harinya, sebuah akhbar tempatan yang berpusat di New England,  The Clinton Daily Item,  melaporkan bahawa Californian tidak memberikan bantuan kepada Titanic. Akhbar itu mendapat liputan meluas ke seluruh pelusuk pantai barat Amerika.

keratan akhabr mengenai Californian buat kali pertama.

Pada 23 April 1912 Dewan Senat Amerika mengeluarkan subpina kepada kru Californian untuk mendapatkan testimoni mereka mengenai kejadian Titanic. Kerajaan British juga turut mengarahkan kru Californian untuk berbuat sedemikian. Keputusan kedua-kedua siasatan ialah Californian tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan diambil.

Selepas peristiwa Titanic, Californian terus melakukan pelayaran biasa sehinggalah p3r4ng tercetus. Pada 9 November 195, Californian telah dit3mb4k oleh sebuah kapal selam ketika dalam perjalanan dari Salonika menuju Marseilles.

Ketika ditunda oleh sebuah kapal penunda Perancis, Californian sekali lagi dit0rp3d0 oleh kapal selam tersebut lalu tenggelam berhampiran kira kira 60 batu dari Tanjung Matapan, Greece. Lokasi Californian ini berdekatan dengan lokasi tenggelamnya “adik” Titanic, iaitu HMHS Brittanic yang tenggelam di Perairan Kea pada 1916.

B4ngk4i kapal Californian masih gagal dijumpai hingga ke hari ini. Jika Californian ini cepat sampai ke lokasi Titanic, sudah pasti ramai lagi penumpang Titanic yang terselamat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.