Dunia ini memerlukan beberapa perjanjian antarabangsa dan tempoh selama lima tahun untuk menamatkan zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah dan menentukan semula sempadan-sempadan di salah satu wilayah yang paling bergolak di dunia.
Pada 1 November yang lepas, dunia Islam mengenang ulangtahun ke-98 pembubaran Kesultanan Uthmaniyyah yang secara tidak langsung menamatkan legasi Empayar Uthmaniyyah, hanya Kekhalifahan saja yang ditinggalkan sebelum turut dibubarkan 2 tahun kemudian.
Dari Sudan ke Georgia dan dari Iraq ke Greece, kejatuhan Uthmaniyyah secara tidak langsung telah melahirkan banyak negara-negara baru, melantik pemerintah baharu di negara-negara yang sudah tua, dan berterusan mencetuskan k0nflik secara konsisten di antara kaum-kaum berbeza.
Perjanjian utama yang membubarkan kuasa pemerintah dinasti Empayar Uthmaniyyah ditandatangani di Lausanne, Switzerland, pada tahun 1923. Pada waktu itu, Turki sudah menjadi sebuah republik yang bebas dan merupakan penandatangan perjanjian tersebut.
Dasar tentang cara menguruskan sejumlah negara baru yang muncul dari perpecahan empayar telah dimulakan pada tahun 1918 dengan Perjanjian Brest-Litovsk. Perjanjian kedua iaitu Perjanjian Sèvres pada 1920, sebenarnya memiliki objektif yang sama sahaja dengan Perjanjian Lausanne iaitu membubarkan legasi Uthmaniyyah, tetapi beberapa perkara yang berat sebelah dan dianggap membuli bangsa Turki akhirnya menyebabkan ia ditolak dan digantikan oleh Lausanne.
Republik Turki menjadi negara penerus sisa-sisa Empayar Uthmaniyyah dan hingga hari ini adalah negara kuasa besar dan terkuat di rantau ini, walaupun sistemnya berbeza, tetapi bangsa Turki kekal mendominasi kuasa di Anatolia. Di bahagian timurnya Armenia dan Georgia diberi pengiktirafan antarabangsa.
Dalam kes Armenia, pembubaran ini menjadi penamat kepada sebuah pergolakan etnik yang panjang dan berd4rah, k0nflik yang memuncak kepada jumlah kem4tian lebih dari satu juta orang etnik Armenia pada tahun 1915.
Turki tidak mengakui pembvnuhan orang Armenia semasa era Empayar Uthmaniyyah sebagai “gen0sid/pemb4ntaian.” Jerman, Perancis dan beberapa negara lain telah mengutuk kejadian itu tetapi ia tetap menjadi isu yang boleh menimbulkan permvsuhan dalam hubungan di antara Turki dengan negara-negara lain.
Di selatan, Lubnan dan Syria diserahkan kepada Perancis untuk mentadbir dan terus kekal berada di bawah pemerintahan Perancis yang masing-masing hanya berakhir pada tahun 1943 dan 1946. Bahasa Perancis terus dituturkan secara meluas di kedua-dua buah negara dan pengaruh kuasa kolonial menyebabkan Beirut digelar sebagai “Paris of the East,”.
Penguasaan British secara de facto ke atas sejumlah negara yang pernah menjadi sebahagian daripada wilayah dalam Empayar Uthmaniyyah diberi mandat British yang dianggap sah iaitu Cyprus, Mesir dan Sudan menjadi j4jahan koloni manakala Iraq dan Palestin diisytiharkan sebagai “Mandat British.”
Yunani mendapat jaminan bahawa kaum minoriti yang tinggal di Turki akan dilindungi dan mereka turut memberi jaminan yang sama terhadap orang Turki yang tinggal di Timur Thrace, Greece. Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan program pertukaran populasi yang akan menyaksikan kelompok yang dikenali sebagai orang Turki akan meninggalkan sebahagian dari Greece untuk kembali ke Turki, dan kelompok Yunani meninggalkan wilayah tengah Anatolia di Turki untuk kembali ke Greece.
Proses ini juga turut menyaksikan berlakunya pertumpahan d4rah, terutamanya bagi orang Yunani yang melarikan diri dari Izmir di Laut Aegea. Peristiwa ini banyak diabadikan dalam budaya pop terutamanya sastera dan muzik. Kesan akibat pertukaran populasi ini telah meneruskan kekeruhan hubungan antara bangsa Yunani-Turki hingga hari ini.
Perjanjian Sèvres yang memihak kepada Sekutu telah melukis sempadan peta baru bagi membentuk negara Kurdistan yang merdeka, tetapi ia dibatalkan dalam Perjanjian Lausanne yang telah didesak agar disemak semula.
Persoalan mengenai kemerdekaan etnik Kurds terus menghantui bukan hanya Turki, kerana bangsa Kurds di negara itu mempertahankan agenda pemisahan mereka, bahkan turut mengganggu negara-negara lain dengan jumlah penduduk Kurds yang cukup besar, terutamanya Iraq.
Ketika para pemenang Per4ng Dunia Pertama bergembira membahagi-bahagikan tanah bekas empayar yang menghubungkan Timur dan Barat itu, Republik Turki muncul sebagai elemen utama dan terbesar di bekas negara Empayar Uthmaniyyah. Keretakan hubungan Turki dengan jiran-jiran serantau yang pernah dikuasai nenek moyang mereka membuatkan para diplomat terus melalui hari-hari yang tegang semenjak itu.
Sekutu bebas untuk berurusan dengan Sultan secara langsung. Sultan Mehmed VI menandatangani Perjanjian pada 10 Ogos 1920. Kerajaan Imperialis Empayar Uthmaniyyah di Konstantinopel berusaha dan gagal mengadakan persidangan Senat untuk mengesahkan perjanjian tersebut. Kelulusan perjanjian tersebut telah diganggu oleh penolakan kumpulan nasionalis Turki yang enggan memberi kerjasama.
Per4ng Kemerdekaan Turki yang dilancarkan Mustafa Kemal Pasha dan kemenangan gerakan nasionalis seterusnya berjaya menghalang Perjanjian Sevres daripada diluluskan secara kekal. Per4ng Kemerdekaan Turki berakhir dengan pember0ntak yang dikepalai tentera nasionalis Turki berjaya menguasai sebahagian besar Anatolia.
Pembubaran Kesultanan Uthmaniyyah oleh Majlis Kebangsaan Agung Turki pada 1 November 1922 secara rasminya mengakhiri Empayar Uthmaniyyah, yang telah bertahan sejak diasaskan pada tahun 1299. Pada 11 November 1922, di Persidangan Lausanne, kedaulatan Majis Kebangsaan Agung yang dilaksanakan oleh Kerajaan sementara di Ankara ke atas Turki telah diiktiraf.
Sultan terakhir, Mehmed VI, meninggalkan ibukota Uthmaniyyah, Konstantinopel, pada 17 November 1922. Kedudukan yang sah lagi rasmi itu dikuatkan lagi dengan termerainya Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923. Pada bulan Mac 1924, sistem kekhalifahan juga dihapuskan, menandakan berakhir sepenuhnya pengaruh Uthmaniyyah dalam kerajaan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih