Kalau di Malaysia semua kecoh akan keputusan YDP Agong menolak cadangan pelaksanaan darurat, di UK pula (agak) kecoh pasal kempen makanan sekolah percuma (free school meal) oleh Marcus Rashford yang ditolak kerajaan UK sendiri.
Kalau korang (memang) tak tahu, Rashford ni pemain bola sepak kelab Manchester United (MU). Eh, pelik sangat korang ni kalau tak pernah dengar MU ni. Takkan baru keluar gua, kot.
Jadi, apa benda yang bingit sangat pasal makanan sekolah (school meal) ni? Kenalah belek sejarah balik semula.
Bila pendidikan wajib mula diperkenalkan di UK pada 1870-an, ribuan kanak-kanak miskin pergi ke sekolah dalam keadaan lapar. Bandar Manchester pun dah mula beri makanan kepada kanak-kanak tahun 1879. Akta Pendidikan 1906 (1906 Education Act) memang membenarkan pihak berkuasa untuk sediakan makanan, tapi cuma sikit saja yang buat.
Hanya sebelum berakhirnya WWII pada 1944, undang-undang diluluskan supaya pihak berkuasa tempatan wajib sediakan makanan sekolah. Malah seawal 1946, pemberian susu percuma kepada semua kanak-kanak diperkenalkan. Pergh, siapa je tak suka susu, kan.
Pada tahun 1980-an, pentadbiran Margaret Thatcher dikritik habis sebab berhentikan pemberian susu kepada kanak-kanak. Thatcher pun galakkan penswastaan perkhidmatan makanan sekolah lagi melalui Akta Tender Kompetitif (Competitive Tender Act). Sekolah jimat wang dan murid-murid “menikmati” pelbagai jenis makanan. Perubahan ni tak memastikan piawai nutrisi minimum, hasil daripadanya cuma makanan menjadi murah dan tak berkhasiat.
Agensi Piawaian Makanan (Food Standard Agency) yang ditubuhkan pada 2000 ni bertujuan untuk mempromosikan amalan pemakanan sihat. Agensi ni menyokong peraturan baru makanan berkhasiat di sekolah diperkenalkan.
Masalahnya, sedikit saja kanak-kanak yang layak mendapat makanan sekolah ni, sedangkan makanan tak berkhasiat lain murah dan senang nak dapat. Pandemik Covid-19 cuma letak garam di luka saja. Malah, ada bukti bahawa kanak-kanak yang hidup di keluarga “food insecure” akan menanggung kerugian pendidikan (education losses).
Rashford sedar semua masalah ni, jadi dia “lead” kempen makanan sekolah percuma kepada kanak-kanak kat England sepanjang cuti musim panas 2020. Rashford (dan sokongan rakyat) pun berjaya desak kerajaan untuk buat U-turn dan sokong skim ni. Pengaruh Rashford ni, memang bukan biasa-biasa.
Jadi bila usul Parti Buruh – sediakan vaucer makanan £15 seminggu kepada 1.4 juta kanak-kanak semasa cuti hingga Easter 2021 – ditolak kerajaan di ‘House of Commons’, berdozen restoran, kafe dan bar “contact” Rashford meminta pertolongan. Siap ada yang kata, Rashford dah menjadi “kerajaan alternatif” lagi. Caroline Ansell (MP Konservatif) mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha persendirian parlimen sebagai tanda protes kepada pentadbiran Boris Johnson kerana menolak usul tu.
Rashford ni pun terima ‘Member of British Empire’ (MBE) oleh Ratu England sebagai pengiktirafan kempen dia untuk bantu kanak-kanak yang terdedah kat krisis Covid-19 ni. MBE ni anugerah ‘Order’ ketiga tertinggi di Empayar British (di belakang CBE, lalu OBE). Dia pun jadi hero kanak-kanak sekolah lagi hasil kempen makanan sekolah dia.
Kempen dia yang menekankan kemiskinan kanak-kanak (child poverty) memang ada impak besar sampai masuk ke muka hadapan media nasional UK.
Rashford dah jadi figura terkenal dengan sifat “apolitical”, tekad dan bertimbang rasa. Sifat kemanusiaan. Inilah sifat yang setiap manusia perlu tonjolkan, lagi-lagi era wabak pandemik ni. Bukan terhad setakat rakyat, malah pemimpin jugak.
Daripada bertelagah, baiklah berbagi. Dalam keadaan sempit, bantuan secupak sudah pun dilihat segunung. Orang kebanyakan yang paling terkesan dengan krisis Covid-19 ni. Kalau tak dibantu sekarang, bila lagi. Kalau bukan kerajaan yang membantu, siapa lagi.
Apa guna menaiki kuasa, bila sekeliling bertukar arang abu semua. Kita tak nak krisis keabsahan kerajaan – yang memang sudah wujud pun sekarang ini – bertambah kritikal nanti.
P/s. Bukan penyokong MU. Cuma kagum dengan sifat tekad Rashford sendiri.
RUJUKAN:
- Alexandra Topping, Patrick Butler (2020), Marcus Rashford: public rallies behind campaign to end child food poverty, diambil pada 25 Oktober 2020, https://www.theguardian.com/society/2020/oct/23/marcus-rashford-public-campaign-end-child-food-poverty-covid-food-donations-mp-reject-free-school-meals
- Paul Gittings (2020), Marcus Rashford awarded MBE in Queen’s Birthday honors list, diambil kepada 25 Oktober 2020, https://edition.cnn.com/2020/10/10/football/marcus-rashford-manchester-united-gbr-spt-intl-scli/index.html
- Regina Keith (2020), Marcus Rashford: a brief history of free school meals in the UK, diambil pada 25 Oktober 2020, https://theconversation.com/marcus-rashford-a-brief-history-of-free-school-meals-in-the-uk-140896
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih