Kota Mari (kini Tell Hariri) yang berusia 7000 tahun merupakan salah sebuah kota tertua di dunia, berlokasi di tebing barat Sungai Furat yang dahulunya membentuk Mesopotamia utara (kini Syria timur).

Mari hampir hilang sepenuhnya setelah dihakis dek pepasir gurun selama ribuan tahun, namun ia ditemukan semula oleh seorang Badwi tempatan pada 1930an dan setelah kerja-kerja ekskavasi lanjut dilakukan, kota purba ini hidup kembali.

Pada hari ini, Mari menyandang status sebagai kota terancang paling tua di dunia, di samping turut diperakui sebagai pusat perdagangan, pusat peleburan gangsa, dan pusat inovasi teknologi yang mengagumkan.

Mari menempati kedudukan strategik antara Babylon di Mesopotamia selatan dan Pergunungan Taurus di utara. Berikutan kekayaan sumber alam yang dimilikinya, Mari membangun sebagai sebuah negara kota yang signifikan di zamannya dan diandaikan bahawa kota purba itu dihuni oleh masyarakat yang berasal dari Kerajaan Ebla dan Akkad.

SEJARAH RINGKAS KOTA MARI

Lokasi moden Mari adalah di Syria, tepatnya berhampiran sempadan Iraq. Kota ini diperkirakan telah dihuni sejak milenium ke-5 Sebelum Masehi, namun mula berkembang dengan ketara pada awal milenium ke-3 Sebelum Masehi.

Memandangkan kota ini terletak di antara Mesopotamia selatan dan Pergunungan Taurus, maka ia secara efektif mengawal aliran perdagangan di rantau berkenaan. Bekalan kayu dan batu dari wilayah utara Syria perlu mengharungi Mari sebelum tiba di selatan.

Bijih-bijih logam yang terdapat di Pergunungan Taurus pula kemudian diusahakan oleh warga Mari yang mempunyai kepakaran dalam bidang peleburan tembaga dan gangsa sekaligus keadaan ini meningkatkan lagi signifikasi kota Mari.

Pada tempoh 1760 hingga 1757SM, Mari dihancvrkan oleh Hammurabi dari Babylon dan hanya ditemui semula pada tahun 1933 oleh seorang Badwi yang memaklumkan keberadaan sebuah tugu kepada pegawai kolonial Perancis.

Lantas sebuah ekspedisi arkeologi pun dijalankan di tapak berkenaan, disusuli oleh beberapa ekspedisi lain pada dekad-dekad berikutnya – semuanya diketuai oleh Perancis. Ekskavasi terakhir dihentikan pada tahun 2012 berikutan meletusnya P3r4ng Saudara Syria.

PELAN KOTA YANG SISTEMATIK

Walaupun hanya satu pertiga sahaja dari keseluruhan kota Mari terselamat menggagahi zaman (bakinya telah dihanyutkan oleh Sungai Furat), kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di tapak bersejarah itu berhasil mendapatkan banyak maklumat tentang negara-kota purba tersebut.

Antara lain, pelan kota Mari didapati terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan luar bertujuan untuk melindungi kota dari dibadai banjir bah dek limpahan Sungai Furat. Lapisan dalam pula berperanan melindungi warga kota dari s3r4ngan mvsuh. Turut ditemui rvntuhan beberapa buah binaan seperti istana dan kuil.

Menurut ahli-ahli arkeologi yang melakukan penyelidikan, pelan kota Mari sudah pun dirancang sepenuhnya sebelum kerja-kerja pembangunan kota dilakukan sekaligus menjadikannya kota terancang pertama di dunia.

Peta yang menandakan mercu-mercu tanda di Mari, Syria
Peta yang menandakan mercu-mercu tanda di Mari, Syria

Sebuah rangkaian terusan dibina bagi membolehkan perahu-perahu mengharungi sungai dan memasuki kota, di samping membekalkan sumber air buat penduduk tempatan. Terdapat juga terusan yang dibina bagi tujuan mengairi tanah pertanian dan terusan yang dibina bertentangan dengan sungai.

Memandangkan Mari terletak berhampiran Sungai Furat dan ekonominya pula banyak bergantung pada sektor perdagangan, maka warga Mari turut membangunkan sistem terusan yang pelbagai.

Terusan jenis kedua ini bertujuan untuk memberikan laluan alternatif buat para perahu yang mengunjungi kota. Gerbang-gerbang masuk dikawal dengan ketat dan cukai yang dikenakan kepada para pedagang banyak menyumbang kepada kemajuan kota.

KEPUSTAKAAN MARI

Antara penemuan signifikan lain adalah yang melibatkan runtuhan sejumlah bangunan keagamaan dan 15 000 keping tablet tanah liat yang secara kolektif dipanggil sebagai ‘Tablet-Tablet Mari’.

Kesemua artifak ini memberikan sumbangan yang besar dalam pengetahuan tentang sejarah, geografi, ekonomi, politik, agama, ketenteraan, dan kehidupan sosial warga Mari dan Mesopotamia utara.

Terdapat juga sekumpulan tablet yang memerihalkan tentang ajaran-ajaran yang disebarkan oleh insan-insan yang didakwa mendapat mimpi atau pesanan langsung dari Tuhan. Pesanan-pesanan tersebut kemudian dititipkan kepada pegawai pentadbir tempatan untuk kemudian disampaikan kepada raja yang memerintah pada zaman itu.

 

Namun malangnya, pepr4ngan yang meletus di Syria tidak hanya membuatkan ekskavasi arkeologi di Mari dihentikan, tetapi juga menimpakan kerosakan dahsyat ke atas tapak bersejarah itu.

Artifak-artifaknya habis dir0mp4k dan puing-puing runtuhannya teruk diinjak. Sehingga kini, kasualti sebenar yang ditanggung oleh Mari masih belum dinilai sepenuhnya.

RUJUKAN:

Wu Mingren. (1 Januari 2017). Nearly Lost from the Pages of History, Mari is the Oldest Known Planned City in the World. Ancient Origins https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/nearly-lost-pages-history-mari-oldest-known-planned-city-world-007293

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.