• Bagai babi merasa gulai

Maksudnya: Perbuatan seseorang yang hina hendak menyamai orang kaya. Kenapa babi dan gulai? Sebab secara tabiatnya babi makan kotoran, sedang gulai makanan manusia, suatu yang mulia. Jadi kalau babi sudah hendak merasa makanan manusia, faham sendirilah!

  • Bagai mengalung mutiara ke leher babi

Maksudnya: Orang yang tidak pandai meletakkan sesuatu yang bernilai kena pada tempatnya.

  • Kepala yu, ekor babi.

Maksudnya: seorang yang bermuka-muka.

  • Bagai kepala tersangkut kulit babi

Maksudnya: Mendapat malu yang sangat besar.

  • Anjing galak, babi berani.

Maksudnya: Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.

  • Ular telan babi, cacing yang bengkak perut

Maksudnya: Seseorang yang irihati dengan kesenangan orang lain.

  • Kalau sorok lebih dahulu daripada tokok, tidak mati babi.

Maksudnya: Kalau lagak atau bual yang didahulukan, maksud tidak akan tercapai

  • Muka bagai ditampar dengan kulit babi

Maksudnya: hal orang yang tidak tahu malu.

  • Membabi buta

Maksudnya: Melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu

  • Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.

Maksudnya: Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina/jahat, lalu berkahwin dengan seorang hamba yang miskin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.