PM New Zealand, Jacinda Ardern memimpin Parti Labour mencapai kemenangan dalam PRU semalam.

Walaupun undi popular tak sampai 50%, tapi berjaya sapu 64 daripada 120 kerusi parlimen. Menambah lagi 18 kerusi berbanding PRU 3 tahun lepas.

Ini bukan pasal soal lelaki vs. wanita. NZ dah ada 3 PM wanita. Kali ini ketua parti pembangkang yang mencabar Ardern pun seorang wanita.

Kemenangan Ardern dah dijangka sebab berjaya mengawal COVID.

Bagaimana dia berjaya?

Tutup sempadan pada peringkat awal.

Sehari selepas Filipina melaporkan kematian pertama COVID di luar China (2 Februari), terus NZ sekat semua orang yang datang melalui China, termasuk warga bukan China. Dan NZ awal sehari dari Malaysia (18 Mac) buat sekatan sempadan.

Sampai sekarang pun sempadan NZ ditutup kepada orang luar. Ardern kata hanya dilonggarkan untuk terima 1400 orang sebulan selepas dia menang.

Strict and decisive. Itu faktor kejayaan Ardern.

Time tu tak ramai berani buat sebab takut kena kecam. “Migran juga manusia” bak kata orang.

Ardern tak takut sebab benda tu selari dengan plan dia untuk kurangkan kemasukan imigran.

Dan dia ada kelebihan sebab berasal dari Parti Labour yang dipandang ‘liberal’.

Bayangkan kalau Parti National (konservatif) yang buat dasar macam tu, mesti kena kecam ‘rasis’, ‘xenophobic’ macam-macam.

Labour di bawah Ardern lebih tegas dalam soal imigran sebab Labour bekerjasama dengan Parti New Zealand First untuk bentuk kerajaan.

NZ First ni parti apa? Parti ‘nativist’, ‘nationalist-populist’ yang anti-immigran.

NZ First ditubuhkan oleh ahli National yang keluar parti sebab anggap National tak cukup tegas dalam soal imigran.

Dalam PRU 2017, Labour dapat 46 kerusi, National dapat 56. Tapi Labour bentuk kerajaan dengan bergabung dengan NZ First (9) dan Greens (8).

Ketua NZ First, Winston Peters jadi TPM. Jadi Ardern perlu ikut rentak NZ First dalam dasar imigran dan kawalan sempadan. Kalau tak kang Peters tarik sokongan.

NZ pun ada politik katak. Cuma diorang tak panggil katak, panggil ‘waka-jumping’ (‘waka’ tu Bahasa Maori untuk kapal).

Di bawah Ardern, orang asing tak boleh beli rumah (kecuali Australia dan Singapura yang ada perjanjian). Sasaran kemasukan imigran dikurangkan dari 70,000 setahun kepada 30,000.

Sebab itu, pada tahap awal Ardern pernah disamakan dengan Trump oleh media luar.

Ini Wall Street Journal tulis pasal Ardern: ‘Meet New Zealand’s Justin Trudeau – except she’s more like Trump on immigration’.

Bahaya juga disamakan dengan Trump. Jadi Ardern agak agresif buat PR exercise untuk tonjolkan sisi dia yang liberal dan inklusif. Pakai hijab selepas kejadian Christchurch tu orang NZ anggap over, tapi media luar suka.

Tapi apa pun, ‘political will’ terhadap kawalan sempadan yang lebih ketat ini lah yang membantu Ardern handle COVID dengan cemerlang.

Sekarang parti Ardern dapat majoriti yang strong and formidable, melepasi 61 kerusi yang diperlukan untuk bentuk kerajaan, tanpa perlu bergabung dengan parti lain.

Jadi ada kemungkinan Ardern kembali jadi ‘liberal’ sejati yang mengalu-alukan imigran dan open border. Dia dah menang, dia lah yang kawal naratif.

Malah NZ First kali ini bungkus makan telur, hilang kesemua 9 kerusi.

Sebab orang yang tak sokong NZ First hanya nampak jasa Ardern, tak nampak dorongan NZ First di sebalik Ardern. Penyokong tegar pula nampak NZ First tak cukup tegas dan banyak berkompromi dengan Ardern dalam isu imigran (NZ First nak lagi strict).

Silap besar Peters tamak jawatan. Andai kata NZ First duduk luar kerajaan, biar National dan Labour saling bercakaran, tak dapat handle COVID, mesti NZ First boleh bangkit sebagai ‘third force’ dalam PRU kali ini.

Sebelum mengidolakan Ardern atau cemburu dengan rakyat New Zealand dapat pemimpin yang power, cuba XXXXXXXXXX (censored sebab takut nanti ramai triggered)

“Politicians are the reflection of the society


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.