Tidak lama lagi, benua Amerika atau lebih tepat rantau Amerika Tengah dan Amerika Selatan bakal menyambut ulang tahun pendudukan Sepanyol di rantau-rantau berkenaan ke-500. Bagi negara-negara yang terlibat, penjajahan Sepanyol mengundang banyak kisah duka termasuk kez4l1man terhadap penduduk pribumi.
Justeru, tidak hairanlah baru-baru ini Presiden Andrés Manuel López Obrador dari Mexico menulis surat kepada Paus Francis dari Vatican agar memohon maaf atas peranan pihak gereja semasa pendudukan Sepanyol di rantau berkenaan.
Surat tersebut dihantar sendiri oleh isterinya, Beatriz Gutiérrez Müller kepadanya di Vatican selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Itali, Sergio Mattarella.
Dalam surat tersebut, Lopez Obrador menyifatkan Raja Sepanyol, kerajaan Sepanyol dan Vatican seharusnya memohon maaf kepada penduduk pribumi kerana melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dimaafkan selepas Conquistador mendarat di Mexico pada 1521.
Beliau berkata, “Mereka bukan sekadar berhak mendapat sikap pemurah kita tetapi satu komitmen yang ikhlas bahawasanya perkara sebegini tidak akan diulangi terhadap budaya dan kepercayaan mereka.” Dan ini bukan kali pertama Lopez Obrador menghantar surat sebegini kepada Sepanyol dan Vatican.
Pada tahun lepas, satu surat sama dihantar kepada pihak Sepanyol dan Vatican. Namun begitu, ia mencetuskan kemarahan Madrid yang menyifatkan perkara tersebut sebagai sudah lama berlalu dan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana kedua-dua negara berkongsi budaya yang sama.
Usaha pendudukan Sepanyol di Mexico dimulakan menerusi kedatangan rombongan kecil Conquistador yang diketuai Hernan Cortes. Cortes dan rombongannya yang dibantu sekumpulan penduduk tempatan tiba yang bermusuhan dengan Empayar Aztec di Mexico City (dahulu dikenali sebagai Tenochitlan) pada tahun 1519.
Selepas berjaya menuntut Mexico sebagai sebahagian daripada jajahan takluk Sepanyol, beliau menggerakkan kempen penaklukan yang membawa kepada kejatuhan Empayar Aztec dan Tenochitlan dua tahun kemudian. Dan sehingga hari ini, nama Cortes dianggap kontroversi dalam sejarah Mexico.
Ini kerana beliau bertanggungjawab memvsn4hkan banyak bangunan yang dibina oleh pihak Aztec dan diganti oleh binaan-binaan bercirikan Eropah. Cortes juga bertanggungjawab membantu kempen pihak gereja memaksa penduduk pribumi memeluk agama Kristian dan status mereka diperlakukan bak h4mb4.
Warga Mexico turut melihat kelibat perempuan simpanan Cortes, La Malinche sebagai pengkhianat sehingga hari ini. Menerusi namanya itu, ia kemudian membentuk terma malinchista yang bermaksud seseorang yang lebih gemarkan orang asing berbanding orang tempatan (pengkhianat).
Vatican masih belum memberi sebarang reaksi kepada permohonan Lopez Obrador. Tetapi berdasarkan sejarah, mereka pernah berbuat demikian. Pada tahun 2015, Paus Francis memohon maaf bagi pihak Vatican kepada Bolivia berikutan peranan gereja membabitkan penindasan warga pribumi semasa pendudukan Sepanyol di negara itu.
Dalam surat yang sama, Lopez Obrador turut meminta Vatican memulangkan tiga manuskrip kepada Mexico. Salah satu daripadanya ialah Codex Borgia, sebuah manuskrip yang mengandungi pelbagai kisah dewa-dewi Mexico dan ritual keagamaan yang diadakan semasa era Aztec. Selain itu, Mexico juga mahukan peta asal Tenochitlan yang dilukis oleh Conquistador.
Kesemua artifak ini akan dipinjam Mexico selama setahun bermula pada tahun 2021. Bagi warga Mexico, sekiranya permohonan tersebut diluluskan, ia dianggap satu peluang keemasan menatap antara manuskrip Aztec yang terselamat daripada kempen pembvnvhan budaya dan identiti bangsa yang digerakkan Cortes dan pihak gereja.
Bagi pihak gereja, semua bentuk lukisan dan teks Aztec yang memaparkan ritual keagamaan mereka dianggap sesat dan dipengaruhi unsur syaitan. Justeru, tidak hairanlah banyak teks ini berakhir dib4k4r selama bertahun-tahun selepas kejatuhan Empayar Aztec pada tahun 1521. Sehingga kini, Vatican masih belum memberi reaksi terhadap semua Lopez Obrador.
RUJUKAN:
Agencies. (2020). Mexico asks Pope Francis for apology for church’s role in Spanish conquest. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2020/oct/11/mexico-asks-pope-francis-for-apology-for-churchs-role-in-spanish-conquest
Agren, David dan Burgen, Stephen. (2019). Spain hits back at Mexico in row over colonial rights abuses. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2019/mar/26/spain-hits-back-at-mexico-in-row-over-colonial-rights-abuses
Whelan, Ed. (2020). Will Pope Apologize to Mexico for Church Complicity during Spanish Conquest?. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/news-general/spanish-conquest-0014387
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih