Skandal. Perkataan ini mungkin asing untuk penduduk Kesatuan Soviet. Yalah, perkara-perkara sebegini amat dirahsiakan demi menjaga imej pemimpin-pemimpin negara itu. Tetapi bila peribahasa biar pecah di perut, jangan pecah di mulut tidak lagi terpakai, satu perkataan saja: KECOH!
Rumah pelacuran untuk orang kenamaan Soviet
Pada satu hari dalam Februari 1955, Nikita Khrushchev menerima sepucuk surat daripada seseorang yang tidak mengenali. Si pengirim hanya memperkenalkan identiti dalam suratnya sebagai “rakyat Soviet dan seorang ibu”.
Dalam surat tersebut, si pengirim mendakwa wujud sebuah rumah pelacuran yang dikunjungi oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan ketika itu.
Kebanyakan wanita yang berada di situ bukan hadir kerana rela tetapi diperdaya oleh pemimpin-pemimpin hidung belang ini untuk memuaskan nafsu mereka. Si pengirim mendakwa salah seorang wanita yang menjadi mangsa mereka ialah anak perempuannya.
Si pengirim turut menamakan George Alexandrov, Menteri Kebudayaan Soviet dan Alexander Yegolin, seorang pegawai parti yang bertanggungjawab mer0g0l anak perempuannya itu. Bagi Khrushchev, surat ini boleh menjadi satu alat untuk menyingkirkan mvsvh-mvsvhnya dalam parti seperti Alexandrov dan Yegolin.
Justeru, beliau mengarahkan satu siasatan segera diadakan. Hasilnya, siasatan tersebut mendedahkan puluhan lagi figura terkenal Soviet dalam pelbagai bidang termasuk bekas Menteri Pendidikan Soviet, Sergei Kaftanov terlibat dalam skandal s3ks tersebut.
Kesemua mereka merupakan tetamu Konstantin Krovoshein yang bertanggungjawab merekrut wanita-wanita muda dari pelbagai tempat untuk parti-parti s3ks anjurannya.
Apabila skandal ini didedahkan, Alexandrov mengakui kesilapannya dan merayu agar diberi peluang menebus dirinya. Bagaimanapun, tiada satu pun individu berkuasa yang terpalit dengan skandal itu dip3nj4r4kan kecuali Krovoshein.
Alexandrov kemudiannya dipindahkan ke Belarus dan diturunkan pangkat sebagai ketua jabatan Institut Falsafah, Akademi Sains Belarus.
‘H4ncvr sudah masa depanku…’
Tetapi impiannya berangkat ke Stockholm berakhir apabila dia didakwa mer0g0l seorang wanita. Mengikut fakta pendakwaan, Streltsov dan rakan-rakannya berparti di sebuah dacha dan mengajak sekumpulan wanita muda menyertai parti mereka. Dia dikatakan mengadakan hubungan s3ks dengan seorang wanita bernama Marina Lebedeva.
Pada hari berikutnya, ibu Lebedeva menghubungi selepas anak perempuannya itu pulang ke rumah. Dan tidak lamas selepas itu, Streltsov ditahan pihak berkuasa dan didakwa atas kesalahan r0g0l.
Walaupun bukti yang dikemukakan agak lemah, dia memilih mengaku bersalah kerana dijanjikan peluang menyambung karier bola sepak sekiranya Streltsov mengakui kesalahannya.
Di sebalik janji itu, itu tidak menghalang mahkamah menjatuhkan hukuman p3nj4r4 selama 12 tahun terhadap pemain muda itu. Sejak itu, timbul khabar angin semua ini direncana oleh pesaing T0rp3d0 atau d3nd4m kesumat ibu Lebedeva terhadapnya kerana enggan mengahwini anak perempuannya itu.
Berikutan itu, pasukan Soviet berlepas ke Stockholm tanpa kelibat Streltsov. Piala Dunia 1958 menyaksikan dominasi Samba Brazil menerusi bintang mereka, Pele sekaligus permulaan ke arah statusnya sebagai legenda bola sepak moden hari ini.
Selepas lima tahun dip3nj4r4kan, Streltsov dibebaskan dengan jaminan parol dan kembali beraksi bersama T0rp3d0. Malah, dia juga kembali berpeluang menyarung jersi pasukan kebangsaan dan dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan Soviet pada tahun 1968.
Selepas kembali ke negeri cacing pada tahun 1990, ramai melihat kelibat Lebedeva meletakkan sejambak bunga pada kubur Streltsov pada tahun 1997, sehari selepas ulang tahun hari kem4t1annya.
“Aku mandi lumpur, kau tahu tak?!”
1989 dilihat tahun terbaik untuk Boris Yeltsin mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan ketika itu. Pada September, beliau baru saja memenangi pilihan raya daerah Moscow dan diberi kepercayaan oleh Mikhail Gorbachev sebagai pengerusi jawatankuasa pembinaan dan seni bina Soviet.
Namun begitu, bak kata Mat Salleh, ‘sh1t hits the fan’. Pada Oktober 1989, Yeltsin datang ke balai polis dalam keadaan basah dengan pakaiannya penuh dengan lumpur. Bila ditanya apa yang menimpanya, beliau mendedahkan diculik oleh sekumpulan lelaki dan dibawa ke dalam sebuah kereta sebelum dicampak ke Sungai Moscow dari sebuah jambatan.
Yeltsin turut merayu kepada mereka agar tidak melaporkan perkara tersebut, satu perkara yang mengejutkan polis-polis di balai berkenaan. Apabila berita tersebut diketahui kepimpinan Soviet, mereka sudah merasakan ini merupakan satu skandal politik yang berpotensi menj4h4n4mkan karier politiknya.
Berang dengan laporan tersebut, Gorbachev mengarahkan satu siasatan segera diadakan. Beliau berharap penculikan yang menimpa bakal penggantinya itu tidak berlaku dan mendedahkan rahsia gelap Yeltsin: perempuan simpanannya.
Dan apa yang dibimbangi Gorbachev menjadi kenyataan. Siasatan mendapati kebanyakan cerita Yeltsin sebagai tidak boleh dipercayai. Misalnya, tentang kisah beliau dicampak ke Sungai Moscow, sudah pasti Yeltsin akan mengalami kec3d3r4an parah kerana dicampak dari kedudukan yang tinggi dan keadaan sungai yang cetek.
Selain itu, pihak berkuasa turut menemui sejambak bunga di tempat perkara tersebut dikatakan berlaku. Sementara pemandu Yeltsin pula enggan mengiyakan kisah yang dijaja majikannya itu. Justeru, tidak hairanlah ramai mvsvh politiknya mengecam habis-habisan tingkah lakunya itu tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.
Sama ada kisah penculikan itu benar-benar berlaku atau tidak, ia masih tidak berupaya menjatuhkan Yeltsin. Dan beberapa tahun selepas itu, beliau kemudiannya mengisi kerusi panas sebagai Presiden Rusia pasca-kejatuhan Tirai Besi.
RUJUKAN:
Russia Beyond. (2020). 3 s3x scandals that SHOCKED the USSR. https://www.rbth.com/history/332763-sex-scandals-soviet-union-ussr
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih