Kecoh pada hujung minggu yang lepas ketika perlawanan minggu ketiga Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021. Kontroversi yang menjadi perhatian adalah perlawanan antara Manchester United menentang Brighton memperlihatkan sepakan penalti dihadiahkan walaupun telah tamat perlawanan.
Selain itu, perlawanan Leicester City menentang Manchester City pun terpalit dengan kontroversi kerana Leicester diberikan 3 sepakan penalti. Kesemua kontroversi ini hadir disebakan sistem Virtual Assistant Refreee (VAR).
VAR dicipta untuk mengurangkan kontroversi dan purata kesalahan pengadil tetapi kini ia menjadi punca kontroversi. Adakah VAR sudah tidak relevan di dalam sukan bola sepak? Mari kita saksikan sukan-sukan yang mempunyai sistem seakan VAR.
???? Bola Sepak
VAR mula diperkenalkan secara tidak rasmi pada Piala Konfederasi 2017. Idea penggunaan VAR ini sebenarnya telah lama dibincangkan oleh Persatuan Bola Sepak Belanda dan mereka menggunakan sistem ini untuk percubaan sejak musim 2012-2013 sebelum mengusulkan idea ini kepada pihak lain.
Secara rasminya sistem VAR ini digunakan untuk semua perlawanan dalam satu kejohanan ialah semasa Piala Dunia Rusia 2018. Cuma yang menjadi persoalan sekarang adakah VAR telah mengambil tugas pengadil sepenuhnya atau sekadar menjadi pembantu sahaja?
????. ????????????????????
Dalam sukan tenis yang melibatkan banyak pukulan laju, penggunaan sistem camera yang diberi nama hawk eye ini sememangnya merupakan satu keperluan. Sistem ini akan mengesan dan menandakan di mana bola tenis tersebut jatuh ketika perlawanan berlangsung.
Purata pukulan bola tenis yang dipukul hampir mencecah 100km/j. Sukar untuk mata manusia biasa memberikan keputusan 100 peratus tepat. Pada kejohanan Grand Slam terbuka US, sistem hawk eye ini mula diperkenalkan. Antara kebaikkan yang dibawa ialah pengadil manusia digantikan dengan sepenuhnya sistem hawk eye. 15 dari 17 perlawanan dalam kejohanan tersebut menggunakan sistem hawk eye.
????. ????????????????????
Sukan ragbi boleh dikatakan sangat popular dengan penggunaan bantuan video kamera. Hal ini demikian kerana pengadil boleh melihat skrin sebelum menentukan apa-apa keputusan yang ingin dibuat.
Maka Free Viewpoint Video System (FVVS) ini dicipta. Sistem ini menggunakan bilangan kamera di sekitar stadium dalam amaun yang banyak dan menariknya kamera ini tidak statik.
Kamera ini boleh bergerak secara bebas untuk mendapatkan kualiti video yang tinggi. Sistem ini mula diperkatakan dan dicuba pada tahun 2016 di Jepun. Namun pada ketika itu sistem ini tidaklah begitu sempurna kerana kekurangan bajet. Secara rasminya sistem ini digunakan semasa Rugby World Cup 2019.
Ciri tambahan yang terdapat di dalam sistem ini ialah semua footage yang dikeluarkan adalah dalam bentuk 3D. Teknologi dan sukan perlu bergerak seiring. Cuma kita semua sedia maklum bahawa kontroversi begitu sinonim dengan sukan-sukan popular. Adakah dengan sistem-sistem yang dicipta ini boleh membunuh kemeriahan sukan? Itu semua bergantung kepada persepsi masing-masing.
RUJUKAN:
ESPN. (2017, Mac 30). Video Assistant Referees: Football can learn from rugby, cricket, tennis, NFL.
Hawkins. (2015). Why were Man Utd allowed a penalty kick after the final whistle? Canon.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih