Bukan satu rahsia semasa era pemerintahan Kesatuan Soviet, Rusia menyaksikan beberapa peristiwa kebvluran yang memberi kesan besar kepada populasinya. Dan dalam cuba mendepani perkara ini, rakyat yang terdesak sanggup melakukan apa saja termasuk membvnvh dan k4nibalisme semata-mata untuk terus hidup.
Peristiwa kelaparan besar-besaran pertama pada era berkenaan berlaku pada akhir P3rang Saudara Rusia. Pada ketika itu, p3rang saudara yang tercetus antara penyokong Bolshevik dan T3ntera Putih menjejaskan infrastruktur dan kegiatan ekonomi setempat yang menjejaskan bekalan makanan. Perkara ini tidak dibantu dengan kemarau yang berlaku pada 1921 yang menjejaskan satu perlima hasil pertanian Rusia.
Berdepan dengan masalah defisit hasil pertanian, kerajaan bukannya mahu membantu. Sebaliknya, kerajaan pimpinan Vladimir Lenin itu memilih meningkatkan lagi usaha merampas hasil bijirin daripada golongan petani. Akibatnya, krisis kebvluran yang melanda ketika itu tersebar ke seluruh negara dari kawasan steppe Kazakhstan hingga ke Ukraine.
Bila sudah ketiadaan makanan, penduduk melakukan apa saja untuk hidup termasuk k4nibalisme. Ya, penulis tidak bergurau. Semasa tempoh kebvluran yang dahsyat itu, sesetengah berpaling kepada cara itu bukan saja untuk hidup tetapi ‘menyelamatkan’ mereka daripada berdepan dengan kem4tian dahsyat sebegitu rupa.
Tetapi jika pengganti Lenin, Joseph Stalin belajar daripada kesilapan ini, sangkaan anda meleset. 10 tahun selepas itu, krisis kebvluran sekali lagi mencengkam Kesatuan Soviet terima kasih kepada aktiviti kolkhozes (pengumpulan secara kolektif) dan raskulachivaniye (merampas tanah golongan petani).
Berikutan dua aktiviti ini, ramai petani terpaksa melarikan diri untuk melepaskan diri daripada krisis berkenaan. Bila isu ini timbul, Moscow tidak sedar semua ini berlaku akibat dua aktiviti tersebut. Stalin yang dikenali kerana sikap kej4mnya itu menggesa pengeluaran roti dipertingkatkan. Mana yang cuba melawan reformasi pertanian beliau akan ditewaskan dan dip3njarakan atau dibvnvh.
Bagi pihak berkuasa wilayah, mereka ibarat ditelan m4ti emak, diluah m4ti bapak. Ini kerana mereka harus memenuhi kuota pengeluaran tetapi harus mengelak hukuman sekiranya gagal. Justeru, tidak hairanlah ada yang memalsukan data sebenar kem4tian asalkan dapat mengelak menjadi sasaran kemarahan Stalin.
Krisis kebvluran 1932-1933 memberi kesan teruk di kebanyakan tempat di Rusia dari Ukraine hingga Caucasus. Dan berikutan itu juga, hantu k4nibalisme kembali menjadi mimpi ngeri. Bukan satu rahsia, keluarga kehilangan anak-anak yang diculik, dibvnvh dan dimasak oleh orang yang tidak dikenali untuk mengisi perut.
Krisis tersebut menyaksikan lebih tujuh juta orang kembali menemui Pencipta mereka. Berikutan bilangan penduduk yang m4ti di Ukraine terlalu ramai akibat kebvluran, ramai mengesyaki perbuatan tersebut bersifat sengaja sehingga menggelar peristiwa kebvluran ini sebagai holodomor.
Bagi pengkaji Rusia pula, apa yang disifatkan holodomor itu sebenarnya ialah kesan perlaksanaan polisi-polisi bodoh Stalin terhadap wilayah-wilayah Kesatuan Soviet. Malahan, diktator Kesatuan Soviet itu turut meluluskan penghantaran gandum ke Ukraine untuk mengurangkan kesan krisis terhadap wilayah itu walaupun mengundang rasa tidak puas hati sesetengah wilayah.
Semasa P3rang Dunia Kedua (WWII) pula, Leningrad (kini St Petersburg) menjadi saksi kempen pengepungan dahsyat yang dibuat rejim N4z1 Jerman semasa Operasi Barbarossa mereka. Kepungan yang berlangsung selama 872 hari itu menyaksikan 630,000 penduduk terbvnvh akibat kebvluran dan terkena p3luru 4rtileri mereka.
Akibat kepungan yang dahsyat itu, penduduk melakukan apa saja untuk hidup. Cakaplah apa jenis makanan yang diambil, mereka makan semata-mata untuk hidup. Bila anjing dan kucing sudah tiada di bandaraya berkenaan, penduduk berpaling kepada burung, makanan burung, gam kayu, kulit haiwan dan tali pinggang kulit sebagai pengganti makanan.
Jika anda sangka krisis ini sudah tamat pasca-p3rang, anda salah. Pada tahun 1946 dan 1947, krisis kebvluran sekali lagi menghantui Rusia. Tragedi ini boleh saja dielak dengan Moscow mengurangkan eksport bijirinnya ke pasaran luar, tidak menyimpan makanan sebagai persiapan pep3rangan terhadap pihak Bersekutu, membenarkan wilayah mendapat bijirin dan mengurangkan permintaan terhadap gandum.
Rusia jugs sepatutnya memanfaatkan simpanan gandumnya yang banyak untuk mengelakkan cerita ini berulang. Angkara kesilapan bodoh ini, 1.5 juta warga Soviet m4ti akibat kebvluran. Selepas tahun 1947, tidak mahu lagi melihat pisang berbuah dua kali, pihak Soviet mula mengimport bijirin dalam jumlah yang banyak untuk menampung keperluan warganya.
RUJUKAN:
Egorov, Boris. (2020). The HORRIFIC f4mines of the USSR – and why they happened. Russia Beyond. https://www.rbth.com/history/332225-horrific-f4mines-of-ussr
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih