Air merupakan molekul yang unik. Air mempunyai takat beku pada 0°C. Ini bermaksud, air mula bertukar dari cecair menjadi pepejal (ais) pada 0°C melalui proses penghabluran (crystallization). Tetapi apabila air melalui proses pengadisejukan (supercooling) pada bawah 0°C (sekitar -40°C), air takkan bertukar menjadi ais kerana penghabluran tak dapat berlaku pada suhu sesejuk itu.
Jadi, ya, air pada -40°C ialah air sejuk, bukan ais. Kalau air nak jadi ais ketika suhu takat beku, perlu ada tapak penukleusan (nucleation site) dalam bahasa mudahnya tapak supaya atom-atom dapat duduk bertemu lutut untuk membentuk satu susunan cantik iaitu hablur (crystal), lalu membentuk ais. Adisejuk tak dapat membuatkan tapak ini terbentuk.
Takat didih air ialah 100°C. Ini bermaksud, air mula mendidih pada 100°C. Air mendidih sebab apabila air sampai takat didih, wap air dalam air terbentuk, lalu jadi buih. Buih-buih ini yang buatkan air mendidih.
Hal ini boleh berlaku apabila tekanan wap itu lebih tinggi daripada tekanan udara sekeliling. Tetapi apabila air melalui proses pengadihangatan (superheating) iaitu melebihi 100°C, air takkan mendidih kerana tekanan permukaan air menghalang air daripada mendidih.
Kalau tengok dari jauh, memang nampak macam air dalam suhu bilik yang tenang. Tetapi kalau air adihangat (superheat) dikacau, ia akan melet0p.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih